leLabu dot com chaotic mind [jiwa kacau?] – 1blog personal

3Nov/097

Jangan Berlagak Dengan Harta Benda Bapak

Gua sedar, gua naik motor saja. Gua ada kereta buatan Malaysia saja.

Tapi jangan nak berlagak dengan gua kalau lu pakai kereta Jepun latest model pun. Sebab itu lu tak beli dengan duit lu.

Gua memang pantang orang berlagak dengan gua gunakan harta benda yang bukan dapat dengan keringat sendiri. Setakat nak menunjuk-nunjuk kereta hebat depan gua tapi downpayment kereta bapak lu yang kaya tu bayar baik tak payah. Lu tetap miskin pada pandangan mata gua.

Gua respek lu kalau harta benda lu tu hasil titik peluh lu. Bukan titik peluh bapak lu.

Tak payah nak berlagak kalau kenduri kahwin lu grand gila babi tapi semua tu bapak lu yang bayarkan. Biarlah kenduri gua kecil-kecilan tapi semua tu dari titik peluh gua. Cili kering tu gua sendiri yang beli dengan duit gua.

Tak ngaku tu duit bapak lu?

Wei, lu kerja jawatan sama macam gua, gaji kurang seratus dari gua. Takkan lu mampu nak beli kereta macam tu. Takkan lu mampu nak buat kenduri besar-besaran macam tu. Aci kerat jari tu semua duit bapak lu sebab bapak lu kaya. Kalau bapak lu tak kaya, gua percaya tu duit Bank Rakyat.

Sekurang-kurangnya gua berdikari...

About leLabu

leLabu adalah seorang abah kepada seorang babygirl dan seorang babyboy. Menulis sukati dia saja. Telah kenal blog pada 2004 dan sejak itu mula menulis secara tetap-tidak tetap-tetap. Sukati dia saja!
Comments (7) Trackbacks (0)
  1. aiii…
    macam kenal ja individu yang dimaksudkan….
    hehehehe
    bukan bank rakyat la…tapi BSN

  2. mcm mana bleh kenal? ini bukan cerita individu. tapi cerita pasal individu-individu. ramai yang berlagak pasal ni.

    itu yang gua geram!

  3. ramai ker….
    rasanya 2 orang jer yang perangai mcam tu kat anak bukit tu..
    berlagak ngan harta n pangkat mak bapak diorang…

  4. ni bukan pasal staff kat anak bukit lah. ini citer org lain. hehe

  5. ala….kat sana pon ada jugak yang macam tu….
    orang kat sana apa citer….
    dah takmau kawan ka…

  6. biaq p la depa cik lelabu.. depa x mrasa susah payahnyer lagik.. tunggu mak bapak depa *kaput* baru tau langit tu tinggi ka rendah.. nak berjoli2 dan akhirnya berkesudahan mcm kasem selamat..

  7. Aku pun menci tengok orang berlagak dengan harta makpak. Majlis resepsi kahwin mewah tajaan parents. Aku bersyukur aku kawin, duit hantaran n majlis, suami guna duit sendri. Baru lar rasa special


Leave a comment


No trackbacks yet.

Komen Terbaru

Tags

Post Terbaru

Arkib

Gua Layan~