Sedap Macam Kambing


Jumaat yang lalu aku dan keluarga ke Lebuhraya Peel, Penang untuk satu jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pejabat lama aku. Dalam jamuan raya tersebut sempat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang tak menyertai serbu raya hari tu.

Antaranya Pakchot, Kakmiah, Dato’Ayob, dan lain-lain lagi. Tak berapa hingat sebenarnya sapa yang jumpa. Macam biasa, Izz menjadi perhatian ramai dengan pipi tembam dia tu. Tapi macam biasa jugak tiada siapa yang dapat dukung dia sebab dia memang tak suka kat orang. Asyik aku ngan ibu dia sahajalah yang kena dukung dia. Sorang melantak, sorang kena jaga anak. Begitulah gilir-gilir sampai semua menu dirasa.

Menu hari tu seperti biasa ada sate, char koay teow, roti jala, bihun sup, rojak, ais kacang (atau ABC kata orang KL), dan lain-lain. Yang menjadi perhatian setiap kali jamuan raya pejabat ni adalah kambing panggang. Seperti biasa, aku nak mencuba makan kambing bbq dengan sos lada hitam ni.

Tahun lepas aku ambik satu slice kambing panggang pastu aku potong kecik. Aku cucuk ngan garpu pastu cecahkan dalam sos lada hitam yang pekat tu. Aku masukkan ke mulut, tapi tak lepas nak telan. Hari Jumaat tu, hujan renyai-renyai menjadi saksi kali pertama daging kambing masuk dalam perut aku. Sedap jugak rupanya daging kambing ni. Aku dah makan daging kambing. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku makan daging kambing. Seingat aku juga, semua ahli keluarga aku tak makan kambing. Kira aku berjaya memecah rekod keluarga!

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua rakan-rakan di pejabat lama yang menjemput aku untuk jamuan hari raya tu. Tahun depan jemputlah lagi! Jangan lupa kambing panggang lagi!

  1. #1 by Pengejar Masa on October 26, 2008 - 3:30 pm

    tu la kau. lain kali simpan semua komen lepas dapat diploma. haih~

    [Reply]

    leLabu Reply:

    mana kutahu sampai ke sini ia mengejarku. huhu.

    [Reply]

  2. #2 by jazmin on October 27, 2008 - 1:56 pm

    ko password protect jerla labu. cam aku ni. tapi jangan luper invite plak.ehehehehehhe

    [Reply]

    leLabu Reply:

    ha. ko x invite aku pon!

    [Reply]

  3. #3 by IkraamTorres on October 28, 2008 - 12:05 pm

    tapi kalau password protected tak thrill la memblog..

    [Reply]

    leLabu Reply:

    kureng thrill sikit x pe kot.

    [Reply]

  4. #4 by mrsaafifi on October 29, 2008 - 8:09 am

    ala relaks la.. depa pon manusia ja, kalau sudah qun fa ya qun, sudah rezeki nak dpt dpi, depa block mcm mana pong akan dpt jugak.. yg paling penting kita menyampaikan yg benar, mengambil iktibar dari kesalahan dan berserah diri kpd Pencipta. InsyaAllah..

    [Reply]

    leLabu Reply:

    susah kan kalo ada yg mabuk-mabuk. mabuk kuasa lg susah. semoga tuhan sentiasa bg aku sifat rendah diri. amiin.

    [Reply]

  5. #5 by jazmin on October 29, 2008 - 3:34 pm

    aku dah invite masuk blog. sorri la weih….

    [Reply]

    leLabu Reply:

    hehe. dah bleh baca blog ko dah.

    [Reply]

  6. #6 by jazmin on October 29, 2008 - 3:40 pm

    luper lak link baru…

    (link aku delete sebab ko kan nak rahsiakan..hehe)

    [Reply]

  7. #7 by marmalade on October 30, 2008 - 7:33 am

    rilekslah wei. insha Allah takde apa ah =)

    [Reply]

    leLabu Reply:

    aku ileks je..

    [Reply]

  8. #8 by jejaka on October 31, 2008 - 11:34 pm

    hoho… nmpknye kontroversi terbilang hehe…

    [Reply]

(will not be published)