Saya Berlepas Diri Dari Wahabi
By leLabu on Feb 28, 2007 in Peribadi
Wei, aku tak brape sempat nak update blog smenjak dua menjak ni. Tapi aku akan kembali aktif lepas bulan Ogos 2008. Jadi, apa kata ko Subscribe Feed blog ni, senang sket kerja ko! Oh, Izz dah pandai naik walker, tengok dia kat sini!
Saya berlepas diri dari fahaman yang saya perlahan-lahan ikuti tahun lepas. Saya mahu berlepas diri daripada terpengaruh dengan fahaman Salafi/Wahabi yang meracun diri saya pada awal tahun lepas.
Saya mula mengenali Wahabi dalam tahun lepas selepas kecoh isu penularan fahaman ini di Malaysia. Pada mulanya memang saya akui saya tertarik dengan usaha-usaha untuk menghidupkan sunnah seperti mana amalan di zaman salaf. Tetapi sesudah usaha berterusan menjejak fahaman ini, barulah saya tahu bahawa ianya adalah tidak bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saya mahu kembali kepada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Saya tidak memaksudkan ajaran ini sesat atau menyeleweng, tetapi, cukuplah jika dikatakan ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia sama seperti Syiah dan sebagainya.
Saya bukan seorang yang mengaji agama secara formal, mahupun belajar di pondok-pondok. Saya belajar agama setakat Tingkatan Lima sahaja dan itupun di sekolah sekular kebangsaan. Setelah mengikuti pro dan kontra fahaman ini, dan membandingkan dengan amalan Islam yang diamalkan selama ini, bermazhab Syafie, saya rasakan Wahabi tidak sesuai dengan jiwa saya.
Saya bukan bertujuan untuk menidakkan kebenaran, jauh sekali mengatakan ia tidak betul. Cuma saya ingin terjemahkan kenapa saya ingin berpatah kembali kepada Mazhab Syafie. Sebabnya adalah seperti berikut:
- Akidah Wahabi yang berhubung Allah, iaitu soal Allah duduk, Allah di langit, tangan Allah dan sebagainya, membuka minda bahawa ajaran Wahabi adalah seperti pemahaman kepada orang lurus bendul. Dalam bahasa yang mudah akidah Wahabi boleh dikatakan akidah daripada pemahaman yang sangat literal.
- Berhubung golongan Wahabi yang sangat merujuk kepada Imam Ibnu Taimiyah. Saya terfikir adakah pandangan yang seorang lebih betul daripada pandangan ulamak-ulamak yang ramai. Ulamak-ulamak yang ramai menolak pandangan Ibnu Taimiyah tetapi mengapa perlu ada yang mengagungkannya dan menolak pandangan ulamak yang sepakat hanya kerana ingin mengikut pandangan Ibnu Taimiyah.
- Jadi pada saya, Wahabi bukan dari Jamaah. Mungkin mereka Ahli Sunnah, tapi mereka tidak bersama Jamaah.
Saya tidak akan bercakap pasal agama, saya tidak arif. Saya hanya ingin menyatakan pelepasan diri saya dari mengikut Wahabi sebab selama ini saya menyatakan mengikut Wahabi.
nota : Ada yang mengatakan bahawa TG Nik Aziz pun Wahabi. Tapi bila mendengar kuliah-kuliahnya, saya tidak nampak pula keWahabiannya. Beliau tidak pula mengatakan Allah duduk dsbnya, tidak pula melarang Nisfu Syaaban, tidak pula melarang belajar Sifat 20 dan sebagainya. Wallahu a’lam.
[audio:http://myebookdepot.com/music/nikaziz/asalusulsifat20.mp3|autostart=yes








Saya rasa saudara tidak jelas memahami lagi ajaran islam sebenarnya, apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah? Siapa wahabi? pandangan Ibnu Taimiyah & sebagainya.
