RSS Feed for This PostCurrent Article

Alhamdulillah Syukur Nikmat

Salam sejahtera,

Pertama sekali, alhamdulillah, sebab bulan Julai merupakan bulan yang memberikan  seribu harapan kepada saya. Namun yang paling pentingnya, tiga perkara telah berlaku dalam bulan Julai ini.

  • Pertama: Memenangi konvensyen KMK peringkat jabatan dan sekaligus membawa pulang trofi Johan dan juga trofi fasilitator terbaik. Tidak pernah saya termimpi untuk membawa pulang trofi dan diiktiraf sebagai fasilitator terbaik. Juga, kami tidak pernah termimpi dapat menjadi Johan pada percubaan kali kedua.
  • Kedua: Mengetahui bahawa saya akan mendapat anak lelaki cukup menggembirakan. Sudah tentu seorang ayah mengharapkan seorang anak lelaki, bukan? Dan lebih-lebih lagi ini adalah anak sulung.
  • Ketiga: Saya berjaya dalam temuduga dan mendapat jawatan tetap dalam kerajaan.

Kesemuanya adalah kerana rezeki anak. Allah bagi dengan cara yang kita tak pernah terfikir. Percayalah, setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing atas dunia ni. Jadi, jangan takut untuk beranak-pinak.

Ada kawan-kawan yang agak takut untuk mempunyai anak, kononnya ekonomi mereka belum lagi stabil. Kata mereka, diri sendiri pun tak cukup makan, macam mana nak bagi anak makan? Mereka silap, sebab yang tidak stabil rezeki mereka, rezeki anak sudah ditentukan Allah.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…

~leLabu~

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by ibnuhassim
2007-07-23 22:18:08

Tahniah.. Saya dulu pun harap dapat anak lelaki sulong. Alih2 Allah bagi perempuan. syukur Alhamdullillah..

Comment by leLabu
2007-07-24 15:39:47

saya tidak meletakkan harapan tinggi. tapi kalo dah dapat alhamdulillah..

kalo pompuan pun ok jgk..saya mmg suka budak-budak ni..

 
 
Comment by manchurr
2007-07-24 09:32:29

wahh! tahniah! tahniah! tahniah! huhu utk tiga2 perkara kat atas tu huhu u go daddy!

Comment by leLabu
2007-07-24 15:40:19

terima kasih

 
 
Comment by jejaka
2007-07-24 19:59:50

erm… rezeki kita xtau kat mane yg tuhan limpahkan… ape pn usaha keras ttp kene ade… rezeki xdtg bergolek mcm tu… moga2 rezeki yg terbentang luas dimana2 ni kita manfaatkan dan amik peluang…

Adiossss!!!!

Comment by leLabu
2007-07-25 15:53:02

insya allah…

 
 
Comment by avataraang
2007-07-26 17:17:48

tahniah en. lelabu..semoga allah terus mencucuri rahmat ke atas anda.. )

Comment by leLabu
2007-07-26 20:26:18

terima kasih kerana mendoakan saya..

semoga allah mencucuri rahmat ke atas awak juga..

amin..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.