Posts Tagged Languages

Nasi Kukus D’Naim Pantai Dalam

Aku rasa, sepanjang perkenalan aku dengan nasi kukus, inilah nasi kukus yang dapat memikat jiwa aku. Ketika deepeeyay dulu, boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku mencekik nasi kukus di kedai ini.

Aku tidak kira. Ada kawan. Atau tidak. Nasi kukus agenda utama hujung minggu.

Nasi Kukus Pantai Dalam

Nasi kukus ini diperkenalkan kepada aku oleh Amjad. Amjad pula diperkenalkan kepada kedai ini oleh si Pengejar Masa. Oh, kedai ini berdekatan dengan rumah si Pengejar Masa itu, kalau dia belum berpindah ke rumah lain atau membuka cawangan lain.

Nasi Kukus

Itu dia. Pengarah INTAN dan seorang bouncer Rusia sedang menunggu aku untuk merasmikan acara makan nasi kukus. Orang lain masih lagi sibuk-sibuk bergambar di PICC dengan No. 1 Dress, kami sudah sampai di depan pintu D’Naim Nasi Kukus.

Kedai ini terletak di area Pantai Dalam. Cari sendiri. Aku tak reti nak bagitahu jalan.

Lauk Pauk Nasi Kukus

Antara lauk pauk yang ada. Sayur kacang panjang goreng. Keli sambal dan lain-lain. Tapi lauk yang menjadi pilihan semua orang adalah ayam goreng berempah.

Nasi Kukus Sedia Dimakan

Inilah dia rupa nasi kukusnya. Di kedai ini tiada pinggan. Kalau nak makan di situ pun, nasi kukus akan dibungkus dalam daun pisang. Makan nasi yang dibungkus di kedai. Pelik jugak. Selalu kalau dah bungkus makan di rumah sajalah.

Ok. Itu saja. Kalau nak rasa keenakannya. Sila minta Si Pengejar Masa belanja.

, , , , , , ,

11 Comments

Char Koay Teow Am Balik Pulau

Aku banyak cerita pasal makanan kan?

Ini pula adalah char koay teow kegemaran aku. Aku baru perasan yang aku akan ke kedai Char Koay Teow Am setiap minggu setiap kali balik ke Pulau Pinang.

Char Koay Teow Am

Ada orang kata Keys Char Koay Teow sedap. Ada yang kata Char Koay Teow Sany sedap. Ada yang kata Char Koay Teow longkang dekat Bayan Baru sedap.

Tapi bagi aku, char koay teow Am lagi sedap. Jadi, datanglah ke Balik Pulau dan rasa dulu char koay teow Am ni. Lagipun, Am ni saudara mara isteri aku. Haha.

, , , , , , ,

7 Comments

Zeyna Ibrahim (Heroin Rempit vs Impak Maksima) Dirogol?

Semalam secara paksa rela aku menonton drama Rempit vs Impak Maksima. Salah satu sebabnya, terasa teringin menyaksikan sambungan kemungkinan adegan merogol Farhana dari episod lepas. Itu tokey mau bikin itu vcd maa..

insidepix1

Aku tergelak habis bila dalam siri tu watak Farhana (Zeyna Ibrahim-awek cun di atas, bukan yang montel itu!) cakap kepada Ijai semasa di track drifting:

(lebih kurang bunyinya)

“…kita perlu ada paradigem shift…”

* Tuan-tuan dan puan-puan. Ejaan bahasa Inggerisnya adalah paradigm. Dan sebutannya bukanlah pa-ra-di-gem. Sebutannya pair-uh-dime. Harap maklum.

Paradigem apa? Aku paranaway pengarah drama itu baru tahu? Lain kali tengok sama skrip. Jangan buat aku gelak sorang-sorang disebabkan kebanganganmu dan ketiadaan paradigem shift-mu. Haha.

.

.

*tajuk ada ala-ala berita sensasi gitu. jgn marah aa..

, , , , , , , , , , , , , ,

2 Comments