Update Kencang #04
By leLabu on Dec 12, 2007 in Peribadi, Update
Meeting & Hari Raya Korban
Esok dan lusa aku akan ke Putrajaya. Ada meeting last minutes yang perlu aku hadirkan diri. Hari Isnin minggu depan aku dah start cuti dan akan bertolak balik balik ke Kelantan. Itu pun kalo banjir kat kampung aku tu dah surut. Nanti majlis akikah Izz akan diadakan di Kelantan masa Hari Raya Korban.
Senang cerita, aku takkan update blog sampai 26 Disember sebab kat rumah di Kelantan tader line internet, dan aku masih dalam pertimbangan untuk membeli seketul dua handphone 3G. Ada sapa-sapa nak suggest hp 3G yang murah-murah? Aku nak angkat dua ketul kalo kena harganya..
Cellphone 3G
Sebabnya nak beli hp 3G? Start bulan Februari tahun depan aku akan kursus 6 bulan di Kuala Lumpur. Nak kena tinggal anak bini lama sangat, aku takut Izz dah lupa ngan muka aku.. Baik aku beli hp 3G, bolehlah aku call dia, dan melihat dia membesar dengan sihat… Tolong suggest kat aku…
.Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.


SE ada model 3G yang murah, tapi aku tak ingat la model mana, huhu..Cuba cari tengok..
murah2 pn seribu lebih gak!!
Entri terakhir di blog afham: Lets taekwando with me
Dari pada mu beli handphone 3G baik mu beli laptop yg ada webcam.
Mu pasang satu webcam kat rumah mu.
Aku buat macam ni waktu tinggalkan anak aku kat kg selama 6 bulan yang lepas.
6 bulan wooo… setengah tahun tuuu… tak hingat muka abah dah tu…