Archive for category Update

Selamat Datang Kembali

Kepada yang masih setia berkunjung: Selamat Datang Kembali!

Penjelasan:-

  • aku bercuti untuk raya haji, balik kampung, tader access internet.
  • blog aku dihack, nasib baik kumprinx bagitahu.
  • aku hantar mms kat support hosting.
  • akaun hosting aku dijadikan tapak phising oleh mat africa.
  • mail domain aku dijadikan tapak spam mat africa.
  • baru hari ni aku sempat tengok blog.
  • aku hantar email kat support hosting mintak tolong reinstall blog aku, kalo-kalo diorang ada backup – tader reply langsung.
  • aku install balik blog ni pakai backup yang aku ada sendirik!

Sorry lah bagi sesapa yang pelik sebab blog ini aku redirect ke blog anak aku sebelum ni..

2 Comments

Update Kencang #04

Meeting & Hari Raya Korban

Esok dan lusa aku akan ke Putrajaya. Ada meeting last minutes yang perlu aku hadirkan diri. Hari Isnin minggu depan aku dah start cuti dan akan bertolak balik balik ke Kelantan. Itu pun kalo banjir kat kampung aku tu dah surut. Nanti majlis akikah Izz akan diadakan di Kelantan masa Hari Raya Korban.

Senang cerita, aku takkan update blog sampai 26 Disember sebab kat rumah di Kelantan tader line internet, dan aku masih dalam pertimbangan untuk membeli seketul dua handphone 3G. Ada sapa-sapa nak suggest hp 3G yang murah-murah? Aku nak angkat dua ketul kalo kena harganya..

Cellphone 3G

Sebabnya nak beli hp 3G? Start bulan Februari tahun depan aku akan kursus 6 bulan di Kuala Lumpur. Nak kena tinggal anak bini lama sangat, aku takut Izz dah lupa ngan muka aku.. Baik aku beli hp 3G, bolehlah aku call dia, dan melihat dia membesar dengan sihat… Tolong suggest kat aku…

4 Comments

Update Kencang #03

Mat Indon Tak Sedar Diri Menyerang Lagi

Mat Indon yang mengkomen berlebih-lebihan dengan bahasa beracun mengkomen lagi. Kali ini dalam post yang aku tulis pasal Mat Indon yang otak kat lutut tu. Terus terang aku tak tahu apsal dia jaki sangat dengan negara kita Malaysia walhal sini lah tempat warga diorang tuju untuk cari makan. Pikiran naif aku, dia ni mungkin tak cukup duit nak tambang feri datang sini kot…

Bini Aku Dah Datang Tanda

Mungkin petang ni atau malam ni, aku bakal menyambut kehadiran orang baru dalam hidup. Huhu, bila teringat kat doktor celaka kat Balik Pulau tu, memang aku rasa nak terajang dia! Kiranya tindakan aku untuk bawak bini aku ke hospital adalah tindakan tepat, yang tersasar sikit adalah jumpa doktor celaka tu jer. Walau bagaimanapun, aku rasa aku takkan buat aduan dan merosakkan karier doktor celaka tu. Sebabnya? Kegembiraan boleh menghapuskan dendam.. dok gitu? Lagi pun aku bukannya jenis pendendam sangat, dendam sikit-sikit jer.. maaf yang terbaik.. kan?

Aku Atau Saya

Kalo tengah marah, mestilah aku kan. Mesti kena cakap, aku marah kat ko ni. Barulah menunjukkan kemarahan.. Apa-apapun, aku ker, saya ker, gua ker, ana ker, semuanya membawa maksud yang sama. Kalo ber”aku-ko” pun, masih tulisan aku ni difahami lagi, kecuali Mat Indon yang bangang tuh..

2 Comments

Pengkomen Paling Aktif Dan Cergas Ogos 2007

Sorry, saya tak sempat update blog. Jadi, kepada yang berada di tempat teratas tu, sila emailkan alamat awak ke lelabu80atyahoo.com.

Terima kasih.

~leLabu~

7 Comments