Archive for category Peribadi Berbadi

Hari Keputeraan Yang Ke-25 Tahun

08012010013-001.jpg
Farhan itu adalah satu typo error di pihak pembakar kek. Nama anak gua Muhammad Izz Al-Afham. Telinga dia mungkin agak tersumbat ketika itu. Afham didengarnya Farhan.

08012010016-002.jpg
Kan dah kantoi gua ni fan MU.

10012010024-002.jpg
Kek ini adalah daripada anak-anak buah yang masih ingatkan gua.

Terima kasih kepada semua yang ingatkan hari lahir gua dan mendoakan gua. Pejam celik pejam celik, gua dah berumur 25 tahun rupanya (5 tahun lepas)…

p/s: Birthday gua adalah pada 9 Januari. Pada 11 Januari, yang menyambut birthday  adalah Dato’ Siti dan Cikgu Matno. Happy Birthday Dato’, hepi besday Cikgu Matno!

4 Comments

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru gua ucapkan kepada tuan punya www.almaribuku.com.

Walaupun dah merancang lama untuk menghadiri kenduri Fuad dan Siti Adibah di Kuala Nerang pada 12 Disember 2009, tapi Allah adalah perancang yang lebih utama.

Petang Jumaat 11 Disember 2009, dua-dua orang anak gua dimasukkan ke wad sebab demam.

Fw: DSC00723

Fw: DSC00723

TTS dengan geng Ninja Utara jam 9.30 malam 12 Disember 2009 pun tidak dapat dihadiri.

Di sini gua nak mohon berbanyak maaf kepada Fuad dan pasangan, dan juga kepada geng Ninja Utara kerana tidak dapat hadir ke majlis.

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak gua dibenarkan keluar pada hari Isnin.

Fw: DSC00723

Fw: DSC00723

Itulah sedikit catatan ringkas hujung minggu.

1 Comment

Happy Birthday Nur Izz Zayani

DSC00573

Gua tulis post ni sebab nak ucapkan Happy Birthday kat anak sulung gua ni! Dah dua tahun!

update: seputar sambutan hari lahir pada 7.11.2009

DSC00577

DSC00577

DSC00577

3 Comments

Anggaplah Itu Semua Cobaan

Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. (FYI: Gua cuti raya sampai 26 Sept 2009)


source

Kalau sebelum ini gua pernah kutuk lu, makan chickades lu tanpa minta kebenaran, habiskan 100+ lu yang lu simpan dalam icebox dalam bilik tu, kutuk susu lu besar tak padan ngan badan lu yang cekeding walaupun memang gua suka tengok susu lu (hehe), tak datang kenduri kawin lu walaupun masa tu gua tader buat apa cuma layan tidor, lupa nak kejutkan lu semayang subuh, lupa nak cover rahsia lu kencing dalam kayak, tak sound kawan-kawan yang cuba nak cabul lu sambil gua gelak-gelak buat rilek, ambik jungle hat lu tanpa kebenaran, tak sanggup jadi belayer lu sebab lu tu berat sangat, pecahkan rahsia lu korek hidung atas tangga masa malam mess, lupa nak hon/angkat tangan masa selisih kat jalan walaupun masa tu gua rempit 80km/h jer, gua sikat rambut belah tepi, naik basikal lepas handle, tinggikan suara, buat-buat tak tahu masa jumpa kat shopping complex, tak bayar hutang lu lagi sebab gua tengah sesak, tak balas komen lu dalam FB, letak nama lu dalam hitlist Mafia, dan lain-lain… (nanti gua tambah kalau ada lagi…)

Jangan bimbang jangan takut. Anggaplah itu semua COBAAN

Dan lu perlu maafkan gua.

p/s: Sila-silalah tambah dosa gua kat lu yang gua tak sebut dalam ruangan komen. Nanti gua cuba minta maaf. Sebab gua ni lahir bulan Safar. Orang bulan Safar gini perangainya.

1 Comment