Posts Tagged dr maza
Dr Maza Seorang Maksum Barangkali?
Posted by leLabu in Malaysiaku Tercinta on November 3, 2009
Adakah Dr Maza kebal undang-undang sehingga semua pertikaikan penguatkuasaan JAIS? *

Apa salahnya kalau pohon tauliah? Sudah dia ada Phd, bekas mufti, pasti senang-senang boleh lepas temuduga tauliah JAIS. Kenapa Dr Maza boleh terfikir untuk tidak mengikut peraturan atau kenapa Dr Maza boleh tidak terfikir untuk memohon tauliah?
Apakah peribahasa masuk kandang lembu menguak tidak terpakai pada Dr Maza? Apakah Dr Maza bebas keluar masuk bagi ceramah di negeri orang tanpa mempedulikan peraturan di negeri tersebut? Atau apakah selepas ini Dr Maza boleh keluar masuk rumah orang tanpa kebenaran pula hanya kerana dia bekas mufti?
Apakah undang-undang tidak perlu dihormati oleh Dr Maza? Adakah undang-undang ini semuanya bidaah bagi Dr Maza?
JAIS juga yang salah? Apakah diri sendiri tidak salah sebab gagal pohon tauliah? Gagal mengikut peraturan.
* Bukankah Dr Maza yang pertikaikan operasi tangkap khalwat? Mungkin sebab itu JAIS pergi tangkap penceramah pulak? Tapi salah jugak. Tangkap orang buat maksiat tak betul, tangkap bekas mufti bagi ceramah tak ada tauliah pula salah? Habis apa yang betul pun gua tak tahu. Gua pening!
Mungkin tangkap Hadi yang minat sangat dengan Maria Ozawa itu betul?
JAIS, sila tangkap Hadi si Pengejar Masa, dia minat sangat dengan Maria Ozawa! Hehe…


