Membaca tulisan Kumprinx pasal catatan backpackingnya ke Pulau Pinang dan betapa beliau(?) telah dibawa ke alam lain hanya kerana merasa kari Pulau Pinang di satu restoran mamak yang tidak direcognised oleh lokal sebagai restoran yang menyediakan makan paling sedap, aku terasa terpanggil untuk menulis post ini. Dan juga terpanggil untuk memanggil beliau berkunjung kembali ke Pulau Mutiara ini!
Ini yang berlaku kepada kumprinx bila menyuap kari ke mulutnya:
Tangan gua terketar-ketar. Gua ambik suapan yang kedua, tiba-tiba keadaan berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua. Kali ni ada sorang lagi aktress hindustan gua tak ingat nama dia (tapi body dia solid jugak) memberikan kucupan lembut di pipi gua yang satu lagi (belah kiri pulak).
Apa yang aku boleh katakan, kalo makan kari di restoran yang tidak famous pun beliau sudah dibawa ke Himalaya. Nanti kalo beliau pergi ke tempat-tempat makan yang aku suggestkan ni, mungkin beliau akan merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasakan selama ini. Atau mungkin ada air yang terpancut-pancut dari tubuhnya! meleleh-leleh dari mulutnya…
Nasi Kandar Line Clear
Yang pertama, aku tahu sesapa yang first time datang ke Penang pasti nak merasa nasi kandar. Kalo kat sini, di kalangan penduduk lokal, nasi kandar yang menjadi sebutan dan best adalah nasi kandar line clear. Kedai nasi kandar ni terletak di Jalan Penang. Nasi kandar kat sini memang ‘champion’. Lagi satu, nak makan nasi kandar korang kena cakap kat mamak tu nak makan lauk apa, pastu cakap ngan dia kuah campur. Memang best!

Photo from: Chanlilian.net
Aku yang asal Kelantan ni pun dah jatuh chenta habis ngan nasi kandar nih! Kalo tak merasa nasi kandar boleh menggigil-gigil dibuatnya. Haha..
Roti Canai Argyll Road
Kalo korang nak bersarapan yang memang best. Korang cari kedai roti canai di Argyll Road. Kedai ni letaknya berhadapan dengan pejabat cawangan Utusan. Kat sini kalo nak makan korang order roti telur, daging taruk atas! Perrghh.. memang best. Diorang akan bagi satu keping roti telur (kalo korang mintak sekeping lah, kalo korang mintak lapan diorang akan bagi lapan) kuah banjir. Pastu ada seketul daging gulai dia bagi. Memang sedap.
Walaupun kedai sekadar macam gerai tepi jalan, tapi tempat ni memang selalu penuh pagi-pagi. Memang menjadi tempat tumpuan VIP untuk breakfast. Korang takkan menyesal kalo makan kat sini.
Sup Hameed
Kalo malam-malam korang terasa nak makan sup torpedo (sup torpedo adalah sup kote *tuut* lembu), atau terasa nak makan sup yang best, korang boleh try sup Hameed. Juga terletak di Jalan Penang (kalo tak silap) berdekatan dengan hotel Cititel. Kalo malam-malam kawasan ni memang happening dan ramai orang. Yang ramai orang tu sebab yang suka clubbing tu, kat sini memang area kelab malam.

Photo from: Malaysiabest.net
Bagi yang tak suka clubbing dan hidup bebas tanpa najis dadah dan alkohol, mereka akan mencuba sup Hameed. Korang bleh pilih nak makan sup apa, sup perut, sup ayam, sup daging, sup lidah, sup tulang, sup torpedo atau pun korang bleh suruh dia buat sup campur…
Restoran Pen Mutiara
Kalo korang nak proper dinner dengan masakan kari kepala ikan atau masakan ala Thai, korang boleh ke restoran Pen Mutiara ni yang terletak dalam area Bayan Lepas, dekat Batu Maung. Restoran ni berdekatan dengan jeti LKIM.

Restoran ni berhawa dingin dan masakan dia pun best. Korang boleh pilih untuk makan masakan tempatan Pulau Pinang atau masakan ala Thai. Kari kepala ikan dia pun memang power tak hengat. Dari segi harga, memang harga dia harga macam makan kat gerai tepi jalan seperti kedai Pak Husin Tom Yam, Bangkok Tom Yam dan lain-lain. Cuma yang lagi best, kat sini korang boleh tunjukkan bakat nyanyian korang. Ada karaoke!
Laksa Janggus
Kalo korang datang Penang dan tak merasa laksa Penang, memang korang hampeh! Laksa Penang yang best dan famous seluruh Pulau Pinang yang dibuat oleh orang Melayu dan dijamin halal adalah laksa janggus.

