RSS Feed for This PostCurrent Article

Kembara Mengerikan Di Bangi Lanai Hotel

Aku kena hadirkan diri di satu kursus pasal pembangunan tanah di Putrajaya dari 20 hingga 22 November 2007. Sebab ada hal sikit di ofis, maka terpaksalah aku masuk ofis jugak hari tu. Attend mesyuarat pagi dengan bos, makan nasi kandar lauk daging gulai, telur rebus dan bendi, kemudian sakit perut. Tapi itu bukan cerita utama. Aku akan bawakan satu cerita utama di mana aku terasa tertipu dengan apa yang dinamakan indah khabar dari rupa. Atau dalam bahawa awang-awang internet marketer, hype!(?)

Jangan marah yer, awang-awang internet marketer. Memang jadi satu kelebihan untuk menulis sesuatu karangan (atau sales letter) yang boleh menyebabkan orang tertarik untuk membeli produk kita. Tapi janganlah sampai keterlaluan sangat sampai orang berasa tertipu.

Satu ketika, aku jugak pernah menjual di internet. Produknya cuma satu ebook, tapi untuk menjual itu, dalam meyakinkan bakal pembeli, kadang-kadang aku rasa seperti keterlaluan, sehingga membesar-besarkan satu perkara walhal benda tu kecik saja. Dan aku jugak, dulu-dulu, terbeli ebook-ebook di internet sebab sales letter yang killer itu. Lepas baca ebook tu, hek eleh.. benda ni jer! Aku rasa tertipu, dan aku rasa macam aku plak menipu dengan sales letter yang killer tu. Last-last, aku bagi free jer lah ebook aku tu!

Alamak, dah lari sangat ni. Ni bukan cerita utama ni. Ni selingan jer. Cerita utamanya pasal aku pegi Bangi ni..
 
Hotel fully booked!

Rupa-rupanya, minggu ni dah minggu cuti sekolah. Dan semua hotel area Putrajaya dan sekitarnya sudah fully booked. Tak tahulah plak aku betul ke semua hotel fully booked sebab cuti sekolah, tapi itu jer lah reason yang terfikir dalam kepala hotak aku buat masa ni. Maka terpaksalah aku minta Kak Minah carikan hotel yang mana saja, asalkan dekat dengan Putrajaya dan tak kiralah murah ker mahal ker. Akhirnya Kak Minah dapat satu hotel kat Bangi. Itu pun ada satu bilik jer, family room. Dari pandangan mata aku, memang lawa laa.. cuba korang tengok gambar ni..

family-room

Kemudahan yang disediakan:

* 1 katil Queen
* 2 katil Single
* TV
* Air-Cond
* Water Heater
* Keluasan : 25′ x 12′
* Jumlah bilik : 10
* Harga : RM 85

Tempah hotel di Bangi

Maka tanpa berlengah lagi, aku suruh Kak Minah tolong tempahkan hotel tu. Tak kiralah, family room ker, apa ker, asalkan aku ada tempat nak tidur untuk kursus 3 hari tu. Kak Minah dapat hotel tu daripada internet di hotelbangi.com. Kalo tengok kat website tu, kira bilik dia nampak macam ok lah jugak dengan status sebagai hotel bajet. Tak kisahlah. Dah hotel murah, nak harapkan apa sangat!

Website hotel di Bangi

Sedikit komen pasal website dia. Aku rasa website tu dibuat dengan tidak profesional dan meninggalkan perkara-perkara penting dalam pembangunan sebuah website, iaitu, tak lawa! Ada lagi perkara-perkara penting, tapi aku tak nak lah sebut kat sini, nanti jadi teknikal sangat..

Aku rasa, dengan website beberapa muka surat tu, sepatutnya, yang membuat website tu berusaha lebih keras dan lebih kreatif supaya sekali pandang, nampak macam pro dan terus orang kepingin nak menginap kat situ. Tapi jangan berlebih-lebih pulak dengan menayangkan bilik-bilik yang tidak terdapat kat situ. Atau mungkin, pembuat website tu guna konsep, show only the best!

