Archive for category E-Biz Guru

7 Dollar Offer

Jonathan Leger telah membangunkan satu website, yang lebih merupakan satu directory produk-produk internet yang kebanyakkannya berharga $7.

Yang baiknya, semua usahawan internet yang menggunakan script 7 dollar boleh mengiklankan/mempromosikan produk mereka secara percuma di website tersebut.

Saya secara peribadi melihat website ini adalah salah satu alternatif kepada program affiliates seperti clickbank dan sebagainya. Yang lebih baiknya, komisyen dari 75% hingga 100% akan terus dibayar ke akaun Paypal anda sebaik sahaja urusniaga selesai, tiada lagi penantian ke hujung bulan atau hujung minggu untuk komisyen.

Saya berasakan, website ini adalah alternatif kepada Clickbank.

Kalau anda masih belum yakin, anda boleh melihatnya sendiri di sini.

No Comments

Seminar Pembiayaan Kpd Peniaga & Usahawan Bumiputera

Salam Sejahtera,

Saya ada satu pengumuman. Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan seminar pembiayaan pada 13 Januari 2007 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar, NPC, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan menyesuaikan keperluan usahawan kepada pelbagai kemudahan pinjaman yang disediakan. Kali ini daripada bank-bank, antaranya, Bank Rakyat dan SME Bank.

Yang paling penting, anda akan mendapat format permohonan pinjaman daripada SME Bank. Kerana seminar ini sehari suntuk, makan tengahari disediakan, jangan risau, anda tidak akan dibiarkan mati kelaparan…

Berapa perlu bayar? Tak perlu bayar apa-apa!!

Jika ditanya, cakap saja saya yang ajak anda datang. Senang bukan?

Jumpa anda di sana. Cari saya di sana! Kalau ada masalah, tanyakan kepada urusetia seminar!

Ikhlas,
~leLabu~

No Comments

Report Percuma Lagi

Selepas The Death Of Adsense & The Death Of Internet Marketing, kini muncul satu lagi peluang untuk buat duit dengan menyebarkan laporan percuma.

Secara jujurnya, saya mendapat $18 dalam masa satu jam (belum lagi dimasukkan ke paypal saya) selepas mempromosikan laporan tersebut kepada kawan-kawan. Anda bayangkan sendiri berapa yang telah saya dapat selepas mempromosikan laporan ini selama 2 hari. Saya bertungkus lumus 2 hari pertama ini kerana saya akan bercuti ke Langkawi esok, dan pulang semula ke Penang pada hari Ahad.

Kini ada lagi satu laporan percuma yang anda boleh download iaitu “Give PPC The Finger”.

Laporan ini menceritakan tentang alternatif pengiklanan kepada PPC (pay per click) dan search engine. Ia cuma setebal 11 mukasurat sahaja.

Penulis ingin memperkenalkan sistem terbarunya ModernClick.com.

Jika anda ingin cepat, terus daftar di laman web http://tinyurl.com/ygg2h4

Berita baiknya, anda boleh mendapatkan wang dengan hanya refer orang untuk download laporan percuma tersebut. Yang lebih baiknya ialah komisen diberi kepada 3 peringkat.

Peringkat 1: USD1.00
Peringkat 2: USD0.75
Peringkat 3: USD0.50

Mari kita buat kira-kira sikit )

Jika anda mendapat 100 orang yang download, dan 100 orang tadi mendapat 10 setiap seorang dan 1000 orang pula mendapat lagi 10, berapa yang anda akan dapat?

Peringkat 1: USD1.00 x 100 = USD100
Peringkat 2: USD0.75 x 1,000 = USD750
Peringkat 3: USD0.50 x 10,000 = USD5,000

Jumlah: USD5,850 secara percuma! Anda cuma perlu mempromosi sahaja dan tiada belian perlu dibuat.

Itu cuma illustrasi sahaja.. Semuanya bergantung kepada usaha anda untuk promosi. http://tinyurl.com/ygg2h4

Apa tunggu lagi? Daftar percuma sekarang sebelum terlambat di http://tinyurl.com/ygg2h4

Bayaran dibuat melalui paypal. Anda boleh menggunakan duit dalam akaun paypal ini untuk membeli atau membayar pelbagai servis/produk di internet.

Selamat Berjaya!!

~leLabu~

No Comments

Resell Right : Easy Affiliate

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kalau kawan-kawan pernah tersua dengan website yang menjual ebook Easy Affiliate, dan ragu-ragu untuk membeli, jangan risau, kerana website tersebut sememangnya diberikan hak jual semula bagi ebook Easy Affiliate saya. Saya hanya bercadang memberikan hak jual semula kepada 7 orang sahaja.

Sehingga post ini, saya telah memberikan hak jual semula kepada dua orang iaitu Labanon di www.jomberniaga.com dan juga kepada Fuad dari AlmariBuku. Saya juga mensyaratkan harga jualan tidak melebihi RM25. Hak jual semula ini pula saya hadkan untuk jualan sehingga 1 Januari 2007 sahaja. Oleh itu, siapa cepat, dia akan dapat membuat jualan, dan keuntungan disimpan untuk diri sendiri.

Sesiapa yang ingin mendapatkan ebook ini tanpa hak jualan boleh klik di sini dan lima orang pertama (sahaja) yang ingin membeli ebook dengan hak jualan, boleh klik di sini. Harga ebook tanpa hak jual semula adalah RM25 dan harga bagi ebook dengan hak jual semula adalah RM47.

Selepas 1 Januari 2007, anda tidak lagi diberikan hak untuk jualan ebook Easy Affiliate, dan mungkin saya akan menarik balik / tidak menjual lagi ebook tersebut.

Oleh itu, pesan saya, rebut peluang ini sekarang!!

~leLabu~

2 Comments