Archive for category Malaysiaku Tercinta

Mari Mengikis Duit Kawan-kawan FB Anda

Ada lagi yang kemaruk nak kaya dengan goyang kaki. Pikirlah sikit halal haramnya!

Yang ini, gua kata haram sebab ustaz-ustaz pun banyak kata haram. Ini adalah skim cepat kaya gaya facebook. Gua dah cerita panjang lebar kat sini.

Kalau nak tahu jugak, caranya begini:

Email kepada promoter program ni nak tahu macam mana kaedahnya. Lepas tu dia akan balas email, dia kata kalau nak tahu masukkan bayaran RM100 dalam akaun dia. Lepas tu dia akan bagitahu caranya. Ini gua bocorkan cara nak dapat duit haram:-

  1. Lepas lu masukkan duit RM100 dia akan bagitahu caranya ialah lu promote la kaedah tu kepada kawan-kawan.
  2. Kalau ada kawan-kawan berminat nak tahu, mintak duit RM100 daripada kawan tu dulu, baru bagitahu caranya macam mana. Selagi tak bayar, jangan bagitahu caranya yang kononnya rahsia tu.
  3. Macam tu la seterusnya.

Lepas tu kawan-kawan yang kena kikis RM100 tadi akan kikis pulak RM100 daripada kawan-kawan dia. Begitulah seterusnya. Sampailah kawan-kawan yang terakhir dah takder kawan nak dikikis, sebab semua kawan-kawan dah pernah kena kikis. Ini memang sistem menindas kawan namanya….

Yang ini, halalan toyyiban. Dapat mengurangkan najis-najis. Korek hidung…

1 Comment

Dah Ada Berukband Hasil Inisiatif Jalur Lebar Negara

Bila mana orang besar-besar bercakap tentang inisiatif jalur lebar negara, gua tak boleh akses blog sebab satu program hampeh yang dicipta yang dinamakan Juniper Network. Kalau setakat block website porno atau website mengarut, gua boleh tahan lagi. Tapi kalau website gua pun diblock jugak ini dah kira melampau.

Dalam orang besar-besar bercerita pasal broadband berkelajuan tinggi dan akses tanpa had. Gua pulak baru sambar satu berukband dengan kelajuan yang biasa-biasa saja dengan akses yang sangat limited.

Sebenarnya, gua nak tanya, ikhlas ke lu nak bagi rakyat Malaysia ni akses broadband yang laju. Ikhlas ke lu nak perkenalkan inisiatif jalu lebar tu?

Gua pelik dengan cakap dan tindakan yang tidak selari. Macam ular dua kepala!

Rakyat marhaen macam gua jugak yang pening…

1 Comment

Gua Geli, Eeiii Geli! Geli!

Newly formed group Gerakan Anti Liwat (GELI) is urging the government to set up a Royal Commission of Inquiry to look into the issue of a VCD that it alleged is being distributed to residents of Bandar Baru Bangi.

Dalam Malaysia, gua rasa, orang yang paling GELI adalah dia ni. Nama dia Mohd Arshad Ishak. Tengok muka tu, memang muka tengah tahan geli.

Geli Man

Ahahaha… geli hati gua. Tak ada nama lain ker?

2 Comments

Poligami Sebagai Senjata Menghapuskan Miskin Tegar

Gua dengar-dengar cerita Malaysia nak hapuskan miskin tegar pada akhir tahun 2010. Maknanya pada tahun 2011, dah tak ada orang miskin tegar di Malaysia.

Gua juga tahu macam-macam yang telah dibuat untuk menghapuskan kemiskinan rakyat dan ia bukannya perkara yang senang.

Antara Dua Darjatantara dua darjat, somewhere in Yan, Kedah.

Jadi, gua tanpa segan silu menyarankan supaya poligami atau monogami (senang cerita perkahwinan) digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga miskin tegar. Seterusnya menyumbang ke arah menjayakan agenda kerajaan. Lepas ni jangan cakap gua tak menyumbang! Gua dah menyumbang idea ni!

1. Bagi keluarga miskin yang diketuai oleh ibu tunggal, gua mencadangkan supaya ibu tunggal yang masih bergetah dan berkeinginan menjalankan usaha-usaha memikat pengerusi JKK, atau Penghulu, atau Pegawai Daerah, atau ADUN, atau Ahli Parlimen, atau Menteri, atau Perdana Menteri. Mengahwini salah seorang daripada mereka ini secara automatik akan meningkatkan pendapatan perkapita keluarga dan mengeluarkan keluarga daripada kelab keluarga miskin tegar.  Uh, takkan Ahli Parlimen asyik nak kahwin artis saja!

Bung Zizie

2. Bagi keluarga miskin tegar yang mempunyai anak-anak dara yang tidak bekerja dan hanya menghabiskan beras di rumah, gua mencadangkan supaya ibu bapa mencarikan jodoh bagi anak-anak mereka dari kalangan ketua-ketua pemuda UMNO cawangan, ketua pemuda UMNO bahagian, negeri mahupun ketua pemuda UMNO Malaysia. Secara separa sedar keluarga tersebut akan kekurangan ahli keluarga dan meningkatkan pendapatan perkapita. Uh, takkan pemuda UMNO asyik nak kahwin artis saja!

3. Gua juga mencadangkan kerajaan menganjurkan  program matchmaking antara keluarga-keluarga miskin tegar ini. Program ini bolehlah menjemput ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli UMNO, ADUN, Ahli Parlimen, kerabat-kerabat atau anak-anak menteri yang kaya raya sebagai peserta. Manalah tahu kalau-kalau ibu-ibu tunggal dan anak-anak dara keluarga miskin tegar ini bakal bertemu jodoh di program tersebut. Alah, sedikit modification dan sedikit make up boleh menceriakan suasana dan menutup cacat cela yang ada. Sedikit penatacahayaan yang cemerlang juga membantu. Lagi pun, orang kata, cinta itu buta! Uh, takkan kerabat-kerabat asyik nak kahwin artis saja?

4. Gua juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengarahkan setiap Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Daerah dan lain-lain menambah kuota mereka untuk mengahwini salah satu daripada dua golongan di atas. Bagi pegawai yang dah season, baiklah mengambil golongan ibu tunggal, dan bagi pegawai yang masih mentah, anak-anak dara amat bersesuaian. Apa sangatlah menambah seorang isteri berbanding jasa mensifarkan kemiskinan tegar negara. Uh, takkanlah pegawai kerajaan pun nak kahwin artis?

Akhir sekali, gua ingin mengingatkan bahawa cadangan gua ini adalah cadangan yang Islami kerana poligami dihalalkan Islam serta tujuannya yang murni. Nabi dulu pun kahwin ramai sebab nak mengeluarkan janda-janda sahabat daripada kesusahan.

Bukannya Nabi suka-suka nak berpoligami tanpa tujuan. So, kalau betul-betul mahu ikut sunnah Nabi, inilah peluang anda! Ikut syariat punya ni!

Takkan nak artis saja!

10 Comments