Islam itu sebenarnya mudah difahami jika kita berguru dengan orang yang sebenarnya layak untuk berguru, ikut kebanyakan org taklik namanya, baca terjemahan Al-Quran(Al-An’aam : ayat 116) (dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) layari web http://www.al-firdaus.com untuk rujukan
Jika kita terus berpegang dengan Al-Quran & Al-Sunnah, kita tidak akan sesat selamanya. Jadi, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu pernyataan. Seperti pepatah melayu ada mengatakan, “jika terlajak perahu boleh diundur, terlajak berkata-kata buruk padahnya”. Fahamilah ajaran islam sebenarnya. Saya nasihatkan, saudara perlu lebih membuat kajian lebih mendalam lagi tentang islam. Apa yg dimaksudkan dengan mazhab? Dengan siapa kita perlu bermazhab? buatlah kajian tentang kandungan Al-Quran, selalulah baca terjemahan Al-Quran , ikutilah Sunnah Rasulullah, pelajarilah ilmu hadis, yg mana hadis yg saheh, palsu, lemah dan sebagainya.
Saya memberi komen spt ini kerana sy takut dan bimbang sekiranya saudara akan membuat Pernyataan spt ini lagi, sedangkan saudara tidak jelas memahami tentang apa yang saudara katakan dan saya tidak mahu orang yg membaca pernyataan ini keliru atau terpengaruh dengan apa yg saudara katakan, padahal saudara belum lagi jelas dengan semua pernyataan yang saudara nyatakan.
Salam daripada saya
Hamba Allah
terima kasih. saya telah mendalami asal-usul fahaman ini, dan mengadakan perbandingan dengan fahaman/aliran2 Islam yang lain selama hampir satu tahun. dan inilah jalan yang saya pilih.
saya mengkaji fahaman ini secara panjang lebar, bukan main-main. mereka selalu berkata supaya berlapang dada dalam membuat penilaian, dan itulah yang saya lakukan.
rupa-rupanya merekalah yang tidak boleh berlapang dada.
akum saudara…sy dapati kdg2 statement saudara ni mmg berlapang dada, tp kdg2 sedara sempitkan dada sedara. kenapa sedara samakan fahaman ini dgn syiah?klu x silap sy, syiah ini mengkafirkan sahabat. adakah ajaran ini myai unsur2 macam tu?dan adakah kita smua pasti yg amalan kita hr ni adalah dari fatwa Imam Syafie? Islam itu mudah. Allahua’lam..
kpd soalan ‘adakah fahaman ini mumpunyai unsur-unsur mengkafirkan’, saya menjawab ya.
utk soalan ‘adakah amalan hari ini dari fatwa Imam Syafie’, saya menjawab byk yang ya dan sedikit yg tidak.
cthnya begini, seorang guru mengajar kpd 1000 murid. 999 org murid tadi bersetuju dgn guru, dan tiba2 yg seorang itu tidak bersetuju. yg 999 org itupun bermesyuarat, apakah betul pegangan mereka, dan mereka bersepakat, yg apa yg mereka pegang betul.
adakah kita mahu mengikut yg bersepakat td atau mengikut seorang yang menyimpang?
analoginya mudah! allahu a’lam.
saya dukung Anda keluar dari Salafy, mereka itu ahlussunnah tapi tidak mau berjama’ah.
Assalamualaikum
Saya bersyukur kerana anda mendapat hidayah untuk keluar dari fahaman Wahabi ini. Ibnu Taymiyyah adalah ulama yang paling banyak ditentang semasa zamannya oleh ulama-ulama yang lain kerana pegangan-pegangannya.
Antaranya adalah Imam Subky. Ibn Batuttah, penjelajah terkenal, telah memanggil Ibnu Taymiyyah sebagai seorang yang berilmu tetapi otaknya miring.
Sayang sekali ramai orang yang terpengaruh dengan semboyan ‘kembali kepada Allah dan Rasul’ puak Wahabiah tanpa banyak usul periksa mengenai samada apa yang diajarkan golongan ini adalah sahih disisi Islam.
Sebagai contoh, mereka menyifatkan Allah dengan secara literal. Maka itu bagaimanakah mereka menafsirkan ayat yang menyatakan : ‘Segala-galanya akan hancur melainkan Wajah Allah’.
