Archive for category Relax La Brader
Ride Kelantan – 13-15 Februari 2010
Posted by leLabu in Relax La Brader on February 22, 2010
Ride Kelantan adalah satu acara untuk mengescort pasangan pengantin. Yang lelakinya anggota ninja peringkat kelapan. Sekelas dengan Naruto. Ya ke? Entah, gua merapu jer sebenarnya!
ER-6N sebijik, Ninja 250R 7 bijik. Termasuk Ninja ekzos standard 3 bijik… semua warna hijau!
Tayar golek pukul 2.30 petang dari Petronas BKE, Kulim.
Tayar golek jer diorang pecut. Gua ikut dari belakang. Mata dah mengantuk. Layan jalan lurus, layan korner-korner, gua lagi tambah mengantuk. Ni tak boleh jadi nih!
Sampai ke Puncak Titiwangsa. Gua rasa nak lakukan sesuatu untuk hilangkan mengantuk. Dari tadi gua memang nak lakukan aksi ni. Gua rasa ini adalah cara terbaik nak hilangkan mengantuk….
Gua rasa nak garu ketiak. Nikmatnya menggaru ketiak dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang tin 100plus. Nikmat tidak terkata. Apatah lagi moment itu berjaya diabadikan dalam kamera. Gua terharu!
Menghiburkan diri dengan lawak-lawak santai dari penglipur lara. Aktiviti mencerahkan bebola mata. Lawak-lawak yang tidak disangka dari sahabat yang pendiam pada TTS sebelumnya. Yang sampai restoran nasi kandar dan order nasi, makan diam-diam hujung meja. Rupanya seorang yang menyimpan banyak lawak.
Akhirnya sampai di Shell Wakaf Che Yeh. Tepat jam 6.30 petang. Gua tak sempat nak garu ketiak.
Gua belum sempat tongkat motor diorang dah ambil gambar. Ini adalah satu kejadian yang sadis. Gambar tanpa persediaan begini menyerlahkan kemachoan gua dengan helmet fullface, jacket dan knee protector yang masih berskru asal.
Kejadian skru knee protector yang digantikan dengan nut kerap berlaku dalam ride-ride seperti ini. Yang paha besar, mahupun paha kecil, knee protector memang tidak pandai dipakai oleh awek dan yang tidak berapa awek dah.
Bergambar dengan pengantin. Rasa puas. Bergambar sebegini amat puas. Perasaannya seperti ketika menggaru ketiak dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang tin 100plus. Puas.
Puas?
Tolong Belajar Sebelum Jadi Kurang Ajar
Posted by leLabu in Relax La Brader on January 25, 2010
cantik nye bahasa..
gua tu ape..
samseng je pkai gua2 tu..
lu pikir la sndiri..
askum
*ini yang gua nak marah ni. belajar tak mahu, asyik nak layan porno saja! asal usul perkataan gua dan lu ni dari bahasa cina. abis orang cina dan peranakan tu semua samseng? kalau google senang jer dapat. lihat sini, jangan asyik layan porno! internet lebih banyak manfaatnya daripada sekadar porno!
Cikgu Matno, Jom Pekena Tom Yam
Posted by leLabu in Relax La Brader on January 3, 2010
Seingat gua, mamak ni berkira nak mampus.
If memory serves me correctly (uhuk! – ayat Iron Chef), kalau makan ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, tom yam campur, telur dadar, kerabu kaki ayam dan minum jus tembikai kat kedai tom yam siam, kalau bil tu ada sen-sen dikira halal jer. Tak adanya nak diminta 50 sen daripada pelanggan kalau dah makan pun cecah puluh-puluh ringgit.
Tapi kalau makan kat kedai mamak, makan ratus-ratus pun, kalau dah dia kira ada 50 sen, kena bagi jugak 50 sen tu. Tak pernahnya nak bagi diskaun. Kalau pulak dia nak bagi belen sen-sen kat gua, semahu-mahunya dia nak bagi cokelat Hacks. Gila ke hapa mamak nih? Berkira!
Gua tak tahu pulak apa perkaitannya antara kedai tom yam siam dengan kedai mamak.
Tapi bagi gua, kedai mamak dan perlakuan pekerja kaunter kedai mamak pasti ada kaitan dengan Cikgu Matno! Berkira! Tak percaya?
p/s : Walau apapun, kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Kami sayang Cikgu Matno!! Sebab Cikgu Matno *BEST!!
p/p/s: Cikgu, gua tak der MBA lagi… belum layak dapat MBA dan rajin pergi surau mengaji kitab macam Cikgu Matno lagi…

Selamat Tahun Baru, Cikgu Matno!
Posted by leLabu in Relax La Brader on December 31, 2009
Klise tahap dewa untuk gua tuliskan azam tahun baru 2010 atau kenang balik apa yang gua dah buat sepanjang tahun 2009.
Apa kata gua cadangkan lu orang semua ucapkan Selamat Tahun Baru kepada Cikgu Matno.
Selamat Tahun Baru, Cikgu Matno!
p/s : *kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!! Sebab Cikgu Matno BESTTTTTTT!
p/p/s: Cikgu, gua tak der MBA lagi…







Komen Terbaru