Zana AF5


Demam AF sudah kembali.

Haha, mesti dah tahu kan, AF5 dah start, konsert pertama pun dah abis. Tapi, bukannya saya yang demam, rakyat Malaysia yang lain yang dok demam dek penangan AF ni. Saya memang tak demam la, sebab masa AF3 dah demam teruk dek penangan Mawi, lepas Mawi berubah terus tak bleh nak demam, rasa nyesal lak demam. Buang karan jer…

Pasal konsert pertama, banyak yang tak best:

  • Suara memang hampeh! Saya rasa AF5 ni suma masuk sebab rupa, kecuali si Aswad (Biras saya cerita Aswad ni dok jual bawang kat pasar malam Bayan Lepas. Ada band sendiri dan ada buka studio jamming sendiri kat area Sg Nibong kalau tak salah – saya pelik gak, biras saya ni macamlah dia kenal semua orang, sebab citer jer yg peserta AF5 dok Teluk Kumbar, dia boleh cakap, tak penah nampak pun sebelum ni…dia ingat dia kenal semua orang ker? – ok, habis sesi ngutuk biras.. wink )
  • Susunan muzik yang hampeh sehampeh hampehnya…woi, pakcik yang main muzik kat Pasar Rabu Balik Pulau lagi best la…Gini rupanya kerja Roslan Aziz. Tapi taknak ngaku jugak muzik dia tak best, bila dia cakap kalau muzik dia tak best, takkanlah Sheila Majid dan yang lain dok nyanyi lagu dia…Allo brader, masa buat lagu diorang lu pakai full band, ini lu buat muzik lu pakai keyboard jer…pemuziknya lu sorang, mana nak sama..

So, kesimpulannya, AF dah tak best! Kalau nak harapkan rupa, tak yah masuk pertandingan nyanyi. Masuklah pertandingan gedik-gedik, geli-geli.. (ada ker?..)

Err..terasa gak nak undi Aswad, tapi takut nanti dia menang dah tak ingat kat member-member sepenjualan bawang pulak… razz

Kisah Tajuk Post

Spekulasi, cakap-cakap kat ofis mengatakan Zana mungkin dipaksa/dinasihatkan menarik diri gara-gara tersebarnya gambar bogel di internet. Tapi dalam akhbar hari ini, Astro nafikan mengarahkan Zana tarik diri dan Zana juga menafikan gambar bogel yang tersebar adalah gambarnya.

Nasib baik aku tak dapat lagi gambar tu, kalo tak mesti dah bleh buat kajian, gambar bogel Zana betul ker bukan. Artis dan budak-budak zaman sekarang bukan bleh caya sangat.

Tapi alasan tarik diri sebab tak tahan tekanan tu tak best la. Dah 4 musim AF, tader pun yang tak tahan, semua tahan. Nangis-nangis pun, dok jugak dalam tu sampai disingkirkan.. wink Kalo yer pun nak kuar, tunggulah kena singkir, baru best.. razz

  1. #1 by dik mal on March 20, 2007 - 12:34 pm

    hehehe..langsung tk demam la kali nih.music arrangement buat den nangih je.best lagi music arrangement cikgu sy mase skola dulu..kembalikan sham kamikaze..uwaa…hehehehehe

    [Reply]

  2. #2 by antiAF on March 21, 2007 - 6:10 pm

    Membazir masa jer tengok AF ni. Tak der pekdah langsung dunia akhirat. Kalau berdentum dentam cakap Agama, tapi tengok AF, buang karan jer laa..

    [Reply]

  3. #3 by leLabu on March 21, 2007 - 7:49 pm

    betul gak ek, ckp pasal agama tp tengok af. pelik ker?

    abis tu, siang nak keje jer..balik rumah dah maghrib, isnin sampai ahad. lepas isyak dua tiga jam tu la masa bersama keluarga.

    masa tu la nak tengok tv pun. dah ujung minggu, tengoklah af.

    abis tu kalau ckp pasal agama kena dok bwh tempurung? mmg tader faedah, sbb tu nama dia hiburan. abis tu nak ingat akhirat jer.. dunia tinggal terus? rasa mcm tak kena plak…

    apa-apa pun, bersederhanalah…

    [Reply]

  4. #4 by zura on March 22, 2007 - 3:30 pm

    AF5 x best…
    Budak-budak pompuan gedik-gedik…
    Lelaki plak pikir bagus…

    [Reply]

  5. #5 by SiddiQ on March 26, 2007 - 3:38 pm

    Li..lepas konsert ke-2, apo pulok komen demo ???

    [Reply]

  6. #6 by syahrul on March 29, 2007 - 1:34 am

    tu la nak glamour pikir abis2 dulu!!!

    [Reply]

(will not be published)