Archive for category Malaysiaku Tercinta
Bukan Budak Tahun Satu Jer Yang Mak Bapak Tunggu
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta on January 6, 2010
Bukan budak-budak darjah satu jer yang mak bapak tunggu masa hari pertama sekolah.
Cikgu pun mak bapak kena tunggu jugak? Tak percaya? Ini buktinya…. (sila klik gambar untuk baca)
Gua gelak guling-guling…

Tahap Kecewa Gua Sama Level Dengan TDM Bila Mahkamah Rayuan Overturned Keputusan Mahkamah Tinggi
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta on December 28, 2009
1. Seperti juga Majlis Peguam, gua kecewa Mahkamah Rayuan overturned keputusan Mahkamah Tinggi menghentikan SPRM daripada melakukan soal siasat selepas waktu bekerja (waktu pejabat).
2. Gua, dan lu orang semua perlu hormati waktu bekerja. Penjenayah tidak sepatutnya melakukan jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya perlu punch in dahulu sebelum merompak, menyamun, merogol, meragut dan sebagainya. Sudah tentu, polis tidak boleh menyiasat jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya hanya perlu menunjukkan jadual waktu kerja masing-masing kepada polis, dan mereka boleh dilepaskan sekiranya terserempak dengan polis di luar waktu bekerja. Bomba perlu tunggu waktu bekerja sebelum memadamkan api.
3. LPKP tidak perlu menyiasat kemalangan bas ekspres yang berlaku di luar waktu bekerja. Buat tidak tahu saja. Panggilan hotline tidak perlu berfungsi di luar waktu bekerja. Nombor SMS aduan dan telefon yang ditampal dibelakang bas itu sekadar dekorasi sahaja.
4. Perkara yang sama perlu digunakan pada hujung minggu dan cuti umum. Tiada soalan, siasatan dan memadamkan api pada hari cuti. Penguatkuasa pengangkutan jalan juga boleh tidur pada hari minggu dan di luar waktu bekerja. Tidak perlu melakukan penguatkuasaan kepada undang-undang jalan raya. Tidak perlu tahan pemandu bas yang memandu dengan laju dan cuai. Kalau kemalangan di tengah malam buta, buat tidak tahu saja. Tunggu waktu bekerja esok baru mulakan apa-apa yang patut dimulakan. Selagi tiada kemalangan ngeri yang mengorbankan banyak nyawa, buat tidak tahu saja.
5. Bagaimana pula dengan politik dan berpolitik? Tiada berpolitik selepas waktu bekerja, tentunya.
6. Jika kita ada banyak cuti, maka kadar jenayah akan turun kerana jenayah hanya dilakukan pada waktu bekerja. Kemalangan bas ekspres tidak akan berlaku kerana tiada perjalanan di luar waktu bekerja biasa. Hari cuti semua orang duduk di rumah, tidak usah susah-susah naik bas balik kampung jenguk ibu bapa.

Bah Dan Aidil Adha Di Kelantan
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta on November 25, 2009
Bah (banjir) bagi orang Kelantan adalah lumrah setiap tahun.
Orang Kelantan sudah lali dengan air bah. Tiap-tiap tahun begitu.
Sebab itu di Kelantan ada istilah main air. Bila bah saja anak-anak dara, anak-anak muda, pakcik makcik semua berduyun-duyun mengharung air bah.

Jadi jangan dihairankan dengan gambar-gambar begini.
Apa-apa pun, hujan ke, banjir ke, gua tetap balik Kelantan untuk Hari Raya Aidil Adha.
Selamat hari raya!

Sijil Halal JAKIM – Adakah Satu Kewajipan?
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta on November 11, 2009
Gua sebenarnya tertarik dengan post seorang kawan gua pasal isu persijilan halal di Malaysia. Err.. sebenarnya dia cerita pasal donut.

Gua rasa apa yang gagal difahami oleh rakyat Malaysia adalah pengesahan sijil halal oleh JAKIM bukanlah satu kewajipan kepada setiap pembuat makanan atau pengendali perniagaan.
Kalau gua buat keropok lekor dan gua nak pekkan, gua boleh sahaja letak cap halal di pek keropok lekor gua tu. Tapi cap halal gua tu bukan cap halal JAKIM lah. Halal tu adalah atas jaminan gua sendiri sebab gua yang buat keropok tu, gua tahulah apa bahan-bahan dia dan kaedah pembuatan dia tu adalah dengan cara yang halal.
Sijil halal JAKIM ni kira macam pengesahan pihak ketiga. Yerlah, bukan semua orang percaya dengan gua. Ada jugak yang kata, dah gua nak jual keropok lekor gua, mestilah gua kata halal. Kalau gua tak kata halal tak ada orang Islam yang nak beli keropok lekor gua pulak.
Bila dah ada logo halal dari JAKIM maknanya ada orang bagi pihak lu orang dah datang ke kilang keropok lekor gua (yang terletak belakang rumah gua sebelah reban ayam) dan sahkan yang keropok lekor gua tu suci dan halal. Itu sahaja.
Tidak menjadi kesalahan untuk diletakkan logo halal di mana-mana produk. Biasanya logo sekadar tulisan jawi atau rumi, yang bunyinya halal. Cuma logo itu adalah tanggungjawab pengeluar, dan tidak disahkan oleh JAKIM. Produk tadi tetap halal kalau pengeluarnya membuat dengan cara halal.
Produk-produk luar negara banyak yang guna logo halal dari badan pentauliahan halal luar negara.
Badan pentaulihan halal luar negara juga ada prosedur yang ketat untuk pengeluaran sijil halal, jadi kenapa lu orang boleh percaya dengan logo JAKIM tapi tidak percaya dengan logo halal luar negara? Kalau nak kata dioarang dibayar untuk dapat logo halal, JAKIM juga dibayar untuk keluarkan logo halal.
Kira logo halal ni macam dapat sijil ISO lah. Ada yang dapat sijil dari SIRIM (Malaysia punya), ada yang dapat dari badan antarabangsa macam Lloyd Register, ABS, TUV dan macam-macam lagi.
Jadi, pesan gua kepada pengusaha keropok kecil-kecilan, pembuat sos cili, sos pencecah, kicap dan lain-lain, juga gua tujukan kepada Makcik Esah yang buat karipap, Makcik Kiah yang buat karas, Pakcik Abu mi kuning, dan lain-lain, meniaga dulu, tak payah nak sibuk-sibuk dapatkan logo halal JAKIM. Nanti dah dapat order dari serata negara baru fikir pasal logo halal JAKIM.
Gua percaya dengan makcik dan pakcik semua. Selagi nama makcik dan pakcik bukan Chee Ee Sa, atau Ma Chee Kia atau Bak Kut Teh.
Orait?
Tapi gua nak pesan jugak. Kalau lu nak makan kat mana-mana restoran tu lu tengok-tengok jugaklah. Kalau dah dalam menu pun ada bahan yang lu tahu tak halal, walaupun dia bagi jaminan restoran dia halal, baik lu cabutlah. Kadang-kadang non-muslim tak faham pun pasal halal haram.
Yang dia paham ada babi haram, yang lain tak kisah. Sebab tu pada satu ketika, kedai-kedai seafood suka gunakan istilah pork-free untuk tarik pelanggan muslim.
p/s: Seingat gua ia tidak wajib. Atau maklumat gua sudah outdated?


