Archive for category Tawarikh Tanpa Kitab

Teringat Ko Mek Ambo

*post ini akan ditulis dalam bahasa kelate. sila sediakan kamus bergerak  secepat mungkin.

Ambo teringat ko mek ambo. Sebab mek ambo ni tidaklah berpelajare. Mek ambo tak rajin gi skoloh. Baco jawi tak reti, baca rumi tak reti. Satu-satunya hok dia reti adalah baca al-Quran. Ambo nak tanya, adakah budak-budak lo ni hok pandai baca rumi tapi tak reti baca al-Quran lebih baik dari mek ambo? Tepuk dada tanya selera la weh.

Mek ambo kalu gi ke mana-mana, jenguk rumah orang misalannya, tak akan pernah lupa bawa buah tangan. Kalu tak dok ssekut gula, atau gula sekilo, atau susu setin, mek ambo akan berasa ralat sangat-sangat nak gi rumah orang. Ada kita lo ni buat lagu tuh? Kita lo ni bukan setakat tak bawak gapo-gapo, nak gi tu siap telefon suruh tuan rumah masak macam-macam lagi, nak suruh pulak tuan rumah jamu kita.

Mek ambo kalu ado orang mari ke rumah tak rajin lupa buat air. Kalu tak dok milo, teh O pun jadi doh. Kalu tak dok ssekut meri, ssekut gula; ssekut tawar pun jadi doh. Paling-paling tak dok pun, ssekut mayat sedap jugok buat cicah dengan teh O.

Mek ambo kalu tetamu nak balik tak pernah lupa hulur apa-apa. Kalu tak dok sepuluh rial, dua tiga rial pun dia hulur ke tangan budak-budak. Kalu tak dok duit, dia hulur gula sekapit hok ada di dapur. Habih-habih tak dok dio hulur bungkus buat balik gapo hok dio jamu tak di.

Mek ambo kalu nak manggil bekwoh, susah-susah pun dia akan jemput dari rumah ke rumah. Nak panggil walimah ni dia kata, kena bertemu mata. Kena gi rumah orang dulu sebelum nak panggil orang mari rumah kita. Jauh dekat pun kena gi temu mata. Dalam kamus dia tak dok main pesan-pesan. Kalu dia tahu kita manggil bekwoh nikah kawin ni pakai pos kad, atau email, atau SMS; ambo rasa lama doh nnenja singgoh dada ambo.

Banyak lagi weh, tapi setakat ni la dulu. Tu pun banyak hok kita tok leh buat.

*ambo raso bahaso kelate ambo tidaklah sebagus mana….

6 Comments

Gambar Lama: Member Datang Menjenguk


(dari kiri: Gua, Apai, Bijan, Max (duduk), Zacko dan Fathul)

Gambar lama. Masa ni gua baru 8 bulan tinggal di Penang.

Sebab kesunyian. Adalah member dari jauh datang menjenguk.

Oh, kurusnya gua masa nih…

, , , ,

No Comments

Siput Gonggong

Gua teringin nak makan siput gonggong nih.

Kali terakhir makan adalah pada tahun 2003 di Pasir Gudang, Johor. Kat Penang memang tak ada siput ni.


source

4 Comments

Dua Orang Yang Menjaga Auratnya

Aku, dalam hidup aku pernah kenal dua orang yang sangat menjaga auratnya. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.

Yang perempuan aku tidak ingat namanya kerana dia pernah menolak cintaku. Aku kenal dengannya sewaktu menyertai satu program khidmat masyarakat di sebuah universiti selatan tanah air dan ketika itu aku mengikuti kursus asas kefasilitatoran. Orangnya sangat comel dan berjilbab labuh. Sangat menjaga aurat sehingga tiada siapa, walaupun rakan sebilik yang pernah melihat rambutnya. Ke bilik air sekalipun masih bertudung litup.

Lelaki yang aku kenal yang sangat menjaga auratnya adalah rakan semasa di sekolah menengah yang bernama Luqman (bukan nama sebenar). Luqman tidak pernah memakai seluar pendek apatah lagi menanggalkan baju di di depan kawan-kawan.

Ke bilik air sekalipun Luqman akan berpakaian lengkap. Luqman akan menjadi manusia yang paling awal mandi atau yang paling akhir mandi, ketika tiada siapa-siapa. Pakaian kegemaran adalah seluar track hitam dan kemeja t putih yang labuh.

Oh, rupa-rupanya Luqman malu sebab badannya penuh kurap…

Aku pernah mengalami sejarah hitam dengan Luqman. Duit aku pernah hilang dan ada saksi yang mengatakan bahawa Luqman yang ambil. Lalu aku bersemuka dengan Luqman. Oleh kerana Luqman berbadan besar, aku dengan mudah ditundukkan dalam pertarungan itu. Haha.

Nasib baik Rauhunt datang dengan muka konon-konon cemas dan berlari-lari anak masuk ke dorm,.

“Weh, weh… Cikgu Lan naik weh!”

Aksi menyelamatkan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Macam mana boleh terfikir nak bagi ayat macam tu. Budak cerdik ni. Patutlah sekarang tak habis-habis belajar. Kawan-kawan lain dah beranak pinak dia masih lagi belajar.

Terus pertarungan itu segera ditamatkan.

Lepas PMR, Luqman tiada lagi di sekolah itu. Aku kembali hidup aman.

moral of the story: tutup litup pun, kalau niat tak elok, akan terbongkar juga kurapnya.. hehe.

, , , , , , ,

2 Comments