Archive for category Fikir-fikir Gegarkan Otak
Kisah Pinggan Mangkuk
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak on December 16, 2009
Seingat gua, kat kampung gua, nun kat Kelantan sana, tak ada kerja orang-orang kampung nak mintak peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk.
Seingat gua, kalau sapa-sapa buat kenduri, ramailah orang kampung yang menghulurkan bantuan.
Makcik-makcik datang bawak pisau masing-masing. Dalam sekelip mata saja habis bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, lengkuas, sayur, ayam dan daging dipotong. Tak pernah pulak diorang mintak upah, atau mintak disediakan pisau untuk kerja gotong royong sukarela tersebut.
Seingat gua, pakcik-pakcik akan datang berduyun-duyun. Ada yang tolong tumbangkan lembu. Ada yang cari kayu api. Kerja masak memasak ni kira macam kacang saja. Ada yang punya periuk besar akan bawak periuk besar dari rumah, untuk dipinjamkan kepada tuan punya kenduri. Tak pernah ada orang kampung gua mintak dengan kerajaan untuk beli periuk besar, dapur gas dan tungku untuk buat kenduri.
Seingat gua orang kampung gua akan berebut-rebut bagi pinjam pinggan kepada tuan punya kenduri. Di belakang pinggan itu akan ditulislah initial masing-masing nanti takut tertukar bila masa dipulangkan. Yang nama Che Na akan selamba badak tulis belakang pinggan dia dengan huruf CN. Yang nama Mek Kiah akan tulis MK. Apa saja asalkan dapat dikenalpasti itu pinggan dia. Walaupun sepuluh biji, dia tetap mahu menyumbang. Itu namanya semangat bekerjasama. Tak pernah orang kampung gua minta peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk untuk senangkan kerja-kerja kenduri.
Trend sekarang yang bagi gua merosakkan hubungan penduduk kampung adalah ketua-ketua kampung mula mintak peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk kenduri, kerusi meja kenduri, dapur, set buffet dan periuk besar untuk kenduri. Kononnya senang bila kenduri, mintak saja dengan tok ketua untuk guna barang-barang tu.
Tapi tok ketua lupa sesuatu. Kalau dulu, bila nak buat kenduri, tuan punya kenduri akan berhubung dengan semua orang kampung untuk pinjam barang, kini dengan tok ketua saja. Hubungan sesama orang kampung dah semakin kurang. Orang kampung dah rasa segan nak datang rumah kenduri sebelum hari kenduri untuk tolong-tolong apa yang patut.
Kalau dulu:
- diorang datang untuk hantar pinggan yang nak dipinjamkan
- diorang datang untuk kopek bawang dengan bawak pisau sendiri
- diorang datang untuk tolong kumpul kayu api
- diorang datang untuk cuci pinggan mangkuk
Kini, orang kampung datang untuk makan pada hari kenduri saja sebab:
- pinggan mangkuk dah tok ketua yang sediakan
- masak dah pakai dapur gas
- paling teruk, pakai katering – datang makan saja
Pada hemat gua yang rabun kronik ni, lebih banyak bantuan remeh temeh diberikan kepada orang kampung, makin renggang hubungan sesama masyarakat. Contoh gua, macam tadilah, kerajaan dah bagi pinggan mangkuk kenduri untuk kegunaan satu kampung, secara tidak langsung, penduduk kampung tidak perlu bergantung kepada sesama mereka, hubungan mula longgar. Semua asyik pikir nak berbaik dengan tok ketua saja.
Dah jadi macam orang bandar. Tak kenal jiran sekeliling. Sebab jiran itu tidak perlu pun dalam menyelesaikan kehidupan harian. Bila nak kenduri, guna katering. Servis boleh dibeli, tapi hubungan sesama masyarakat akan hilang…
p/s: gua tulis ni sebab dalam kawasan gua ni setiap kampung akan dapat dapur, set buffet, pinggan mangkuk dan kerusi meja kenduri… hehe. gua yang pening kepala nak buat perolehan hujung-hujung tahun ni.
p/p/s: lu orang perasan tak? dulu kalau kenduri, makan hidang, meriah. sambil makan boleh sembang-sembang. duduk dengan orang kampung sebab nak cukupkan korum. mintak tolong hulur lauk, hulur nasi tambah, air basuh tangan dsb. tapi sekarang ni, bila buffet, masing-masing cedok nasi sendiri, duduk dengan keluarga sendiri, makan, balik. dah tak ada nak sembang-sembang dengan orang kampung/masyarakat setempat yang jumpa kat rumah kenduri tu.

Derma Bukan Tontonan – Herman Tino
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak on December 8, 2009
Sebab gua tengah kering idea. Gua nak lu orang derma-dermakanlah idea kat gua…
dan hayatilah lirik lagu ni.

Kisah Seorang Guru Terlampau Di Kuala Lumpur
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak on November 1, 2009
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu,” jawabnya.
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
“Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu,..”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
kredit : email forward.

Shaken Baby Syndrome – Sabar Itu Lebih Baik
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak on October 22, 2009
Shaken Baby Syndrome boleh membunuh.
“Cuba jangan hayun buai tu kuat-kuat. Nanti lu yang gua hayun nanti. Cuba bersabar sikit…”
Ini sebenarnya yang gua nak cakap kat seorang perempuan cantik dan seksi masa dia dengan mulut muncung cuba nak tidurkan hero gua. Tapi perkataan tu tak keluar, rasa macam ada beruang pulak sangkut kat tekak.
Macam la dia tak tahu hero gua tu selalu tidur lambat…
Sindrom Otak Bayi Bergegar
Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.
“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.
Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat.
Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.
“Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.
“Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.
“Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
“Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak,” katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.
“Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar,” jelasnya.
Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.
“Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh,” katanya.
Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.
Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.
“Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi,” katanya.
20 Januari 2005 – Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.
13 April 2006 – Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.
14 April 2006 – Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.
Dicopy & paste dari sini, dan merata tempat lagi di internet. Kalau cari jumpa la…
