Dua orang manager, dan dua orang engineer sebuah syarikat menaiki kereta api ke satu tempat.
Dua manager ada dua tiket. Dua engineer ada cuma satu tiket. Mereka duduk berhadapan.
Bila tiba masa pemeriksa tiket hampir, dua engineer tadi masuk ke toilet. Pemeriksa tiket mengetuk pintu toilet, seorang engineer hulurkan tiket dari dalam toilet. Lepas. Dua manager tengok sambil senyum.
Tiba masa untuk pulang, dua manager dan dua engineer masih menaiki kereta api.
Dua manager ada satu tiket. Dua engineer membeli satu tiket. Mereka duduk berhadapan.
Bila tiba masa pemeriksa tiket hampir, dua manager tadi cepat-cepat ke
toilet, sebelum toilet dimasuki dua engineer. Pintu toilet diketuk, seorang manager hulurkan tiket dari dalam toilet.
Rupanya seorang engineer yang tidak beli tiket yang mengetuk pintu. Kedua-dua engineer ada tiket. Lepas.
Dua manager tadi?
~leLabu~
p/s: Kesimpulannya apa?
err.. gambar tiada kaitan dengan cerita.. aahh! Gua tensi.. gua tensi!!!

#1 by avataraang on August 7, 2007 - 4:40 pm
wah..berkali-kali kena baca baru boleh nak paham jalan citenya..moral of the story, baca la btl2 ape yang en lelabu tulis..har har har
[Reply]
leLabu Reply:
August 8th, 2007 at 4:59 pm
baca betul2 baru paham..
[Reply]
#2 by kucau on August 7, 2007 - 9:50 pm
erk aku tak paham aaa, cuba bagi ulasan skit
[Reply]
leLabu Reply:
August 8th, 2007 at 11:20 am
saya pun tak paham.. hahaha
konklusi dia, jgn nak tiru jer apa yg org buat.. kena paham!
[Reply]
#3 by abdfatah on August 8, 2007 - 3:26 pm
wah… bebetul punya brutal sungguh tu, amuk sakan nampaknya…
dua manager lagi kena beli tiket tambahan laaa… wuahahha…
[Reply]
leLabu Reply:
August 8th, 2007 at 4:59 pm
pengajaran dia.. engineer tahu apa dia buat.. hands on.. manager tak tahu sangat.. tapi nak buat jgk.. hehe
kalo macam saya ni? dulu engineer, skrg asst manager? kat mana nak letak ekk?
[Reply]
#4 by jejaka on August 8, 2007 - 9:52 pm
klu mcm kes kat atas tu lah aku pn nk buat…. mcm engineer tu hahaha…
Tp mslhnyelah ada ke pemeriksa tiket tu ngan muka xmalu nk pegi ketuk pintu toilet gak.. mcm xsabar2 je nk check… tu klu pemeriksa tu laki xpe… klu pompuan nak ke masuk toilet laki n sebaliknye xke haru dibuatnye… ekekekeke…..
[Reply]
leLabu Reply:
August 9th, 2007 at 1:41 pm
dah namanya keje..mestilah kena buat.. nak tanak kena ketuk jgk.. hehe
[Reply]
#5 by kaSyah on August 10, 2007 - 4:34 pm
Manager konon nak tiru tapi eng lagi advance dari dorang ..haha
padan muke terkena
[Reply]
leLabu Reply:
August 10th, 2007 at 11:13 pm
[Reply]