Archive for category Internet/ Komputer

Rakyat Kita Asyik Dengan Pornografi

Gua pelik kenapa kunjungan ke blog gua meningkat sekarang ini.

Rupa-rupanya mereka mencari yang lucah-lucah.

Kesian mereka…

*statistik dari 11 Januari sehingga 10 februari 2010. Kehadiran mereka ini menyebabkan unique visitor blog ini menjangkau 600 orang sehari (minggu ini). Duh.. kena letak iklan ni!

1 Comment

Kelajuan Jalur Lebar Malaysia: Di Mana Kita

Gua boring tadi, so gua test speed broadband pejabat ni di speedtest.net. Cakap banyak tak mau, lu orang tengok sendiri.

Malaysia Broadband Speed

Klik untuk besarkan.

1 Comment

Lubang Kerja Untuk Pakar IT, Bertindak Cepat

update: lobang kerja ini telah ditutup pada 3 april 2009.

Assalamualaikum.

Bagi pengunjung setia blog ini yang ada saudara mara yang terer IT tahap gaban dan sedang mencari kerja. Aku ada menjumpai satu lubang kerja untuk saudara mara kalian atau untuk diri kalian sendiri.

Harap dapat bertindak cepat. Juga, jangan bocorkan kepada pencari pekerja tersebut yang aku membocorkan lubang ini.

Lubang Kerja (sila klik sini)

Lubang Kerja Lagi (klik sini juga)

Harap Maklum.

p/s: ini betul-betul. bukan eprelful.

3 Comments

Gambar Bogel Eli & Jimatkan Bandwidth: Apa Kaitannya?

Ramai yang mengeluh sebab tidak dapat lagi mengakses laman-laman web sosial sekarang ini kerana sekatan oleh bahagian teknologi maklumat. Kadang-kadang sekatan ini amat merimaskan, walaupun tujuannya baik. Kadang-kadang software yang “amat bagus” itu menyekat akses ke laman web jabatan sendiri. Itu yang paling membuatkan aku menyampah.

Aku tidak tahu apa justifikasi sebenar sekatan ke atas penggunaan internet dibuat sedemikian rupa (walaupun aku tahu ia untuk menyekat akses kepada laman-laman yang menayangkan gambar bogel Eli, laman lucah, dan laman-laman web yang tidak mendatangkan faedah kepada organisasi).

Mungkin salah satu sebabnya adalah untuk menjimatkan bayaran penggunaan bandwidth oleh organisasi tersebut.

*tidak tahu apa itu bandwidth? sila google

Mungkin organisasi tersebut masih lagi terikat dengan kontrak yang mengira penggunaan internet berdasarkan bandwidth. Mungkin kontrak ini dibuat pada suatu masa dahulu. Sekarang ini kebanyakan penyedia perkhidmatan internet menyediakan pakej tanpa had bandwidth digunakan setiap bulan.

Oleh itu, sekatan digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan organisasi membayar caj penggunaan internet yang banyak.

Contohnya: Melihat gambar bogel Eli pasti memerlukan bandwidth yang lebih besar sedikit dari saiz fail gambar bogel Eli tersebut. Katakan saiz fail gambar bogel Eli adalah 280kB, maka bandwidth yang digunakan untuk mengakses fail gambar bogel Eli tersebut dari server dan memaparkannya di komputer adalah 280kB++.

Katakan pula caj 1kB adalah sebanyak 1 sen, maka untuk melihat sekeping gambar bogel Eli tersebut memerlukan organisasi membayar sebanyak RM2.80 (ini dengan anggapan bahawa organisasi membayar caj internet berdasarkan penggunaan bandwidth)

Apatah lagi sekiranya internet organisasi tersebut digunakan untuk laman-laman web sosial dan juga untuk online gaming. Pasti lebih banyak lagi yang perlu dibayar oleh organisasi kerana lebih banyak bandwidth yang digunakan. Bersepah-sepah gambar dalam laman-laman web sosial itu…

Kebanyakan orang tidak mengetahui perkara ini. Mereka menganggap penggunaan internet organisasi sama saja seperti melanggan pakej internet tanpa had daripada TMNet, Maxis, Celcom dan lain-lain.

Jadi, sebagai seorang yang berasa terpanggil untuk menjimatkan duit organisasi (baca: duit syarikat, duit aku; duit kerajaan, duit rakyat) aku terpanggil untuk berkongsi antara perkara-perkara yang boleh dilakukan tanpa perlu mengorbankan terlalu banyak keinginan berinternet kamu semua.

  1. Hentikan aktiviti-aktiviti mencari gambar bogel Eli atau gambar-gambar bogel artis.
  2. Hentikan aktiviti online gaming dan melawat laman web sosial. Facebook adalah salah satu alat CIA untuk mengumpul maklumat dan Fotopages rupa-rupanya milik Yahudi.
  3. Untuk mengemaskini blog sila gunakan plugin yang membolehkan kemaskini secara tanpa perlu log masuk ke akaun blog. Contohnya ScribeFire (dan lain-lain). Ini dapat menjimatkan bandwidth.
  4. Untuk membaca blog rakan-rakan sila gunakan Google Reader. Ini lebih menjimatkan bandwidth daripada berkunjung ke setiap blog rakan-rakan yang sarat dengan gambar dan sekali gus menggunakan bandwidth yang besar.
  5. Gunakan Google Gears untuk laman web yang sesuai.
  6. Dan terakhir, tolonglah gunakan Firefox, lupakan IE kerana blog ini sangat hodoh dilihat dengan IE dan aku tiada masa untuk mencantikkanya. Tolonglah gunakan Firefox!

Sama-samalah kita mengamalkannya supaya kita dapat menjimatkan perbelanjaan organisasi.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. heheh.

p/s: Gua dah lama mengakses internet yang sangat lembab dan penuh dengan roadblock. Gua tak kenal pun macam mana rupa Facebook. heheh.

, , , ,

4 Comments