Archive for category Rekomendasi Terhebat

Jangan Percaya Dengan Tokei Car Wash & Insuran

Cerita ni cerita betul. Bukan cobaan punya.

Anak buah gua bagitahu gua, dan gua tanpa segan silu nak kongsikan dengan lu orang. Silalah lu orang semua berhati-hati kalau lu memang ada tabiat hantar kereta ke car wash (sebab malas nak cari parkir atau konon-kononnya buat kerja 2 dalam 1) atau tinggalkan kereta kat jokey, lepas tu sesedap rasa lu pergi shopping.

Dua minggu lepas anak buah gua hantar Toyota Harrier dia ke car wash dalam kawasan parkir Bangsar Shopping Complex sebab dia ada janjitemu dengan cikaro kat situ. Dia dengan akal pendek yang tidak dibuat-buat terus bagi kunci kereta kat tokei car wash dan tanpa perlu menyedut sepam dua rokok, terus ke tempat janjitemu dengan seorang cikaro.

Lepas temujanji dan ringan-ringan dengan cikaro, dia pergilah ke car wash untuk ambil balik kereta. Dalam kepala memang dan terbayang kereta yang dah berkilat, kusyen dah gebu macam pipi cikaro. Tapi tokei car wash tu cakap kereta dia dah ada orang ambil. Terkejut beruk/cipan/bab*/matno  dia. Tangan yang tadi sempat ringan-ringan dengan cikaro dah rasa ringan jer nak singgah di pipi tokei car wash tu.

Tanpa pilihan lain, terpaksalah dia buat report polis dan claim insuran. Kereta dah dicuri!

Dengan selamba badak dan seperti biasa, syarikat insuran tolak claim dia. Macam biasa, insuran ni masa nak masuk macam-macam janji dia, tapi asal claim saja tolak, claim saja tolak. Alasan syarikat insuran tu tolak  sebab kereta dia bukannya dicuri, dia yang memandai-mandai bagi kunci kereta kat orang lain yang entah sapa-sapa, sapa suruh?

Apsal tak tunggu kereta siap cuci? Dah tak sabar-sabar nak ringan-ringan dengan cikaro?

Jadi, pesan gua pada lu orang semua, lain kali hati-hati. Kalau nak hantar kereta ke car wash, tunggu sampai kereta siap dicuci, jangan sekali-kali tinggalkan kunci kepada orang yang tidak dikenali.

Seorang pengurus insuran telah sahkan bahawa memang insuran takkan cover kalau perkara seperti ini terjadi.

* entri ini telah diterjemah secara bebas dan ditokok tambah daripada email forward seperti di bawah.

This is a real story, my nephew told me, & I would like to share with all of you. Be careful, if u hv the habit of sending yr car for car wash or similar matter (car jockey etc) while in shopping complex…

Two weeks ago my nephew sent his Toyota Harrier for car wash in the car park of Bangsar Shopping Complex while he had an appointment there. He handed the car keys to the car wash people n left the car park for his appointment.

After the appointment he went to collect his car, & the car wash people told him that his car had been collected. How CAN??? After a prolonged argument without any results, he had no choice, but to make a police report… n follow up by insurance claim..

Insurance company rejected his claim ‘cos the reason is the car was not stolen, the point of contention was why did he hand over the car keys to someone unknown, n why did he not wait there till the car washing was finished…? ??

So, be careful next time. If u really need to send yr car for car wash, better stay there and wait for yr car, if not, this may happen to you… ALWAYS GET AN OFFICIAL RECIEPT LIKE YOU DO WHEN YOU SENT YOUR CAR FOR SERVICING AT HONDA, PROTON, TOYOTA … DON’T PLAY A FOOL.

Pls forward this msg to all your friends to warn all of them…

Thank you for the Information.

I am a Senior Manager with MCIS ZURICH and confirm that if you hand over the keys of your car for someone to take care example :- Car Wash, Car Park and on your return if the Car is ‘taken’ away, Insurer WILL NOT PAY for the ‘Loss’.

Regards,
K.Arumugam
Regional Manager
GBD Region 2
MCIS ZURICH INSURANCE BHD
Wisma MCIS ZURICH
Jalan Barat , 46200 Petaling Jaya

3 Comments

Gua Layan Ismahalil Hamzah Di THR Gegar Permata Pantai Timur

DJ yang paling best dalam hidup gua.

Dari zaman sekolah menengah, Radio Muzik, THR, RFM.

