Nur Izz Zayani - Kekasih Baru…
By leLabu on Nov 6, 2007 in Fikir-fikir
Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya…
Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku qamatkan kat telinga dia.. anak pompuan kena qamat lah kan?
Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu… hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..
Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..
Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu… dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama…
Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..
Baby girl ni dah dapat nama..
Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..
Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..
Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..
Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi…
.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.










tahniah li..semoga jadi Abah/ayah/walid/papa yang misali..
tq.. weh, mung bila lagi nak jadi walid ni?
tahniah en. lelabu.. anda kini telah bergelar bapa..semoga mejadi seoarng bapa yang penyayang..
comel la adik Nur Izz Zayani 2..hehehe.. nak cubit2 boleh.. 
haha.. nak cubit? jgn laa.. kesian kat dia… aku tahu dah.. mesti ramai yg geram dgn pipi dia yg gebbu tu..
mile:
Tahniah Bro Lelabu… semoga bertambah lagi rezeki amin.
tq..tq.. amin..
Salam.
Tahniah buat bro dan zaujah

Mudah-mudahan si kenit membesar dengan sehat dan jadi anak yang solehah. amin
insya allah..
congrat…. dah jadi abah x bleh angin melulu dah….
jaga yah…..
bila plak angin melulu ni? hehe..
tahniah… slmt menimang cahaya mata baru.. teruja sy melihatnya =)
tahniah bes baca jalan cerita.. camna ye dr kate boy ye..
[...] budak comel dah mula kerja hari ni. Fail dah mula menimbun kat atas meja aku bila masuk ofis pagi tadi. Petang [...]