Posts Tagged Malaysia

Gua Sudah Lulus?

Gua sangkakan gua sudah sangat hebat. Terutamanya lepas deepeeyay. Rupanya belum. Gua ingatkan gua sudah melepasi modul-modul yang sangat hebat dan mencabar dua tiga bulan lepas. Rupanya tidak.

Hari ini gua dapat melaksanakan dengan jayanya satu modul paling hebat, paling mencabar dan paling singkat. Walaupun cuma satu hari, modul raptai konvo tadi adalah modul paling mencabar sepanjang deepeeyay.

Tidak sempat makan pada paginya, gua hanya dapat minum air pada pukul 5.30 petang. Kepala gua sudah pusing-pusing. Gua sudah mahu pitam.

Ditambah pula dengan aktiviti meeting berdiri sepanjang pagi, membawa ke petang. Bukan satu meeting, tapi banyak meeting. Ahlinya, pengerusinya bertukar ganti. Tempatnya juga. Tapi tiada yang sanggup mencatit minit.

Sungguh mencabar. Tapi alhamdulillah, mungkin gua sudah lulus dengan flying colors. Haha.

, , , , , , ,

6 Comments

Batang I? Macam Pelik Jer…

Gua dengar radio. Macam pelik sahaja dengar. Satu nama kawasan.

“Batang I…”

Apatah lagi kalau diucapkan dengan nada manja dan gatal seorang lelaki.

“Batang I…”

Juga pelik jika ditambah kata kerja atau kata sifat. Seperti *tiup. Keras. 8 inches. Dan lain-lain.

Bila gua baca paper, barulah gua ter “ooo..”

Batang Ai rupanya…

Orang Sabah dan Sarawak ni kalau bagi nama tempat tak boleh bagi yang elok-elok sikitkah? Mukah. Menggatal. **Di Pinggir Sungai Rajang. Kan pelik semua tu?

Atau gua yang terlalu kebiruan?

*kerja meniup dikategorikan sebagai luar tabie dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebatĀ  di bawah Seksi 377A Kanun Keseksaan. Hardi, dan yang lain, hati-hati!

**ini adalah tajuk novel erotis yang bersilih ganti berkubu bawah tilam penghuni A6 di Smach suatu masa dahulu. haha.

, , , , , , ,

7 Comments

Kerajaan Perak Tumbang: Aku Peduli Hapa?

Coat of arms of Perak
Image via Wikipedia

Aku tidak tahu apa maksudnya dengan ketumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Namun apa yang aku tahu, kerja rakan-rakan di Perak akan bertambah mudah kerana bakal mendapat kerjasama daripada semua jabatan-jabatan negeri.

Walau apa pun, kerajaan Perak yang bakal terbentuk pastinya satu lagi kerajaan yang tidak stabil. Bila ramai katak-katak menyertai politik, beginilah jadinya. Lompat melompat tidak akan menyelesaikan masalah.

Mungkin selepas kerajaan Perak yang baru dibentuk, ada pula yang akan melompat-lompat lagi.

Pandangan peribadi aku, Perak perlukan kerajaan yang lebih stabil. Ada baiknya juga kalau Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.

Jangan bagi peluang lagi kepada politikus yang suka lompat melompat.

Reblog this post [with Zemanta]

, , , , , , ,

4 Comments