Kalau kita ambil pendekatan Wahabiah, ini bermakna tangan Allah, kaki Allah dan badan Allah hancur. Maha Suci Allah.
Sejauh ini, saya masih belum mendapat respons yang masuk akal dari golongan Wahabiah mengenai tafsiran ayat diatas.
Moga-moga saudara, dan kita semua, ditetapkan dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, insha allah.
Wassalam
saya ingin highlightkan:
tidak semua yg dibawa oleh aliran wahabi ini salah, banyak yg bagus. cuma pembawakan itu yg tidak tepat. niat itu murni, tp cara mereka “bedooh”. (keterlaluan)
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sgt berlapang dada dgn pendapat yang berbeza-beza ttg perkara agama yg cabang, tp mereka membesar-besarkan dan tidak menerima pendapat. bg mereka, yg lain dari mereka bukan ajaran islam sebenar.
kalo diperhatikan, mereka membawa isu-isu agama yg remeh temeh. cthnya, isu bin abdullah (jk fatwa dah bincang tahun 80an lg), isu qunut (walaupun terdapat perbezaan antara mazhab, ASWJ tidak sampai mengatakan yg berqunut itu salah dsb).
isu taklik, kita org awam, yg tidak tahu, bertanya pada yg tahu, ulamak2 ASWJ lebih tahu daripada ustaz2 wahabi yg belajar ugama dgn baca terjemahan kitab sahaja. kalau kita tak tahu berlagak tahu, sesatlah jawabnya.
kalau diperhatikan, puak2 wahabi ini sgt sempit dlm mengambil ilmu. yg mereka percaya, kata-kata ustaz2 mereka sahaja. rujuklah laman-laman web mereka, penuh ketaksuban kpd ustaz2 mereka yg dua tiga kerat itu. ustaz2 itu pun tidak bertauliah, tp mereka mahu jgk ikut.
saya bg contoh mengapa puak2 ini satu pauk yg pelik:
kalo kita sakit kita jumpa doktor yg bertauliah. kalo saya yang belajar engineering, membaca dua tiga buah buku-buku psl kesihatan, pasal medic, kalo saya ngaku doktor, mahu mereka jumpa saya bila sakit? tentu tak mahu bukan?
tp apsal mereka suka sgt merujuk kpd ustaz2 jadian, yg belajar engineering, yg jadi pilot, dan lepas itu baca dua tiga buah buku agama, yg kemudiannya jd ustaz jadian (takder tauliah)? (oh, ini adalah respons kpd komen ila di atas)
puak2 ini puak2 yg pelik. yg sudah matang dan tahu tidak akan hiraukan puak2 ini.
Bagus. Lupakan sahaja musush Islam Fahaman Wahabi-Saudi kuda tunggangan Amerika-Israel di Timur Tengah
assalamualaikum saudara ku…..hendak lah kita berlaku adil sesama mukmin jgn kita mencela dan sebagai nya kepada saudara kita yg secara hakiki mengucapkan kalimah tauhid dan rasul dari setiap ruang pernafasan selagi hayat di kandung badan. kita ini berada di lingkaran abad fitnah-menfitnah.jgn lah saudara terkeliru dgn mana-mana pihak yg membantutkan fikiran kita hendaklah saudara mengkaji secara ilimiah apa kah benar wahabi mengucapkan sedemikian rupa…atsar yg mengatakan ibnu taimiyah….(naluri saya tak kesampaian untuk menyebutkan perkataan celaan terhadap Syaikul-Islam,Al Hafiz,AlFaqih,Al Mujtahid,Al Mufassir,An Naqid,Al Mujahid dan Al Mujaddid begitu lah gelaran yg di berikan kepada nya) Ya ALLAH ampun kan lah keterlanjuran kata-kata kami yg sangat daif ini….saya ini bukan lah wahabi ,tetapi suka berlaku adil terhadap sesama insan….wassalam
Assalaaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Untuk pengetahuan saudara saya ini belajar lama di pondok Sungai Durian , Kuala Krai Kelantam ( http://www.pondoksgdurian.com )sejak tahun 1972 lagi, ketika itu saya masih budak. Al MArhum Tok guru saya amat kuat menentang kaum muda ( sekarang dipanggil salafi )dan sering menyatakan Ustaz Nik Aziz ( sekarang menteri besar Kelantan ) keluar dari mazhab 4 dan ahli sunnah wal jamaah. Saya pernah dengar perbahasan diantara 2 tokoh ini. Pada tahun 1972 sebuah masjid di Keala Krai memanggil kedua tokoh ini untuk menyampaikan ceramah maulidir rasul. Setelah itu diadakan pembacaan Barzanji. Apabila sampai waktu berselawat Ustaz Nik Aziz tidak bangun. Apa lagi tok guru saya amat marah sekali, katanya sepatutnya kita bangun sewaktu berselawat lalu tok guru saya baca apa yang disebut dalam berzanji iaitu : ” wahaadza waqadis tahsanal qiyam hingga akhirnya “. Yang bermaksud: ” Dan eluklah berdiri ketika berselawat ” hingga akir ( sila rujuk Barzanji } . Nik Aziz jawab : Itu bukan hadith tetapi hanyalah kata-kata dari Barzanji dan pandangan ulama` sahaja. Macam mana saya nak berdiri ketika berselawat kerana Nabi tak datang , kalau Nabi datang saya akan berdiri menghormatinya ”
Tok guru saya amat marah sehingga dia terus balik. Bermula dari situlah mereka berdua tidak boleh bertemu dalam majlis.
Ustaz Nik Aziz ini dahulunya memang kuat menentang talqin, Baca tahlil dan Al Quran kepada orang mati, Baca Usalli , sifat 20 dan lain-lain . Mamun begitu dia tidak melarang perayaan maulid bahkan dia kerap berceramah maulid.
Tok guru saya ketika itu adalah ahli majlis ulama dan majlis fatwa negeri Kelantan sehingga banyak kali dia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan menangkap Ustaz Nik Aziz kerana menyebarkan fahaman kaum mudanya. Namun begitu Mufti Kelantan ketika itu Allahyarham Tuan guru Hj Muhammad Nor ( 1905-1988 ) dan timbalannya juga berfahaman seperti Nik Aziz dan Mufti Kelantan ini satu badge dengan mertua tok guru saya Al MArhum Sheikh Daud AlKElantani , seorang guru di Masjidil Haram ).Oleh itu mungkin rasa hormatnya kepada mufti itu dia tidak mahu berdebat dan akhirnya dia meletakkan jawatan dari ahli majlis ulama dan fatwa.
Saya masih ingat lagi tok guru pernah berkata bahawa ketika baru pulang dari mesir Ustaz Nik Aziz pakai songkok sahaja tetapi tok guru saya tegurnya, katanya : ” Sewajarnya anta pakai serban barulah melambangkan anta seorang yang alim “. Setelah itu ustaz Nik Aziz mula pakai serban sehingga sekarang.
Konflik dan pertentangan diantara tok guru saya dengan Ustaz Nik Aziz berterusan sehingga lah pada tahun 1984 mereka boleh duduk semeja semula.Ceritanya ialah masjid pondok kami mengadakan majlis maulid. Tok guru suruh anak2 muridnya mencari penceramah kerana kali ini tok guru nak buat kelainan sedikit. Sebelum ini hanya tok guru dan anak-anak murid sahaja yang berceramah . Kali ini nak panggil orang luar pula. Anak2 muridnya pun menjemput Ustaz Fadhil Nor rahimahullah, Ustaz Abd Hadi Awang dan Ustaz Nik Aziz. Setelah habis berceramah mereka beramah mesra. Dalam erti kata lain kerana PAS mereka boleh bersatu.
Ustaz Nik Aziz ini dahulunya bukan tok guru saya sahaja yang bertentangan pendapat dengannya bahkan boleh dikatakan hampir semua tok guru2 pondok di Kelantan menentangnya.
