leLabu dot com chaotic mind [jiwa kacau?] – 1blog personal

3Nov/0911

Dr Maza Seorang Maksum Barangkali?

Adakah Dr Maza kebal undang-undang sehingga semua pertikaikan penguatkuasaan JAIS? *

Apa salahnya kalau pohon tauliah? Sudah dia ada Phd, bekas mufti, pasti senang-senang boleh lepas temuduga tauliah JAIS. Kenapa Dr Maza boleh terfikir untuk tidak mengikut peraturan atau kenapa Dr Maza boleh tidak terfikir untuk memohon tauliah?

Apakah peribahasa masuk kandang lembu menguak tidak terpakai pada Dr Maza? Apakah Dr Maza bebas keluar masuk bagi ceramah di negeri orang tanpa mempedulikan peraturan di negeri tersebut? Atau apakah selepas ini Dr Maza boleh keluar masuk rumah orang tanpa kebenaran pula hanya kerana dia bekas mufti?

Apakah undang-undang tidak perlu dihormati oleh Dr Maza? Adakah undang-undang ini semuanya bidaah bagi Dr Maza?

JAIS juga yang salah? Apakah diri sendiri tidak salah sebab gagal pohon tauliah? Gagal mengikut peraturan.

* Bukankah Dr Maza yang pertikaikan operasi tangkap khalwat? Mungkin sebab itu JAIS pergi tangkap penceramah pulak? Tapi salah jugak. Tangkap orang buat maksiat tak betul, tangkap bekas mufti bagi ceramah tak ada tauliah pula salah? Habis apa yang betul pun gua tak tahu. Gua pening!

Mungkin tangkap Hadi yang minat sangat dengan Maria Ozawa itu betul?

maria ozawa

JAIS, sila tangkap Hadi si Pengejar Masa, dia minat sangat dengan Maria Ozawa! Hehe...

About leLabu

leLabu adalah seorang abah kepada seorang babygirl dan seorang babyboy. Menulis sukati dia saja. Telah kenal blog pada 2004 dan sejak itu mula menulis secara tetap-tidak tetap-tetap. Sukati dia saja!
Comments (11) Trackbacks (0)
  1. Dr MAZA ni dulu lecturer Pengajian Islam aku kat usm…aku tak tau la dia camna lepas aku abis blaja…tapi waktu time aku study, he wasn’t a mufti yet…and not as popular now…so aku tak tau ler…but he is a very cool guy…at least the way i know him lah..

  2. gua pelik mcm mana boleh JAIS plak yang menjadi sasaran sedangkan Dr Maza yang mengajar tanpa tauliah atau dalam bahasa senangnya tanpa kebenaran pihak berkuasa agama.

    gua langsung tidak pertikaikan ilmu dia. cuma sekarang gua nampak macam Dr Maza ni kurang beradab la pulak. masuk rumah org tak bagi salam.

  3. Maria Ozawa tidak boleh ditahan JAIS kerana dia tahu memakai tudung walaupun mungkin terlupa memakai bra. Cuaca Malaysia yang panas menyebabkan dia ingin lebih kebebasan beralun.

    Dalam kes Dr Maza pula, bagi aku dia hanya manusia biasa. Tidak sesekali aku mempertikai ilmu dia, tapi sebagai manusia kita tak pernah terlepas dari membuat kesilapan baik dari segi tutur kata atau perbuatan.

    Wallahu’alam.

  4. …Katanya, walaupun Perlis mempunyai undang-undang yang sama, tetapi beliau tidak pernah menguatkuasanya sepanjang menjadi mufti negeri itu…

    dicopy n paste dari: http://www.malaysiakini.com/news/116699

    cir-ciri apa ya, yg menyatakan, bila diberi amanah dia khianati. lupa pulak gua. bukankah undang-undang itu amanah utk dikuatkuasakan?

  5. berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini, dapatlah disimpulkan bahawa satu-satunya bekas mufti yang gila dunia, bercakap mengikut nafsu dan pentingkan dirinya semata adalah DR MAZA.

    Bukankah sifat orang yang alim dan ilmuan mematuhi peraturan yang dibuat oleh uliamri?

    Semua orang (termasuk alim ulamak yang muktabar) salah, dia seorang sahaja yang betul. Kata-katanya bukan dengan hikmah tapi penuh dendam kesumat, memecah belahkan umat, memporak peranda masyarakat.

    Inilah sifat Dr Asri Zainul Abidin Aljahati wal Gila Kuasai wal Glamouri. Orang macam ni ke kita orang awam nak jadikan teladan?

    Cubalah nasihatkan pengikut-pengikut anta dulu wahai tuan doktor alfilasafah, kurang-kurangnya pengikut setia macam Marina Altantun Mahadiak wal Sister ul Islam tu untuk mengikut syariat Islam yang sebenar.

    Wallahu a’lam.

  6. artikel yg bagi gua menarik. cuba faham betul-betul sebelum lu keluar dari taklid kpd ulama ke taklid buta kpd dr. maza

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

  7. Aku pun selalu bertanya pada diri aku ,maksiat sana sini tak pula diselongkar pergi tangkap serta dakwa,ni Dr.Asri yang aku berpendapat seorang ilmuan ugama isla muda yang cemerlang pula jadi mangsa tangkapan JAIS SELANGOR masih banyak lagi tempat maksiat tak pula di selongkar tangkap serta dakwa.

  8. Ni geng wahabi tokleh pakai nya geng, bagi kuliah pun meyeleweng … ada ke tangkap khaluwat pulak salah… hemmm

  9. pelikkan…
    orang yang ada pHD dalam bidang agama… bekas mufti… pensyarah universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi… kena tangkap hanaya kerana hal-hal remeh… tidak ada tauliah…

    jemaah tabligh… pergi mana-mana mesjid… tidur, bermalam… dalam mesjid… buat tazkirah (yang wallahualam… berlandaskan sumber yang sahih atau tidak..) tidak pula JAIS (atau mana-mana pihak berkuasa agama) ambil tindakan serupa… pelik

    macam ada sesuatu pula…

  10. sebab orang yang ada pHD dalam bidang agama… bekas mufti… pensyarah universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu, yang banyak ilmu, terlupa sesuatu. dia kurang adab. masuk rumah orang tak reti nak bagi salam.

    lepas tu mula lah macam-macam. tak ada tauliah, mohonlah dulu. kalau tak lulus baru ada alasan nak kata JAIS tak bagi dia tauliah.

    macam ada sesuatu apa? itu alasan org tak ada modal. mulalah nak salahkan orang lain. diri sendiri tak pernah nak cermin.

  11. Saudara cuba dengar youtube di bawah ni: hujung clip tu dia ada sebut dia pun pernah tak bagi kelulusan atau tauliah pada Saudara Zamihan berceramah di Perlis. Satu lagi dia kata Zamihan tu pernah memburukkan org itu dan ini padahal tak ada bukti pun. Cuba click : http://abu-syafiq.blogspot.com/

    http://www.youtube.com/watch?v=i9DP5AnE1wg&feature=player_embedded


Leave a comment


No trackbacks yet.

Komen Terbaru

Tags

Post Terbaru

Arkib

Gua Layan~