Archive for category Asides

Potonglah, Tunggu Apa Lagi!

Gua bukan tak mahu laju. Tapi gua masih mempunyai perasaan untuk tidak memalukan mat-mat motor kap 4 lejang yang cuba memotong gua. Jadi gua kasi lah lu potong. Gua rasa tak jatuh pun maruah gua kalau gua biarkan mat-mat kapcai potong motor gua.

Lagipun korner-korner ni gua tak habis khatam lagi. Nanti tergolek pulak gua. Kalau kat jalan straight jangan harap lah lu nak potong.

Pesan gua kepada mat-mat motor yang macam tak puas hati gua bawak pelan dan kasi lu potong, hargailah nyawa tuan-tuan. Jalan berbukit tu, silap korner nanti lu masuk gaung. Masa lu masuk gaung tu jangan harap gua nak brek dan hulurkan bantuan. Gua tengok sambil angkat tangan kasi babai saja.

5 Comments

Sah. Gua Dah Sah.

Hari ini gua terima satu surat bertarikh 1 Oktober 2009. Bunyinya lebih kurang begini:

...telah bersetuju meluluskan pengesahan perkhidmatan tuan sebagai … mulai 16 Mac 2009.

errkk..

Yahooooo…

4 Comments

Bau Makam Nabi (s.a.w) – Sungguh Wangi

Gua belum pernah jejak ke Masjid Nabawi. Apatah lagi nak mencium bau makam Rasulullah.

Makam Rasulullah

Semalam abang gua bawak balik sampel habuk dari makam Rasulullah. Sampel ini datang dari Brunei, dengan tujuan untuk satu pameran muzium nanti.

Punyalah wangi bau dia. Pipi bini gua pun tak pernah bau wangi macam nih!

Itu baru habuk, belum makam Rasulullah lagi, belum badan Rasulullah lagi.

Allahumma solli ‘alaa Saiyidina Muhammad!

3 Comments

Erti Hidup Pada Memberi?

update: Blogger tersebut telah komen dan menjelaskan perkara sebenar. Cepat pulak tu dibalasnya. Tenang sikit hati gua. Ayat pun telah diubah!

Ada blogger berdegar-degar menulis tentang “erti hidup pada memberi”. Gua memang selalu baca tulisan blogger ni. Gua boleh kira minat jugak dengan tulisan dia dan ilmu yang dia kongsikan. Cuma gua benci tentang satu perkara yang blogger ini lakukan yang pada gua mungkin dia tidak sedari.

Gua benci apabila dia meletakkan button sumbangan untuk menampung kos server, bunyinya begini:

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih.

Sedangkan, pada gua kos server telah tertampung dengan iklan yang disiarkan.

Dengan iklan, pendapatan blog tersebut sudah menjadi begini, (pada waktu post ini ditulis):

SAIZ 300 pixels X 100 pixels = 35kb
19 iklan x RM50 sebulan = RM950

SAIZ 125 pixels X 125 pixels = 25kb
8 iklan x RM25 sebulan = RM200

Jumlahnya sebulan adalah = RM1,150

Gua tak tahu pulak hosting provider mana yang digunakan, cuma gua bandingkan dengan Exabytes. Kos bagi satu dedicated server adalah RM799 sebulan.

Jadi, kos server sudah tertampung dengan penyiaran iklan di blog tersebut. Kalau tak cukup jugak, tambahkan lagi ruangan iklan.

Bukankah ERTI HIDUP PADA MEMBERI?

2 Comments