RSS Feed for This PostCurrent Article

Genting Highland Yang Tak Best!

Ikuti pengembaraan leLabu & wife ke Genting Highland, err… yang tak best!!

Kereta Kabel Genting Skyway..

Dari Kereta Kabel

Errkk..gayat, gayat!.. Tak der lah gayat sangat pun. Kalo nak dibandingkan dengan kereta kabel di gunung Mat Cincang di Langkawi, kereta kabel di Langkawi lagi gayat, sebab gunung tu tinggi dan tiang kabel yang jaraknya memang jauh giler… Kira kereta kabel Genting ni biasa-biasa saja laa.. smile

First World Hotel..

First World Hotel

Tempat penginapan buat semalam sahaja.. razz Hotel ini adalah antara hotel yang paling banyak bilik di dunia. Sebabkan tempat tinggi dan sedia sejuk, jadi bilik hotel ini tidak disediakan aircond. Malah kelengkapan pun ala kadar saja. Cerek air tader, seterika tader, malah complimentary coffee pun tader…hampeh betul laa.. saya duduk Hotel Malaya kat Chinatown pun ada complimentary coffee.. sad

Kabus Yang Sejuk..

Kabus

Pemandangan yang tak best dari tingkat paling atas hotel…lenguh jugak jalan sebab dapat bilik yang kat hujung dunia.. sapa yang pernah datang tahu la betapa besarnya hotel ni.. Saya tak kisahlah lenguh sikit, tapi hangin jugaklah sebab ia menyebabkan ibu mengandung terpaksa jalan jauh.. hehe smile

Taman Tema Genting..

Taman Tema

Taman tema air dari dalam “ulat bulu”…

Disebabkan saya membawa ibu mengandung bersama, jadi tidak berpeluang mencuba permainan yang ekstrem. Kami sekadar pusing-pusing di dalam indoor theme park dan mencuba menaiki monorail ulat bulu yang membawa kami pusing satu taman tema Genting! Err,..boring!

Monorail “Ulat Bulu..”

Ulat Bulu

“Lapar laa…”

Bila sudah boring, maka perut pun mula la lapar. Kami hanya menjamu selera di KFC untuk makan tengahari. Oh, harga makanan di sini boleh tahan jugak. Boleh dikatakan dua kali ganda harga di tempat lain. Tapi tak kisahlah, sekali sekala saja datang sini, lepas ni tak datang dah! Kalo nak datang pun tunggu anak besar, bolehlah dia cuba semua permainan yang ada!

Buffet Dinner..

Bihun Tomyam

“Burrpp!! Alhamdulillah…syukur nikmat!”

Kami makan malam di First World Cafe. Buffet dinner. Jadi, kami makan sepuasnya. Part ini saja lah yang best! Makan!

Jom Balik..

Genting Skyway

“Jom, Balik!!”

Kereta Kabel

Ambil gambar kenangan sikit…

Bye…

~leLabu~

p/s: Kalo awak nak datang, awak jangan datang dengan ibu mengandung. Nanti tak boleh nak cuba mainan yang ekstrem. Kalo nak jugak datang ngan dia, tunggu anak besar.. razz

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.