Archive for category Siasah Si Politikus
Poster Paling Best Di Bukit Selambau
Posted by leLabu in Siasah Si Politikus on April 8, 2009
Jentera BN memasang poster yang lawa ini:

Hahahaha!
Tapi PKR tidak berdiam diri, lalu membalasnya dengan:

Tapi nak sedapkan hati, yang menang tak menang semua. Yang kalah tak kalah semua.
Dah kalah tu dah laa…
Yang Mati Lagi Banyak Bawa Untung
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta, Siasah Si Politikus on April 17, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya terpanggil untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan pilihanraya kecil. Yer la, dah dua tiga menjak ni asyik pilihan raya kecil jer. Antara pilihanraya kecil kebelakangan ini:
- DUN Pengkalan Pasir
- DUN Batu Talam
- DUN Machap
- DUN Ijok
Perasan atau tidak, setiap kali pilihanraya kecil, akan membawa seribu rahmat kepada kawasan tersebut. Kalo takder pilihanraya kecil, kita pun tak pernah dengar nama-nama DUN ni, melainkan yang memang duduk dalam kawasan DUN tersebut. Tapi bila nak pilihanraya, kawasan tersebut menjadi popular. Yang terbaru mari kita sama-sama perhatikan kawasan DUN Ijok…
Apa kata kita sorotkan apa hikmahnya terjadi pilihanraya kecil ini kepada penduduk dan rakyat kawasan tersebut, kalo tak percaya, tiap-tiap hari tengok berita, pasti ada cerita pasal kawasan DUN Ijok…
- Kalo tader pilihanraya kecil ni, orang tak tahu pun kewujudan DUN tersebut. Lepas kematian ADUN baru la orang tahu dia ADUN. Sinisnya, dia jadi ADUN, rileks-rileks tak buat apa-apa, tak masuk tv pun…
- Bila ada pilihanraya kecil, barulah kawasan tersebut menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin politik. Ingin menabur bakti barangkali, supaya pilihanraya kecil nanti DUN tersebut akan jadi milik parti mereka. Kalo ADUN tu tak mati, jangan haraplah nak dapat apa-apa…
- Masa inilah, kalo nak mintak apa-apa, tak payah risau, pasti akan ditunaikan. Atau setidak-tidaknya dilakukan upacara pecah tanah, atau perletakan batu asas. Masa inilah papan-papan tanda projek akan dipacak merata-rata kawasan tersebut. Cepat pulak lulusnya. Kalo ADUN tadi tak mati, lambat sangat nak lulus projek untuk kawasan mereka….
- Pada masa inilah berbondong-bondong orang dari serata pelosok negara datang ke kawasan DUN tersebut. Pada masa ini jugaklah, boleh dipacakkan gerai-gerai jual air dan makanan, pasti untung. Kalo ADUN tadi tak mati, senang-senang jer gerai-gerai pencari rezeki kecil-kecilan dirobohkan….
- Pada masa inilah semua janji-janji manis akan ditaburkan, boleh tengok orang politik turun padang jumpa rakyat marhaen. Kalo ADUN tadi tak mati, jangan harap dia nak turun padang kotorkan tapak kasut mahal tu….
Lepas dah menang pilihanraya kecil…
- tader lagi nama kawasan ADUN tu dihighlightkan dalam tv…
- tader lagi pemimpin politik yang nak jengok kawasan tu…
- oh, papan tanda projek tadi perlu dirobohkan, peruntukan tader dah….
- gerai-gerai yang halal masa pilihanraya kecil, kini dah jadi haram…
- tader dah yang nak jengok rakyat marhaen ni…
Fikir-fikirlah, kita menyaksikan perkara yang sama berulang-ulang. Tapi apasal kita tak pernah rasa tertipu? Dok pangkah jugak yang tu!