Sekarang sejak dia menjadi menteri besar dia mula berlembut dalam masalah ini dan dia tidak lagi xepat menuduh bid`ah seperti zaman mudanya dahulu.
Sewaktu saya masih belasan tahun dahulu memang kami anak2 pondok sangat taksub dengan pendapat tok guru kami. Bagi kami semua hujah tok guru saya itu betul kerana ketika itu kami tidak matang lagi dan bagi kami memang Nik Aziz keluar dari ahli sunnah waljama`ah.
Setelah saya berhenti belajar dari pondok dan melanjutkan pelajaran ke Madinah barulah minda saya terbuka. Saya ingin menerangkan disini bahawa sebagai orang Islam kita tidak boleh menuduh tanpa fakta. Kebanyakan tok2 guru pondok ini hanya baca kitab sahaja tetapi tidak mahu mengkaji dan mereka lebih suka berpegang kepada pendapat tok guru mereka, sebab itulah fikiran mereka tidak terbuka.
Allahyarham Hj Mohd Nor, Mufti kelantan ,walau pun belajar di Makkah dengan guru2 yang berfahama tua tetapi dia suka mengkaji sebab itulah jawapannya ilmiah.
Di kelantan seramai 3 orang Muftinya berfashaman salafi , iaitu Haji Wan Musa, Hj Muhammad Nor, Hj Ismail Yusuf ( mertua Prof Dr mahmud Zuhdi )rahimahumullah .
Walau pun mereka ini berfahaman Salafi tetapi mereka tidak kaitkan fahaman mereka dengan Wahabi tetapi mereka berpegang kepada mazhab Shafi`e dan Imam Nawawi ( seorang alim besar dalam mazhab Shafi`e yang paling banyak mengarang kitab dalam berbagai disiplin ilmu )dan kebanyakan pendapat Imam Nawawi dan Imam Shafi` adalah selari dengan fahaman salafi. Allahyarham mufti2 ini juga tidak menentang tasauf malah Hj Wan Musa rahimahullah adalah seorang ahli Tariqat seperti ayahnya Tuan Tabal rahimahullah. Nik Aziz juga tidak menentang Tasauf malah dia mengajar kitab Ihya` Ulumiddin.
akan bersambung insha` ALLAH
bagus sekali ya akhi..
terima kasih kerana memberikan ilmu kpd saya. betul, yang akhi tuliskan. tp seharusnya ada beza antara wahabi dan salafi. harap akhi dapat jelaskan sejelas-jelasnya..
yg saya berleaps diri adalah daripada fahaman wahabi totok ni..
saya masih berpegang kepada alquran dan sunnah.. wallahu a’lam.
Apa2 hal pun ‘google’ lah BANKWAHABI. Di sini byk sirah2 dan hujah2 para ulama2 ASWJ.
Bagi saya mmg fahaman wahabi ni merbahaya kpd ‘perahu2 kecil’.
Wallu’alam
Sedikit oleh2 buat para malaysian
Allah ada di Arsy
Sungguh banyak sekali ayat, hadits, serta ucapan ulama salaf yang menegaskan tentang ketinggian Allah.
1. Allah berfirman,
“Kepada-Nyalah perkataan-perkataan yang baik naik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya.” (Al-Faathir: 10)
2. Allah berfirman,
“Yang mempunyai tempat-tempat naik. malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada-Nya.” (Al-Ma’aarij: 3-4)
3. Allah berfirman,
“Sucikanlah Nama Rabb-mu Yang Maha Tinggi.” (Al-A’la:1)
4. Di dalam Kitab At-Tauhid, Imam Al-Bukhari menukil dari Abu ‘Aaliyah dan Mujahid tentang tafsir istawa, yaitu ‘ala wartafa’a (berada di atas, tinggi).
5. Allah berfirman,
“(Allah) Yang Maha Pemurah, ber-istiwa di atas ‘Arsy.” (Thaaha: 5).
Maksudnya, tinggi sebagaimana yang diterangkan di dalam Tafsir Ath-Thabari.
6. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkhutbah pada hari Arafah, saat haji wada’, dan bersabda,
????? ??? ????????? ???????? ?????? ? ???????? ?????????? ????? ?????????? ?? ???????????? ?????????? ?? ????????:”??????????? ???????
“Ingatlah, bukankah aku telah menyampaikan?” Mereka menjawab, “Ya, benar”. Lalu beliau mengangkat (menunjuk) dengan jari-jarinya ke atas, selanjutnya beliau mengarahkan jari-jarinya ke arah manusia (para sahabat) seraya bersabda, “Ya Allah, saksikanlah.” (HR. Muslim).
7. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
????? ????? ?????? ???????? ?????? ???? ???????? ????????? ????? ?????????? ???????? ???????? ?????? ?????????? ???????? ?????? ?????????
“Sesungguhnya Allah telah menulis suatu kitab (tulisan) sebelum Ia mencipatakan para makhluk (berupa), sesungguhnya rahmat-Ku men-dahului murka-Ku, tertulis di sisi-Nya di atas ‘Arsy.” (HR. Al-Bukhari)
8. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
?????? ?????????????? ?? ????? ???????? ???? ??? ??????????? ??????????? ?????? ?????????? ???????? ?? ???????
“Apakah engkau tidak percaya kepadaku, padahal aku adalah kepercayaan Dzat yang ada di langit? Setiap pagi dan sore hari datang kepadaku kabar dari langit.” (Muttafaqun ‘Alaih)
9. Al-Auza’i berkata, “Kami bersama para tabi’in berpendapat, ‘Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia sebutan-Nya berada di atas ‘Arsy, dan kami beriman pada sifat-sifat-Nya sebagaimana yang warid (datang) dalam sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam’.” (HR. Al-Baihaqi dengan sanad sahih) Lihat Fathul Bari.
10. Imam Asy-Syafi’i berkata, “Sesungguhnya Allah berada di atas ‘Arsy-Nya, di atas langit. Ia mendekati makhluk-Nya sekehendak-Nya dan Allah turun ke langit dunia dengan sekehendak-Nya.” (Dikeluarkan oleh Al-Hakawi di dalam kitab Aqidah Asy-Syafi’i).
11. Imam Abu Hanifah berkata, “Barangsiapa mengatakan, ‘Aku tidak mengetahui apakah Rabbku berada di langit atau dibumi?’ maka dia telah kafir.” Sebab Allah berfirman,
“(Yaitu) Rabb Yang Maha Pemurah, Yang tinggi di atas Arsy.” (Thaha: 5)
‘Arsy Allah berada di atas tujuh langit. Jika seseorang berkata bahwasanya Allah berada di atas ‘Arsy, tetapi ia berkata, “Aku tidak tahu apakah ‘Arsy itu berada di atas langit atau di bumi?” Maka dia telah kafir. Sebab dia mengingkari bahwa ‘Arsy berada di atas langit. Barangsiapa mengingkari bahwa ‘Arsy berada di atas langit, maka dia telah kafir, karena sesungguhnya Allah adalah paling tinggi di atas segala sesuatu yang tinggi. Dia dimohon dari tempat yang tertinggi, bukan dari tempat yang paling bawah.
12. Imam Malik ditanya tentang cara istiwa’ (tingginya Allah) di atas ‘Arsy-Nya, ia lalu menjawab, “Istiwa’ itu perkara yang telah diketahui, sedang cara (penggambarannya) tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, dan pertanyaan tentangnya adalah bid’ah (maksudnya, tentang penggambarannya). Usirlah tukang bid’ah ini.”
13. Tidak boleh menafsirkan istiwa’ (bersemayam di atas) dengan istawla (menguasai), karena keterangan seperti itu tidak didapatkan dalam riwayat orang-orang salaf. Metode orang-orang salaf adalah lebih selamat, lebih ilmiah dan lebih bijaksana.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata, “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang Yahudi agar mengatakan hiththatun (bebaskanlah kami dari dosa), tetapi mereka mengatakan hinthatun (biji gandum) dengan niat membelokkan dan menyelewengkannya.
