Salam pertemuan,
Agak-agaknya, ramai gadis bertudung sekarang ini tidak faham kenapa perlu bertudung.
Saya hari ini terbaca Pancaindera, Utusan Malaysia, kisah sorang artis yang selama ini kononnya mempertahankan prinsip bertudungnya. Artis itu tak lain tak bukan, si Salima AF.
Entah apa yang jadinya, dalam satu pementasan teater, Salima membuka tudung, berbaju yang terbuka luas dadanya, dan nampak lehernya. Apabila ditanya, Salima menyatakan masih mempertahankan prinsipnya, kerana rambut dalam pementasan teater itu adalah rambut palsu.
Jadi, mengikut kata Salima, dia masih menutup aurat, kerana rambutnya masih tidak dilihat oleh orang lain. Dangkal sungguh budak Salima ni, nampak sangat pakai tudung ikut-ikutan saja, atau mungkin untuk menarik undi semasa AF, atau mungkin sekadar mahukan imej bertudung. (mentang-mentang Mawi cakap suka gadis bertudung..
opss, Mawi dah tak suka gadis bertudung…takder can dah Salima oii
)
Untuk pengetahuan Salima, dan perempuan-perempuan di luar sana, aurat wanita adalah seluruh badannya, kecuali kedua tapak tangan dan muka sahaja. Itu pun, masih lagi perlu memakai tudung yang dilabuhkan ke dada dan pakaian yang longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
Tutup Aurat…
Salima, kalo tak nampak rambut, tapi nampak leher, nampak dada, itu bukan menutup aurat namanya. Dan berambut palsu itu, satu lagi larangan dalam Islam.
Salima, kalo tak nampak rambut, tapi pakai baju ketat dan nampak bonjol-bonjol dada tu, pakai seluar ketat, nampak bentuk-bentuk punggung dan paha tu, itu bukan menutup aurat namanya.
Betul Atau Tidak?…
Rupa-rupanya, ramai gadis-gadis, perempuan-perempuan, dan wanita-wanita yang tidak tahu apa sebenarnya aurat. Ramai yang menyangka aurat itu adalah rambut. Jadi, kalo tutup rambut, walaupun pakai baju macam sarung nangka, baju lengan pendek ketat nampak ketiak dan lengan berbulu, seluar ketat nampak macam-macam lurah, maksudnya tutup aurat. Saloh tu adek kakok wei…
Ok, tamat pasal aurat, harapnya semua yang rasa nak pakai tudung, tapi tak tahu apa dia aurat, tak yah lah pakai tudung, pakai tudung bila awak dah insaf. Nanti orang ingat awak tu tahu pasal aurat, sebenarnya awak tak tahu. Awak nak imej bertudung, tapi tanpa awak sedar, awak dah calarkan imej Islam.
Ini kisah lain…
Oh, jangan jadi peniaga kurang ajar dengan memaksa pembeli. Saya terlihat clip video ini di youtube dan juga di blog Labanon.
Ini yang pertama:
[youtube RdMeVhJdsPg]
Ini yang kedua:
[youtube auMelCvJll8]
Saya tidak mahu komen apa-apa. Ramai yang sudah komen di youtube. Dan, jangan cepat melatah! Macam lakonan jer…
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~


#1 by mohdismail on April 22, 2007 - 3:36 pm
aduh…itu’lah kalau pemikiran dah cetek…
salima..salima..
[Reply]
#2 by JimieRay on April 22, 2007 - 8:49 pm
Aduhhh… Tapi pemikiran orang yang semacam inilah yg di idolakan. Kalau ulamak keluarkan fatwa nanti kata ulamak tak ikut perkembangan zaman pulak…
[Reply]
#3 by incognito on May 1, 2007 - 1:54 pm
kenapa perlu pakai tudung bawah rambut palsu? kerja tak berfaedah
[Reply]
#4 by abdfatah on October 23, 2007 - 9:48 pm
pakai tudung saji laa kalo nak pakai tudung nak tudung rambut aje. tudung periok okeh jugak kalo sekadar nak tudung rambut.
pelik sungguh kalo hanya faham aurat itu hanya menutup rambut atas kupala aje… dan aurat itu adalah rambut. dan rambut adalah aurat semata-mata???? patut laa ramai yang pakai tudung semata-mata bertudung.
[Reply]
#5 by leLabu on October 24, 2007 - 11:58 am
pelik kan manusia ni.. faham sikit-sikit jer, tu pun yang nafsu dia suka.. yg berlawan dgn nafsu dia.. dia buat tak faham..
[Reply]