Perisai Terbaru Saya
By leLabu on Jul 11, 2007 in Internet/ Komputer
Salam bahagia,
Saya memang sudah tidak tahan dengan spam yang makin mengganas dan bertimbun-timbun datang ke blog saya ni. Saya tak tahu, adakah dalam usaha mengejar populariti ini akan membuatkan spam lebih suka berkunjung ke sini. Atau dalam bahasa senang, popular dikalangan spammers?
Sebelum ini saya menggunakan plugin Akismet untuk mengawal spam. Seperti kata Akismet,
Akismet checks your comments against the Akismet web service to see if they look like spam or not. You need a WordPress.com API key to use it. You can review the spam it catches under “Comments.” To show off your Akismet stats just put some codes in your template.
Oleh kerana tak berpuas hati, sebab ada jugak yang terlepas. Maka saya telah memasang satu lagi perisai iaitu Spam Karma 2. Apa dia Spam Karma 2?
It is meant to stop all forms of automated Blog spam effortlessly,
while remaining as unobtrusive as possible to regular commenters.
Saya amat-amat berharap agar dengan pemasangan Spam Karma 2 ini akan lebih menakutkan spammers (..beware of dogs..) untuk menspam blog ini. Dan hari ini saja, baru 8 jam, sudah 22 spam comments berjaya ditangkap.
Bravo!
~leLabu~
p/s: Untuk link exchange dengan blog ini (sesiapa yang meminta dan berminat..), harap dapat berlaku adil -lah. Kalo awak letak link ke blog saya ni di page yang bukan main page (cthnya: domainanda.com/blog/partners ) janganlah harapkan link dari saya, sebab saya hanya ingin letakkan link rakan-rakan saya di main page (lelabu.com).. Macam tak adil plak, saya letak di main page, tapi awak letak bukan di main page.. Saya tahu apa faedahnya taktik ini kepada awak.. hehe
mile:
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.


baru nak exchange link.. tp baca2 balik p/s lelabu td.. segan nak mintak xchange link.. sbb dlm blog saya.. link rakan2 dalam page lain.. ape faedah yg lelabu maksudkan tu? ade ke?
utk pr, link yg di mainpage dikira lebih important daripada yg ada di subpage. secara ringkasnya gitu lah.
jd, bila saya letak link awak di mainpage, se ingat link awak tu penting (cth : dia bg markah 5).
tp bila di blog awak, search engine ingat link ke blog saya tak penting.. (cth: dia bg markah 2 jer)
pastikan sekali sekala semak juga dalam kotak spam, kadang-kala ia terlepas spam, kadang-kala komen asli di spam kan… macam email ‘komen pertama’ pertama lelabu masuk dalam spam gmail saya. baru hari ni perasan hehehe…
dlm akismet pun suka blok 2,3 pengguna yg selalu komen. ia tidaklah sempurna.
oh ya, lupa nak tanya. apa manfaat kepada mereka yg letak link di page lain? dan kerugian oleh orang yg mereka link?
jawapan seperti di atas.
dan ada jugak yang buat taktik kotor… bila dia dah dapat banyak link ke blog dia.. dia deletekan page tu.
jd, blog2 lain link ke blog dia tanpa dia link balik.. lagi tinggi markah dia dapat.. hehe
pki perisai canggih ek…. made in mane tu perisai yg dipakai guna tu… menggerunkan kpd spammers ekekekeke!!!