Dan Allah memberitakan kepada kita bahwa Dia ‘Alal ‘Arsy istawa (tinggi di atas ‘Arsy), tetapi para tukang takwil mengatakan istawlaa (menguasai).
Perhatikanlah, betapa persis penambahan “lam” yang mereka lakukan istawaa menjadi istawlaa dengan penambahan ‘nun’ yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi “hiththatun” menjadi “hinthatun” (nukilan Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyah).
Salafy memang mengandungi ajaran yang bagus, tetapi di dalamnya juga terkandung ajaran yang menyimpang. Kita tak tahu, mana yang lurus dan mana yang menyimpang. Kita harus memfilter ajaran salafy. Tetapi Ahlus Sunnah wal Jama’ah telah jelas kebenarannya, tak perlu lagi memfilter. Jika kita bisa meminum air murni secara langsung, mengapa harus memfilter? Bagaimana kalau filter yang kita gunakan itu kurang bagus, hingga masih terkandung unsur berbahaya dalam minuman tersebut?
Saya setuju jika Anda keluar dari Salafy dan Wahhabi.
A’kum
Kepada sesiapa yang mengatakan wahabi/ salafi sesat tolong rujuk hadis/al-Quran, ulama2(selain drpd ustaz2 Malaysia yang membawa ideologi ikhwanul muslimin yang telah disepakati- ijtimak ulamak seluruh dunia bahawa akeedah pembawaan ikhwanul muslimin dipersoalkan, penuh dengan syirik, bidaah dan telah lari drpd ahlul sunnah wal-jamaah yang sebenar).
Jangan menuduh sebarangan tanpa backup dari rujukan hadis/ quran/ seerah Rasul saw dan para sahabah, dan tabiun tabiien, seperti seorang yang taklid buta.
Golongan ulamak salafi adalah mereka yang telah menuntut ilmu ke tahap yang tinggi (bukan setakat 7-8 tahun seperti ulamak di malaysia)tapi sampai ke tahap ulamak yang telah diiktirafkan sebagai pakar hadis dan rujuk seluruh dunia.Ulamak berasal dari Mekah dan Madinah adalah mereka dari golongan salafi. Allah juga telah janjikan bahawa Mekah dan Madinah adalah satu-satunya negara di seluruh dunia sampai ke akhir zaman yang tidak akan dimasuki dajjal.So kenapa kita boleh mengatakan mereka ini sesat….adakah Allah janjikan Mesir adalah dari golongan yang tidak sesat.???? (ie. ikhwanul Muslimin, yg jadi panduan utama di Malaysia sekarang)
Di akhir zaman ni tidak semestinya apa dipercayai ramia/ diikuti ramai itu yang betul ….
Oleh itu, carilah kebenaran sekiranya antum semua inginkan kebenaran. InsyAllah anda akan menemuinya…
Allahu’alam. Segala yg baik itu daripada Allah, yg lemah daripada diri ana sendiri.
p/s ; Apakah hukummnya mereka yg bersembahyang dan berimamkan imam salafi/wahabi di Mekah/ MAdinah ketika menunaikan haji…adakah haji mereka tidak sah?? Jadi cuba fikirkan….
sambungan’
ketahuilah bahwa wahabi yng anda hina adalah isi kandungan salafi (isinya semua berdasarkan quran and hadis(hadis pun yg dipilih yang cuma hadis-hadis sahih bukannya yg lemah atau palsu)- akeedah sahih yng diabawa oleh ar-rasul dan para sahabat, tabiin- tabiuun sehingglah ke hari ini mengikut sanad yang sah, bukannya mengikut waki’
iaitu keadaaan semasa- seperti yg dilaungkan oleh ikhwanul muslimin).
Sedangkan ulamak ikhwan, mengikut ulamak salaf tiada seorangpun yg boleh dijadikan pakar rujuk ilmu, sebb ilmu mereka dlm bidang hadis dan quran tidak sampai ke tahap pakar rujuk, mereka mengambil mana yang sesuai mengikut zaman, sedangkan Islam itu sudah lengkap dan sesuai diamalkan di seluruh zaman.
