leLabu dot com

chaotic mind [jiwa kacau?]

Bloggers Adalah Pembohong, 80 Peratus Dari Mereka Wanita Menganggur

March11

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita”.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.

Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.

Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.

“Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang”.

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara”.

nota: Saya terasa sebenarnya. Kenyataan yang terlampau umum. Secara langsung rasanya tidak refleks kepada kita. Mungkin yang banyak buat onar dan terang-terang membuat fitnah segelintir blogger sahaja, terutamanya blogger dalam hal-hal politik. Tapi kenapa kenyataannya “Kesemua Bloggers Adalah Pembohong?”

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by Labanon FlareBiz
2007-03-12 08:12:34

Tu ler… betulker 8000 blogger ni wanita pengangur? Ya tak patut kata semua blogger adalah pembohong (

 
Comment by pakdi
2007-03-12 12:47:58

siapa la penasihat IT menteri ni ye…

 
Comment by Fuad
2007-03-12 17:03:38

Hahak.. Penasihat IT. Aku rasa dia baca blog2 pengkritik terus panas..

 
Comment by leLabu
2007-03-12 18:23:27

err, di mytoday sibuk dok cari macam mana ‘tengku’ adnan ni dapat tengku…hehe. tengku jadian rupanya.

 
Comment by aad_lfcfn
2007-03-13 12:01:01

ni lah kesan dia apabila si jahil mengenai internet berucap.. (

 
Comment by surfaddict
2007-03-13 13:36:50

sgt mendukacita mendgr fakta bangang yg tak berasas. Perempuan mmg ramai menganggur tetapi 80% blogger adalah wanita adalah 100% fakta yg salah. Mungkin hanya 2% blogger wanita yg menganggur dan mereka tiada masa utk berbohong.

 
2007-03-13 14:14:02

[...] aduh..sakit nya hati aku mendengar fakta bodoh sebegini. Aku baca berkaitan isu ini di blog mail dan lelabu. [...]

 
Comment by dik mal
2007-03-16 21:26:43

ha meh wanita yang komen

apa punya menteri la )

wanita bloggers?penganggur?wife die pun same kot..ekekekekeke..

ok2..tnk jadik emosional:)

quote ni je

“Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita”.

siapalh agaknya yang memahankan die tu..meh le kite ajak die minum kopi ke..huehuehue..

 
2008-01-16 22:24:01

Lawak tahap gaban la die ni, sape la penasihat IT dia tu? …

 
Comment by kimizo
2008-11-03 08:00:29

yeke 80% pembohong
takkan ramai sampai camtu

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.