Kini (dah lama sebenarnya) dia kembali dengan THR Gegar. Ahad-Khamis, 3.00 petang sampai 8.00 malam.

Bagi yang dok area utara, tengah dan selatan, pastikan dengar melalui astro channel 863 atau online. Jangan dengar dengan radio transistor biasa, nanti lu terdengar Ismahalil cakap tamil pulak.

Selamat melayan… Assalaaaaamualaikum, you’re my friend!

nota: gambar-gambar dipaparkan tanpa kebenaran daripada www.thr.fm/gegar

4 Comments

Jangan Sembang Lama-lama

Mungkin lu tak hadapi situasi ini. Tapi gua hadapinya.

Lu tengah sibuk buat kerja, ada pulak klien jabatan datang nak menyembang dan macam-macam. Macam gua, memang kena berurusan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pemimpin politik, orang kampung, kontraktor dan lain-lain. Bukan gua tak mau layan, tapi gua punya waktu yang terhad. Gua kena balik awal sebab gua nak merempit pulak.  Gua tak boleh membiarkan mereka lama-lama dalam bilik gua.

Gua nak saja kata, “Wei beb, gua ada banyak kerja ni. Boleh tak lu berambus dari bilik gua. Tak payah nak gosip-gosip dengan gua. Gua tak main gosip-gosip artis nih!”

Ada jugak yang selagi tak habis cerita, tak mahu keluar. Apa dia ingat bapak dia yang bayar gaji gua sampai gua kena layan dia bersembang lama-lama.

Untuk menghalau mereka ini secara separa sedar. Ini yang gua buat, dan apa yang lu boleh buat:

  • Kalau bilik lu menggunakan pendingin hawa yang stand alone (bukan yang centralised), lu boleh tujukan blower pendingin  hawa tu ke tempat duduk tetamu bilik lu. Sentiasa simpan remote di dalam poket. Pastikan suhu diturunkan sesejuk mungkin apabila ada tetamu yang akan masuk. Bila saja tetamu masuk, buat-buat macam nak kemaskan diri dan capai lu punya jaket atau blazer.
  • Kalau bilik lu menggunakan aircond yang berpusat, yang lu tak boleh kawal suhu dia, lu beli satu kipas angin berdiri (stand fan) dan pasangkan menghala ke kerusi tetamu bilik  lu.

Kalau yang kulit tebal macam biawak mungkin diorang akan terus duduk di kerusi tetamu tu dan sembang lama-lama. Kalau yang kulit nipis, aci kerat jari, dalam 5 minit diorang dah tak tahan sejuk, menggigil-gigil dan terasa nak terkucil. Dengan sendirinya mereka akan membawa diri sendiri blah dari bilik lu.

Sekian adanya perkongsian pengalaman dari gua. Lu nak ikut, lu ikut. Lu tak nak ikut lu tahan la telinga dengar diorang bersembang tak tahu nak berhenti.

Macam la gua kesah apa yang diorang sembangkan!

9 Comments

Erti Hidup Pada Memberi?

update: Blogger tersebut telah komen dan menjelaskan perkara sebenar. Cepat pulak tu dibalasnya. Tenang sikit hati gua. Ayat pun telah diubah!

Ada blogger berdegar-degar menulis tentang “erti hidup pada memberi”. Gua memang selalu baca tulisan blogger ni. Gua boleh kira minat jugak dengan tulisan dia dan ilmu yang dia kongsikan. Cuma gua benci tentang satu perkara yang blogger ini lakukan yang pada gua mungkin dia tidak sedari.

Gua benci apabila dia meletakkan button sumbangan untuk menampung kos server, bunyinya begini:

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih.

Sedangkan, pada gua kos server telah tertampung dengan iklan yang disiarkan.

Dengan iklan, pendapatan blog tersebut sudah menjadi begini, (pada waktu post ini ditulis):

SAIZ 300 pixels X 100 pixels = 35kb
19 iklan x RM50 sebulan = RM950

SAIZ 125 pixels X 125 pixels = 25kb
8 iklan x RM25 sebulan = RM200

Jumlahnya sebulan adalah = RM1,150

Gua tak tahu pulak hosting provider mana yang digunakan, cuma gua bandingkan dengan Exabytes. Kos bagi satu dedicated server adalah RM799 sebulan.

Jadi, kos server sudah tertampung dengan penyiaran iklan di blog tersebut. Kalau tak cukup jugak, tambahkan lagi ruangan iklan.

Bukankah ERTI HIDUP PADA MEMBERI?

2 Comments