Mas Kahwin Perlu Dinaikkan


Salam pertemuan,

Pagi-pagi tadi saya terdengar Era dalam segmen topik pagi bercerita pasal wang hantaran yang semakin tinggi sekarang ni. Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan macam mana kenduri kahwin di bumi kelahiran saya…

nikahDi Kelantan

Mas kahwin sampai RM3,000 atau lebih (Ini angka agak-agak: yang confirmnya, memang mas kahwin ni tinggi beribu-ribu). Mas kahwin akan dapat kat pengantin perempuan, mak bapak dia tak bleh kacau langsung. Hantarannya pulak biasa-biasa sahaja. Hantaran barang, tader lah sampai ada hantaran duit beribu-ribu tuh.

Jadi, di Kelantan, kalo mas kahwin sudah RM3,000 (saya tak tahu angka sebenar sebab tak pernah kawin dengan mek kelate – walaupun saya sememangnya berasal dari Kelantan razz ), maka tiada lagi hantaran kawin seperti negeri-negeri lain. Yang ada cuma barang hantaran saja macam sejadah, telekung, kuih-muih dan sebagainya.

Kemudiannya, belanja kenduri adalah tanggungjawab keluarga perempuan sendiri.Biasanya tumbanglah sekor dua lembu bagi yang berada tu, atau sepikul dua daging bagi yang kurang berada. Tapi biasanya balik modal sebab salam kerut (tetamu datang, makan, dah nak balik, salam ngan bapak pengantin dan bagi sampul) ini biasanya orang Kelantan bagi dalam RM10 seorang. Itu pun paling koman. Satu lagi, kenduri kawin di Kelantan, makan dulu baru bagi sampul. Kalo negeri lain, banyak yang kena bagi sampul dulu baru bleh makan… smile

Tetamu kenduri kawin di Kelantan jugak, kalo dijemput, memang dia akan datang sorang jer. Bagi sampul isi RM10 untuk dia sorang sahaja. Kalau negeri lain, pasti bawak anak bini, sampul isi RM5 sahaja. (hehe, pengalaman saya di Pulau Pinang) Orang Kelantan jugak agak sensitif bila soal undang mengundang ke kenduri kahwin. Kalo setakat kirim kad dengan pos, sorry lah nak datang. Bagi orang Kelantan, adab mengundang, datanglah bertandang bertemu mata!

Apa yang nak saya katakan, sebab kebelakangan ini, heboh pasal nak naikkan mas kahwin dan juga wang hantaran yang tinggi, apa yang perlu dinaikkan adalah mas kawin, bukannya wang hantaran kawin. Bagi negeri Kelantan, mas kahwin tidak ditetapkan, tapi negeri lain, mas kahwin dalam puluh-puluh ringgit sahaja. Walhal mas kahwin inilah yang lebih utama, kerana ia adalah hadiah dan menjadi hak isteri.

Di negeri lain wang hantaran yang tinggi. Wang hantaran akan dapat dekat mak bapak pengantin, bukannya dapat kat pengantin. Jadi, kalo ada mak bapak yang letak wang hantaran tinggi-tinggi, dan ada yang cabul mulut cakap macam nak jual anak, janganlah marah, memang macam jual anak pun! shock

Dari sudut Islamnya pulak, mana yang Islam, mas kahwin atau wang hantaran?

Fikir-fikirlah,

~leLabu~

p/s: Maaf kalo ada yang tersinggung. Bukan maksud nak memuji amalan di Kelantan, tapi sekadar membandingkan, supaya kita lebih tahu mana yang utama. Mas kahwin atau wang hantaran?

  1. #1 by kasyah on May 17, 2007 - 1:40 pm

    Selalu orang2 sekarang memandang wang hantaran yg tinggi .Nak kata jual anak ,tak tahu la tapi memang macam pun. Mungkin untuk menjaga status mereka dengan kaum kerabat dan member2.

    Tapi respek la kat Raja Dr Nazrin Shah, bersederhana buat majlis perkahwinan.Siap suruh org jangan berebut-rebut kasi ucapan tahniah perkahwinan masuk paper, baik duit itu dilaburkan kepada insan2 yang lebih memerlukan.

    [Reply]

  2. #2 by Rozita on May 22, 2007 - 5:01 pm

    Assalamu’alaikum leLabu. Saya fikir mulut awak tak ada insuran kut dan berfikiran pendek. Jangan nak tuduh sebarangan kepada orang-orang negeri lain. Semuanya sama. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus. Saya sangat-sangat TAK SETUJU dengan pendapat awak mengenai:
    1) Makan dulu baru bagi sampul bagi negeri Kelantan dan negeri lain banyak yang kena bagi sampul dulu baru bleh makan.
    2) Di Kelantan bagi sampul isi RM 10 untuk dia seorang. Negeri lain, pasti bawak anak bini sampul isi RM 5 sahaja.
    3)Adab menjemput di Kelantan – kirim kad dengan pos, sorrylah.

    Apa awak cakap ni….saya ada 3 orang bapak sedara yang kawin dengan orang negeri Kelantan. Itu tak termasuk jiran-jiran punya pengalaman. Jangan timbulkan sensitiviti masyarakat !!! Kalau saya cakap saya punya pengalaman sikap orang Kelantan baru awak terasa pedihnya. Kita orang Malaysia tahu!!!. Orang Islam !!!

    [Reply]

  3. #3 by leLabu on May 23, 2007 - 8:42 am

    amboi kak ita, marahnya…

    saya ni bercakap atas dasar pengalaman. kalo pendek pengalaman saya, pendeklah pendapat saya. kalo panjang pengalaman saya, panjanglah pendapat saya.

    err, saya membandingkan saja. ada saya sebut amalan di negeri lain tak bagus ker? kalo ada, awal-awal lagi saya minta maafkan…

    dan, kalo nak kondemn saya, kondemn sampai saya terduduk, bagi fakta. bagilah tahu apa sikap org kelantan fasal kenduri kawin yg kak ita nak kondemn sangat tuh?

    sorry….

    [Reply]

  4. #4 by Rozita on May 23, 2007 - 12:02 pm

    Kak Ita tak suka kondem-kondem orang la…cuba tanya kawan-kawan dari negeri lain. Dia orang pun ada pengalaman macam kak ita. Kak Ita tak suka kondem orang macam awak lah…benda-benda sensitif ni buat apa nak besar-besarkan…lebih baik kita bercakap perkara yang membina. Kalau nak kondempun biar bahasa yang sedap didengar. Bahasa menunjukkan bangsa.

    [Reply]

(will not be published)