Archive for category Update
Update Kencang #02
Salam bahagia semua,
Ketika awak semua membaca update ini, saya berada di Kemaman, Terengganu kerana berkursus selama 10 hari. Saya akan tamat kursus pada 30 Ogos 2007. Jadi, saya tidak akan menulis post selama beberapa hari ini, melainkan post-post yang telah saya tulis sebelumnya dan akan dipost setiap hari menggunakan kelebihan fungsi Post Timestamp.
Awak juga akan sempat membaca beberapa artikel yang dikarang oleh sahabat-sahabat saya dari seluruh negara. Artikel-artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris. Alaa.. English yang mudah-mudah, yang simple jer..
Saya nak juga maklumkan bahawa, saya amat menggalakkan anda memberi komen kepada post-post yang saya tulis kerana awak akan mendapat hadiah, bila awak menjadi pembaca yang paling aktif memberi komen. Namun, saya tidak akan memberikan komen balas kerana, saya sedang berkursus. Saya akan memberikan komen balas selepas 30 Ogos. Pun begitu, harap-harapnya awak semua tidak menjadikan ketidakhadiran saya di alam maya ini sebagai penghalang untuk menjengok blog ini.
Juga, saya tidak akan dapat membalas email-email yang dihantar kepada saya. Bagi yang menghantar alamat untuk mendapatkan postcard, saya akan kirimkan postcard dalam bulan September (bagi yang menghantar email bermula semalam).
Bagi yang ingin menulis review blog ini. Awak masih boleh dan terus berbuat demikian kerana tarikh tutup penyertaan (bagi first batch) adalah 31 Ogos 2007 jam 2400HRS dan berpeluang memenangi wang tunai RM50 terus ke akaun bank awak. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama September 2007.
Sekian saja untuk kali ini.
~leLabu~
Update Kencang #01
Salam bahagia,
Sedikit update berkaitan Tukang Komen Teraktif dan juga Review My Blog.
Tarikh tutup bagi kedua-duanya adalah pada jam 2400 31 Ogos 2007 ataupun 0000 pada 1 September 2007. Err.. rasanya, walaupun tarikh berbeza tapi masanya tetap sama, kan?
Bagi postcard kenang-kenangan pula, cuma tinggal 23 keping sahaja sekarang. Sapa-sapa yang nak postcard ni boleh terus hantarkan email dengan alamat rumah awak ke lelabu80atyahoo.com* dengan Subjek: Saya Mahu Postcard!! secepat mungkin. Hehe, postcard dah nak abis ni.. cepat!
* pastikan gantikan at dengan @
~leLabu~
nota:
Blogger gila populariti menamakan setiap update pendek di blognya sebagai Fast Update. Pengkarya di salah satu blog yang dikelilingi dan gemarkan awek-awek Jepun menamakan update pendeknya sebagai Short Update. Jadi, apa salahnya saya namakan update ini sebagai update kencang? hehe..
