Archive for category E-Biz Guru
Hidupku Sebagai Mat Rempit
Posted by leLabu in E-Biz Guru, Relax La Brader on April 6, 2009
Bukan senang untuk menjadi mat rempit macam aku ni. Hidup terumbang-ambing, bertukar-tukar pasangan. Inilah dia kekasih-kekasih yang pernah aku ‘tunggang’.

Masa aku mula-mula berjinak-jinak dengan alam perempitan, inilah motor yang membawa aku ke hulu ke hilir. Motor ni dah kira okay kalau nak dibandingkan dengan motor arwah ayah aku yang lagi antik.

Honda EX5 ni pulak adalah motor masa remaja aku. Merempit dari JB ke Kuantan tu dah kira biasa. Nyanyi lagu sumbang dari Kuantan ke JB juga biasa. Habis orang asli kat Pekan tu kutuk aku masa aku nyanyi lagu Isabella lalu depan kampung diorang. Haha.

Ini pulak motor masa sudah berkeluarga. Bukan yang besar tu. Itu motor Moshuchi punya. Motor aku yang sayup kat belakang tu. Tiap-tiap pagi merempit atas batas sawah pergi kerja. Satu pengalaman indah…
Jadikan Link Affiliate Lebih Menarik
Posted by leLabu in E-Biz Guru, Internet/ Komputer on April 1, 2007
Salam pertemuan,
Ok, post kali ini sedikit teknikal untuk anda yang memang mencari duit di internet dengan menjadi affiliate kepada sesuatu produk. Anda pasti tahu tentang link affiliate anda yang panjang itu, contohnya:
http://www.supermarket.com/?ref=labuci
Bagaimana kalau saya katakan ianya boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih menarik, dan yang paling penting, bila prospek melihat link ini, mereka berasakan seperti masih dalam website anda. Senang cerita, diorang ingat produk tu produk anda sendiri, melihat kepada link tersebut, contohnya begini:
http://www.websiteanda.com/labuci atau http://www.websiteanda.com/labuci.htm
Saya nak tunjukkan yang pertama dulu, bagaimana nak jadikan link affiliate anda menjadi seperti ini, http://www.websiteanda.com/labuci
- Dalam root public_html website anda, create satu directory yang dinamakan labuci.
- Dalam directory labuci tersebut, createkan satu fail dengan notepad/wordpad dan namakan ia index.php
- Dalam fail index.php tadi, masukkan kod berikut :
<? php header("location: http://www.supermarket.com/?ref=labuci"); ?>
- *rapatkan ? dan php.
- Savekan semuanya.
- Ulang langkah di atas untuk link-link yang lain
Untuk yang kedua, bagaimana nak jadikan link affiliate anda http://www.websiteanda.com/labuci.htm
- Dalam root public_html anda createkan satu fail dengan notepad/wordpad dan namakan ia labuci.htm
- Masukkan kod berikut:
<meta http-equiv="Refresh" content="0; URL=http://www.supermarket.com/?ref=labuci">
- Savekan.
- Ulang langkah-langkah di atas untuk link-link yang lain.
Ok, sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Oh, ya! Kalo anda mahukan yang lebih advanced, anda boleh cuba yang ini.
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
Resell, Master Resell & Private Label
Posted by leLabu in E-Biz Guru on March 26, 2007
Salam sejahtera,
Saya sebenarnya sedikit confuse dengan apa yang dinamakan sebagai resell right, master resell right dan juga private label right (PLR). Dengan sedikit search di internet, konfius itu berjaya dikurangkan. Dan, saya dengan rendah diri nak jugak kongsikan benda ni dengan anda semua, walaupun anda semua dah tahu lama..
Secara ringkasnya:
Resell Right: Anda beli sesuatu produk dan anda boleh menjualnya semula (dalam konteks perniagaan internet, biasanya ebook, software dan sebagainya.)
Master Resell Right: Anda beli sesuatu produk dan anda boleh menjualnya semula dengan pembeli tersebut mendapat Resell Right.
Private Label Right: Anda membeli sesuatu produk dan meletakkan produk tersebut dengan brand anda. Dalam konteks perniagaan internet, produk selalunya artikel yang telah siap. Anda membeli artikel tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulisnya. Tetapi, PLR ini, pada pendapat saya bukanlah bermaksud copyright (hakcipta), kerana artikel yang sama, boleh dijual kepada ramai. Sementara copyright pula hanya dimiliki oleh seorang sahaja.
:!: Saya juga berharap, kalo ada yang lebih arif, atau saya tersilap dalam meletakkan fakta, dapat membetulkan saya. Rasanya dah betul dah…
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
Give Keith The Finger!
Posted by leLabu in E-Biz Guru on March 3, 2007
Hari ini saya menerima bayaran komisen daripada tuan punya articlekillers.com. Apabila saya imbas kembali, telah beberapa orang usahawan internet dunia menggunakan kaedah list virus yang diperkenalkan oleh Scott Boulch. Namun, perkara yang saya nak highlightkan adalah ada juga yang tidak berapa jujur.
Dengan kata lain, mereka berjanji dan tidak menepatinya. Mungkin orang lain mengalami nasib yang sama seperti saya, bila sudah bertungkus lumus, namun tidak dibayar komisen yang sepatutnya. Berikut adalah bebarapa program yang menggunakan kaedah mengumpul list dengan list virus. Tahniah kepada yang membayar! :
- The Death Of Adsense – bayar!
- The Death Of IM – bayar!
- Article Killers – bayar!
- Give PPC The Finger – tak bayar! ( May be I should give Keith the finger! )
Lain kali, perlu lebih berhati-hati memilih program. Walaupun sudah menjadi internet marketer yang established, namun kecurangan masih dilakukan. Atau mungkin saya perlu memaafkannya, dengan memberikan alasan-alasan sendiri, atau simpati kepadanya, mungkin dia overbudget? Ada kawan-kawan yang menerima nasib yang sama?
~leLabu~
