RSS Feed for This PostCurrent Article

Lu Apa Kes Tak Nak Senaman?

Apanya yang ko kecoh sangat?

Soalan ni aku memang nak tanya pasal ada orang yang tak nak ikut sama bersenam seni sebab alasan agama.

Semasa aku dok kursus ni, dah dua kali diadakan senam seni Malaysia. Ala, senaman yang menggabungkan tarian-tarian etnik Malaysia untuk dijadikan senaman yang digemari rakyat Malaysia. Senang ceritanya tujuannya nak mendidik rakyat Malaysia bersenam. Sebab kebanyakkan rakyat Malaysia ni kalo pasal senaman memang pemalas. Mungkin juga kerajaan nak menaikkan senam seni ni bagi menggantikan poco-poco yang berasal dari negara seberang dan semakin popular seluruh dunia.

Walaupun aku tak pandai nak menari dan bersenam sekaligus, tapi aku cuba jugak, dengan langkah sumbang. Yang aku bengang, ada yang tak nak buat sebab alasan tarian dan seni tu perkara lagha. Hampeh betul la.. kalo senaman dikatakan tidak mengikut lunas agama, macam mana nak pertahankan agama kalo semua rakyat Malaysia lembik?

Takkanlah setiap masa nak bersenam ikut sunnah nabi? Dan mampukah kita? Takkan hari-hari nak berlari? Takkan hari-hari nak bergusti? Lagilah, takkan hari-hari nak menunggang kuda? Mana nak dapat kuda? Kita rakyat marhain tak mampu nak beli kuda. Jangan ada yang kata aku menghina nabi pulak! Yang aku nak tekankan, ikut zaman la wei! Nak ikut sunnah pun kena ikut keadaan. Zaman sekarang nak menunggang kuda tu susah. Jadi, kalo yang sunnah tu kita tak mampu nak ikut, apa salahnya kita buat, selagi tak bercanggah dengan agama, perkara yang tidak pernah dibuat nabi, tapi matlamatnya sama?

Jadi, kalo nabi bersenam dengan berlari, bergusti dan menunggang kuda. Apa salahnya kalo kita bersenam dengan berjoging, buat tepuk lalat, star jump, squad jump, tunggang basikal, berpoco-poco atau bersenam seni? Semuanya bersenam, dan takder pun yang bercanggah dengan agama. Niat tu nak bersenam! Dan, sampai sekarang, senam seni tu, yang kitorang buat dalam kursus ni, lelaki sebelah kiri, perempuan sebelah kanan, tak der percampuran lelaki perempuan pun. Jadi apa yang ko nak kecoh sangat? Lainlah kalo ada unsur-unsur pergaulan bebas…

Tak kira ko fundemental ker, aliran pondok ker, neo-salafi ker, aku peduli hapa! Tapi apa jadahnya ko tak nak bersenam. Bersenam tu sunnah nabi, jadi aku bersenam lah! Dengan bersenam akan menyihatkan badan, badan yang sihat akan jadi lebih kuat dan cergas, badan yang kuat boleh digunakan untuk pertahankan bangsa dan negara.

Bayangkan, ko memang ada peluang bersenam dengan senam seni jer, pastu ko tak nak bersenam. Pastu ko jadi tak kuat, pastu ko nak angkat lastik pun tak larat, nak aim pun mata tak larat nak picing, ada orang kuffar serang negara Islam Malaysia, macam mana ko nak pertahankan negara? Pastu apa ko nak cakap depan nabi kalo ko tak mampu nak pertahankan agama Islam? Ko nak cakap yang ko tak kuat sebab ko tak bersenam sebab semua senaman sekarang tak sama macam senaman zaman nabi?

Lu ppikkirr lerr sendiri..

*ada yang tak setuju ngan aku, sila angkat tangan! Sukati aku laaa…hehe -P Oh, ya! Tun Dr Mahathir dah ada blog sendiri, yay!

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by jayjamil
2008-07-13 21:09:37

hi, just blog hopping terjumpa this page plak…

tak perasan plak ada kalangan kita takmo senaman.

sapa tu weih?

DPA dah nak abis, layan jer………………

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.