Kalo korang nak merasa laksa yang Cina buat dan tidak ditanggung halal, korang boleh try laksa di depan pusat beli belah Gama. Kat situ pun laksa dia best, siap isi ikan dia nampak berketul-ketul. Tapi tak situ aku tak jamin halal sebab nampak jer yang jual tu Melayu/Indon tapi sebenarnya, mengikut kata orang-orang lokal, yang buat kuah laksa tu Cina.
Haa…
Inilah antara tempat-tempat makan yang best dan direcognised sebagai best di Pulau Pinang. Itu pun aku belum highlightkan lagi pasal bawal goreng di Perai, nasi kandar Merlin, char koay teow Sani dan lain-lain lagi.
Kalo kumprinx merasa semua ni, dia akan cakap (mungkin dalam Part 2 Penang) :
Tiba-tiba keadaan berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua. Kali ni ada sorang lagi aktress hindustan gua tak ingat nama dia (tapi body dia solid jugak) memberikan kucupan lembut di pipi gua yang satu lagi (belah kiri pulak) dan terasa ada sesuatu yang terpancut meleleh.. hahaha…
p/s: Jangan marah aaa…
#1 by kuasadua on January 22, 2008 - 3:28 pm
Isshh dasyat gak makanan kat Penang ni..Ni yg daku terasa nak pegi Penang pekena nasi kandar
[Reply]
leLabu Reply:
January 25th, 2008 at 11:43 am
apa lg.. jemput lah datang..
[Reply]
#2 by Azhar Ahmad on January 22, 2008 - 5:02 pm
Hohoho, nak balik penang… waaaa…
Ehhh, saya suka lagi Nasi Kandar kat belakang balai polis Jelutong tuhhhh
[Reply]
#3 by syia on January 24, 2008 - 10:31 am
uwa.a. ni rase nk gi ni tapi sampai2 tak tahu jalan nanti
[Reply]
leLabu Reply:
January 24th, 2008 at 11:38 am
tak tahu jalan tak per.. nanti aku jalan-jalan kan.. hahaha.
org kata kat penang ni, jgn takut sesat, sbb masih dalam penang. cuma jgn naik feri n jgn naik jambatan. kalo naik either 2 tu, ko akan terus keluar dari penang.
[Reply]
#4 by Kumprinx on January 25, 2008 - 11:00 am
pehh.. tangkap leleh jugak cerita ko ni.
Semangat repeat semakin berkobar-kobar.
kalau ada masa ko tapau je, poslaju kat aku.. hehe.
[Reply]
leLabu Reply:
January 25th, 2008 at 11:42 am
nak post laju bleh. tp sblm aku hantar, ko kena bersumpah akan makan nasi kandar tu walaupun nasi tu dah basi.. hahah
[Reply]
#5 by jejaka on January 25, 2008 - 10:39 pm
good info bro… cayalah…. kat satu pic tu naper tutup muka.. malu ka… ahahaha…..
[Reply]
#6 by titan on February 5, 2008 - 12:08 pm
NI yang aku tahan nih. Dah lama gila aku tak pekene nasi kandaq nih..kat banting takde yg sesedap kat situ.
[Reply]
#7 by mat gj on August 4, 2009 - 12:13 pm
kat seberang perai pun apa kurangnyr(penang la jugak)pi pekena char koey teow sungai dua teloq ayam berbasuh. Pehhhhh…. sempoi giler
[Reply]
#8 by izza on August 11, 2009 - 3:47 pm
hahahaha
mmg bes mknn kat png
if de ms g dtg r mkn2 kat byk
tmpt yg ko xtau g
huhuhuhuh
caw dl bro
t8 cre
[Reply]
#9 by izza on August 11, 2009 - 3:49 pm
i da g tmn ngr
kat png 2
mmg bes sume tmpt2 yg ko
share kan dl
idop tnpp
hooooooreeeeeeyy
[Reply]
#10 by eda on December 7, 2009 - 4:20 pm
char kuey teow best kat mana kat penang tu??nk g try n…
[Reply]
#11 by Brachoz on December 17, 2009 - 7:42 pm
aku org penang…org penang x mkn nasi kandar line clear.pasal kat sana kotor sgt ..x caya korang datang malam…mak bapak tikus merayap-rayap tepi dinding bawah meje…cuba korang dtg malam2….mesti jupa..rata2 pelanggan yg datng sana semuanya org luar penang…x caya tanya org penang!!!!!
[Reply]
#12 by Brachoz on December 17, 2009 - 7:43 pm
char kuey teow best gi BM…..mmg best giler…….
[Reply]
#13 by Noran on December 30, 2009 - 8:16 pm
Aku memang original mat Penang. Tok moyang aku beranak di pulau ni. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang sempoi-sempoi di sini. pasembor(rojak) kat Padang Kota, Ais kacang Padang Brown, Mi Udang Teluk Kumbar, Mi sotong Kota Cornwallis, Nasi lemak Liverpool Batu Lanchang dan banyak lagi malas nak cerita. Ada beberapa lagi nasi kandar yang kena dok tunggu lama sebelum makan (ramai orang), nasi kandar Beratur(tepi Masjid kapitan Keling), Nasi kandar Kampung Melayu dan nasi kandar Tamil Street(kat Penang Road). Semuanya sama hebat.
[Reply]