Perbandingan sebenar dan di website

Ini aku berikan beberapa gambar perbandingan gambar-gambar dalam website dan yang sebenar! Mungkin bilik yang aku duduk ni bilik paling hampeh kot kat situ!

mejamakeup
Aku ingatkan dapat katil Queen, rupanya dapat katil single plak. Meja make up pun macam dulu-dulu nyer style.

sinki
Tak pasal-pasal ada sinki yang macam kat dapur kat sini. Apa jadahnya ada sinki gedabak macam tuh. Nampak tak? Aku sangkut baju kat tepi tu. Dia bagi penyangkut baju macam tu jer, ingatkan ada almari.. Kalo gambar kat atas sekali tu ada almari kan?

pintubiliksebelah
Kemudian ada pintu ke bilik sebelah. Yerlah, kan family room, mestilah ada bilik anak-anak..

tandas
Ini gambar toilet+bilik mandi nya. Sempit nak mampus! Aku nak berangan lama-lama dalam tu pun tak selesa..

katil
Yang paling penting sekali missing in action… cuba teka apa dia..

Tiada tv!

Yang paling teruk, tak der tv! Perkara yang paling aku tak sangka bila buka pintu bilik tu adalah, tak der tv! Aku tak bleh bayangkan hidup dalam bilik hotel yang takder tv! Arrghh.. Nasib baik aku ada bawak laptop. Dapat jugak aku tulis post ni, melepaskan geram sebab tak dapat tengok tv! huhu

Overall, ok jugak hotel ni. Ada kedai runcit kat tingkat bawah dan ada jugak restoran mamak yang dibuka 24 jam. Takder la kebulur sangat walaupun hati aku meronta-ronta nak tv!

So, aku nak rekemenkan hotel ni kepada sesapa sahaja yang nak melawat lembah kelang, especially kepada sesapa yang nak bawak family jalan-jalan Putrajaya, nak makan sate Kajang, nak melawat UKM Bangi tapi dengan bajet yang terhad. Aku duduk family room, yang ada 3 katil bujang dengan harga RM75 sehari. Kira oklah. Oh, mungkin sebab aku bayar RM75 kot, diorang tak bagi tv kat aku!

After all, bilik ni tempat tidur malam jer… Siang hari pergi lah jalan-jalan puas-puas.. (atau dalam kes aku, dengar lecture sampai tertidur..)

Adioss…

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by jejaka
2007-11-25 03:51:52

owh… nmpknye strategi pemasaran laman itu begitu meyakinkan kpd pelawat yg singgah… tp hakikatnye ia tidak spt yg didepan mata…. owh….. erm laman tersebut mmg amat simple bangat dprd segi teknikal n mmg benar…. tp layoutnye kira cntk bergaya cuma ianya xbegitu professional utk di explore… explorace haha…

 
Comment by ina
2008-03-17 17:06:21

salam en. Labu…

rasanya saya pun pernah pergi ke hotel bangi lanai. eh…bukan rasa lagi, memang dah pergi dan tidur pun!

Tapi saya dapat bilik cantik macam dalam gambar. harganya pun murah, RM85/- semalam. Ada TV siap ada ASTRO Lagi!!!!! Ok jer.

Saya rasa emcik Labu sewa bilik standard yang harga RM60/- semalam. Kalau harga macam tu janganlah demand nak bilik macam saya..he..he.he..

Kesimpulannya, bilik yang saya tidur sama sebijik dua bijik dengan yang tertera dalam gambar. Kami sekeluarga akan ke situ lagi pada hujung April.

Dari,

ina
selatan tanahair.

Comment by saipul
2008-06-25 08:56:34

kereta paking cam mana? kat tepi jana je ke?

 
 
Comment by ms jija
2008-08-12 12:55:39

ish..ish…sian cik labu. tak baik hentam org teruk2. menyekat bisnes org plak tu..padan la bayar RM60 nak ada tv pe kebende..nasib baik ada katil ngan tilam, klu tak tidur tepi kaki lima la 3 hr tu. nak dapat hotel mewah2 ada tv belaka area kl koman2 byr la seratus lebih…klu tak jgn mimpi la. yg en labu berangan lebih2 dapat ‘tido’ dlm toilet tu sape suruh!!itu la akibatnye pd org yg suka berangan padan la dgn muka dpt bilik gitu hahahahaha
walaupun sy bukan kroni hotel bangi lanai,terkilan gak la sbb ada gak masyarakat malaysia yg tak reti bersyukur mcm en labu ni… (

 
Comment by "Pelanggan 3 malam"
2008-11-01 07:45:10

Terkejut nya saya bila masuk aje, perkara pertama yang saya komen iala takde tv..inilah pertama kali saya check-in kat hotel yang takde tv..nasib baik anak2 tak ikut..kalau tak, macamana saya nak terangkan kepada mereka. Nasib baik saya dan suami bawa laptop..tak lah rasa boring giler sangat..

Tapi oklah kalau nak jimat bajet, boleh g makan seafood tiap2 malam. Nasib baik saya dan suami tiada di bilik pada siang harinya..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.