RSS Feed for This PostCurrent Article

Postcard Kenang-kenangan Kepada Pembaca Lelabu.com

Assalamualaikum,

Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini. Dalam simpanan saya ada postcard yang mengimbau sejarah penubuhan Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali sebagai universiti saudara mara USM. Asalnya, batu asas penubuhan USM, yang ketika itu dikenali sebagai Maktab Universiti Pulau Pinang telah diletakkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 1967.

Pada bulan Ogos 2007, USM telah menyambut 40 tahun usianya dan telah diterbitkan postcard khas untuk mengingati ulangtahun ke 40 penubuhan USM tersebut. Postcard-postcard ini memaparkan gambar-gambar bersejarah dan gambar-gambar yang berkaitan USM.

Jadi, kepada pembaca setia blog ini, jika awak mahukan postcard tersebut yang designnya dihasilkan oleh Pusat Pengajian Seni, USM, dan ditandatangani oleh penulis blog leLabu.com, sila emailkan alamat awak ke lelabu80 at yahoo.com dengan subjek: Saya Mahu Postcard!!

Postcard tersebut akan terus dihantar ke peti surat rumah awak!

Stok postcard adalah terhad dan siapa cepat menghantar email, dia akan diutamakan. Anggaplah postcard ini sebagai tanda kenang-kenangan daripada leLabu.com dan juga kenang-kenangan sambutan ulangtahun ke 40 USM.

Cepat!

~leLabu~

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by avataraang
2007-08-14 23:03:32

hmm..postcard USM ke..boleh jugak la..hehehe )

Comment by leLabu
2007-08-15 08:29:38

ha’ah dr usm.

berita sedih: smalam, designer pusat pengajian seni usm meninggal dunia kerana kemalangan. bg sesiapa yang biasa dgn usm, yang ada sticker kenderaan usm tahun ni, designer ni adalah yang gambarnya sedang menatap komputer terpampar di sticker tu.

sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.

 
 
2007-08-20 09:11:12

[...] tidak akan dapat membalas email-email yang dihantar kepada saya. Bagi yang menghantar alamat untuk mendapatkan postcard, saya akan kirimkan postcard dalam bulan September (bagi yang menghantar email bermula [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.