Oh, sepertinya, ADUN yang mati lebih banyak membawa manfaat kepada kawasan yang diwakili daripada ADUN yang hidup, walaupun untuk seketika (dalam tempoh berkempen)…
Salam hormat,
~leLabu~
Bloggers Adalah Pembohong, 80 Peratus Dari Mereka Wanita Menganggur
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak, Siasah Si Politikus on March 11, 2007
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.
“Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita”.
Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.
Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.
Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.
“Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang”.
Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.
“Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara”.
nota: Saya terasa sebenarnya. Kenyataan yang terlampau umum. Secara langsung rasanya tidak refleks kepada kita. Mungkin yang banyak buat onar dan terang-terang membuat fitnah segelintir blogger sahaja, terutamanya blogger dalam hal-hal politik. Tapi kenapa kenyataannya “Kesemua Bloggers Adalah Pembohong?”
Antara Car Craze Petronas dan Jom Tukar & Menang Myvi JPN
Posted by leLabu in Fikir-fikir Gegarkan Otak, Peribadi Berbadi, Siasah Si Politikus on February 16, 2007
Saya sengaja menulis perbandingan ini untuk memberitahu, kredibiliti Jabatan Pendaftaran Negara (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri) tercalar apabila membatalkan hadiah cabutan bertuah sempena kempen penukaran KPT kepada MyKad.
Objektif Penawaran Hadiah
MyKad : Untuk menggalakkan rakyat menukar KPT kepada MyKad dengan cepat.
Car Craze : Untuk menggalakkan/menarik pelanggan untuk mengisi petrol di Petronas.
Akibat Daripada Penawaran Hadiah
MyKad : Berduyun-duyun rakyat menukar MyKad dengan cepat, sebelum dikenakan denda. Kalau tiada hadiah, ya betul, rakyat akan tukar jugak Mykad tapi bukan berduyun-duyun dan dengan segera. Mereka tahu tanggungjawab mereka untuk tukar MyKad. Cuma semangat itu lebih apabila ada insentif!
Car Craze : Berduyun-duyun pelanggan mengisi minyak di Petronas, setiap kali isi lebih RM50. Kalau tiada hadiah pun, pelanggan akan isi minyak jugak, tapi bukan di Petronas, dan tidak sampai RM50 pun. Mereka tahu tanggungjawab mereka kepada kenderaan mereka. Cuma keinginan untuk isi di Petronas lebih sebab ada hadiah!
Selepas Habis Tempoh Peraduan
MyKad : Hadiah-hadiah yang dijanjikan kononnya akan diserahkan kepada anak-anak yatim. Eh, pulak! Selepas rakyat berduyun-duyun menukar MyKad, dengan cepat, tiba-tiba rakyat ditipu oleh Menteri sendiri. Hadiah yang dijanjikan diserahkan kepada orang lain pulak. Hmm, mungkin Menteri tersebut tidak kenal erti amanah. Jadi buat apa jadi wakil rakyat kalau tidak amanah?
Car Craze : Hadiah-hadiah yang dijanjikan diserahkan kepada pemenang! Pelanggan yakin dan percaya dengan Petronas. Pelanggan bakal bertambah. Ini yang dinamakan amanah! Cakap serupa bikin!
nota : Kredibiliti Kementerian terbabit pastinya tercalar. Kredibiliti Menteri terbabit tercalar. Sudah tersemat di dada saya, Menteri tersebut tidak amanah! Senang-senang hadiah untuk orang lain diserahkan kepada orang lain. Saya tidak mempertikaikan untuk menderma kepada rumah anak yatim, tapi wajarkah mencuri daripada yang hak dan didermakan kepada anak yatim?
Adil : Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Zalim : Tidak meletakkan sesuatu kepada yang hak. Fikir-fikirlah, wahai Pak Menteri. Natijahnya kepada kamu jugak, hari ini, seorang manusia ini, telah mengecop kamu sebagai orang yang tidak amanah!
Sesiapa yang nak anjurkan peraduan, pastikan hadiahnya diberikan!
