Dr Hospital Balik Pulau Macam Celaka!
By leLabu on Oct 30, 2007 in Peribadi
Gua memang hangin satu badan hari ni.
Mangkuk hayun punya doktor. Gua akan buat surat aduan kat Pengarah Kesihatan Pulau Pinang lepas ni.
Kisahnya begini.
Dari semalam bini gua dah mula sakit perut sikit-sikit. Ni dah masuk minggu ke 39 bini gua mengandung. Tapi gua dan bini gua bertahan. Pagi-pagi tadi dalam 7.30 pagi, gua bawak bini gua pegi Hospital Balik Pulau. Kami ke jabatan pesakit luar.
Isteri gua tanya kat kaunter tu, sama ada dia kena ke bahagian kecemasan ker, terus ke wad bersalin ker atau check kat situ. Kerani kaunter tu cakap, check kat jabatan pesakit luar tu dulu. So, kami pun tunggu lah.. dapat giliran no 26.
Tunggu punya tunggu, seekor doktor ni masuk bilik rawatan pukul 9 pagi. Macam *tuut* nyer doktor, kerja pukul 8 masuk pukul 9. Tunggu punya tunggu lepas 2 jam, sampai giliran bini gua.
Yang gua hangin, boleh dia tak nak periksa bini gua. Dia suruh bini gua pegi Klinik Kesihatan Air Putih sebab bini gua mengandung. Langsung tak tanya apa, suruh bini gua pegi Klinik Kesihatan Air Putih. Itu pun lepas bini gua tunggu dekat dua jam! Memang doktor *tuuut* banyak makan *tuuut* !
Gua naik nyampah, gua terus bawak bini gua pegi wad bersalin. Nasib baik nurse tu okay, nurse tu pun hangin ngan doktor setan tu sebab tak mahu periksa bini gua. Bini gua masuk wad bersalin.
Baru kejap tadi, bini gua call cakap dia kena pegi Hospital Pulau Pinang pulak. Sebab mungkin baby lemas. Lahanat punya doktor.
So, kepada semua yang bakal ke Hospital Balik Pulau, berhati-hati dengan doktor nama Dr Jeffry *tuuuut*. Macam celaka!! Ada jugak doktor tak nak check patient dia…
p/s: Memang post ni kasar gila.. Gua tengah hangin satu badan ni.. lagi-lagi sebab gua risau pasal baby gua yang mungkin ada masalah tu. Korang, tolong doakan baby gua okay!
.Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.


aku doakan baby ko selamat hendaknya..amin
owhh…. mmg xptt arr… doktor tu aku rs dia jd doktor nk cari glamer lebih… igt dgn jwtn sbg doktor blh cari glamer kot… tp hampeh…. jd doktor perlukan bantuan yg penting dlm menyelmtkan nyawa manusia….. xblh amik acuh xacuh…
kes mcm ni xblh biarkan… report kat management bt komplen tmpt dia khidmat tu… doktor mcm ni ptt di tendang kuar drpd jd doktor…. xptt xptt… dktor skrg ni ramai utamakn wang drpd sumbangan… ini t’utama di klinik2 kecil biasernye….
kalo klinik swasta mmg aku takkan bayar la servis dia..
ni hospital kerajaan, yg patut bg khidmat kat rakyat.. ini nampak sangat tanak bagi khidmat.. woi sedar sikit, aku yg bayar gaji ko… duit cukai aku tu..
Sabar en. lelabu..maybe doktor 2 xde kepakaran dalam memeriksa wanita hamil..aku bukan nak menyebelahi doktor 2..tapi kita sebagai manusia kadang kala kita mempunyai pengetahuan yang terhad..maybe doktor 2 boleh periksan isteri en. lelabu, tetapi doktor 2 xdapat pastikan punca sebenar..
Aku juga bukan nak menyebelahi en. lelabu juga..tapi tindakan doktor 2 memang tidak wajar..sekurang-kurangnya die perlu periksa juga la..
Banyak2 bersabar en lelabu..semoga anak dan isteri anda selamat hendaknya
mana ada dr tak der kepakaran periksa wanita hamil.. dlm ilmu perubatan tu kira basic tu.. aku rasalah..
tapi apa salahnya dia periksa dulu.. ini periksa pun tak mahu apa kes.. aku ngn bini aku pegi situ sebab kecemasan, sbb tu bini aku tanya dulu kat kaunter..
kat klinik air putih tu utk pemeriksaan rutin ibu-ibu mengandung.. ini bukan rutin lagi.. ni sbb dah nak pecah..
alhamdulillah sekrg bini aku dah masuk hospital bersalin pulau pinang.. berkerumun dr nak check.. sbb kes pelik.. baby terlampau aktif dalam perut..
tengok dua tiga hari lagi macam mana..
AKu doakan sumo selamat gu. Insya Allah.
insya-allah.
oh.. saya penah layan 2 taun kat mrsm balik pulau tuh. tapi tak penah jumpa doktor yang tuut kat sana tu lah!
sayang betul ko tak bahasakan doktor tu straight! damm!
anyway, selamat melahirkan baby bro dan selamat jugaklah wife ko yang melahirkan. wife aku pon tengah sarat nih, anytime je nak ‘meletup’
- salam perkenalan!
dah dibahasakan dah.. kemudian lepas sejuk sikit, aku tuut kan..
pergh klu aku pun panas gak! lagi la pulak bini sendiri.
klu aku dh mmg kena maki kt situ juga!
apa2 hal harapan aku semoga segalanya selamat.
hmm..hebat anak en lelabu ni..mesti die ikut keaktifan bapanya juga..hehehe
mungkin Dr 2.Dr sakit mental kot.So dia x tau bab pregnant ni.
next time kau ke situ, ambik gambar dia and post it in your blog
pas tu call dia and suruh dia baca, baru class!
Dah komplen kat hospital tu tak? Cuba try email kat hdbpulau@streamyx.com
Tak pun, boleh try http://www.gov.my kot - iklan dalam TV sakan kata boleh repot itu ini, dpt tindakan dlm 2 hari gitu…
akum…bro…dah p wat laporan x? setan nyer dokter..huherm…p jer panggil geng blasah si doktor tu…anak bro mcm ner la ni?cihat? saya doakan jer…bro kena buat tindakan..kalau x,ibu2 yang lain jugak akan dapat susah dengan doktor bodoh tu…..