Oleh itu minta Allah mapunkan mereka yg menghina salafi.
Perkataan ‘ wahabi’ yg dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab - adalh ciptaan Yahudi yang kononnya beliau membawa sesuatu yg baru. menjauhkan umat islam daripada salaf-as soleh.. Sekiranya anda katakan salaf sesat,maka anda telah menuduh Imam Ahmad (tabiin-tabiun) dan Imam Syafiee serta 3 imam yng lain adalah sesat kerana mereka semuanya adalah salafi.
JAdi jgn bertaklid buta, selamilah ilmu sebelum membuat apa-apa anggapan.
Sekarang ni, fahaman syiah telah menular di Malaysia. Sejak zaman Ar-rasul saw lagi bahayanya syiah telah jelas, merekalah musuh dalam selimut- al munafequun (nau’zubillahi min dzalik), pembunuh para sahabat dan mengkafirkan mereka, pembunuh para sunni(ahli sunnah wal jamaah) contohnya di Lebanon dan di negara2 Islam yang lain serta pencetus hura hara sehinggalah ke hari ini. Penyatuan antara syiah dan sunni tidak pernah dibenarkan oleh 4 mazhab pegangan kita, kecuali oleh fahaman zaman moden ini yg salaf isytiharkan menyimpang iaitu oleh ikhwanul Muslimin.
Oleh itu selamatkanlah diri anda dan keluarga anda…ini tidak akan berlaku dengan politik semata sekiranya akeedah tidak ditegakkan terlebih dahulu di Malaysia. Masyarakat Malaysia walaupun solat masih penuh dengan amalan kesyirikan, kesufian, tahyul dan bidaah.(ini yg wajib diperangi terlebih dahulu- bukan hanya dengan melaungkan kata-kata kosong dan demonstrasi-demonstrasi ciptaan yahudi dan syiah, serta ideologi pembawaan Hassan Al- Banna(semoga Allah ampunkannya sekiranya beliau tidak sempat betaubat sebelum kewafatannya)
Terpulanglah pada antum semua untuk menilainya…hidayah itu di tangan Allah, sekiranya anta semua seperti ana, semestinya mahu menyelidik dengan lebih lanjut , membuka kembali Al-Quran dan As-sunnah, hadis-hadis yg soheh, imam- imam besar sejak zaman para sahabat dan para salafus-soleh.(bukan cuma rujukan tokoh ikhwan sahaja iaitu- syed Hawa,Al- Maududi, Syd Qutb,Hassan Al- Banna, Yusuf Qardawi,Ramadhan Al- Butty…dan tokoh2 ikutan mereka di Malaysia yg taksub pd ideologi dan ‘indoctrination’ yg mereka sebarkan.
p/s dlam sambungan akan datang akan ana kemukan dalil daripada Al-quran and hadis-sahih utk tantapan anta semua….
sahabat semua….
sila layari utk keterangan lebih lanjut dengan hati yang terbuka. Wallahu’alam.
http://www.salafimalaysia.com/
Fatwa terakhir Syeikh ‘Abdul ‘Azeez bin Baaz memberi peringatan terhadap Jamaah Tableeg.
{ Lihat laman web-www.fatwa-online.com- Monday 26 March 2001 }
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,.
Yang Mulia, Syeikh ‘Abdul ‘Azeez bin Baaz (rahima-hullah) telah ditanya berkenaan Jamaah Tableeg, maka yang penyoal bertanya: [ Pada tarikh 6hb Dzul Hijjah 1416H, di Mekkah Al- Mukarramah ]
Ya Syeikh, kita mendengar berkenaan Jamaah Tableeg dan dakwah mereka. Adakah tuan menasihatkan saya untuk keluar (khurooj )dengan Jamaah ini. Saya berharap mendapat penunjuk dan nasihat tuan semoga Allah memberi tuan pahala yang banyak.
Syeikh menjawab:
Barang siapa yang mendakwah ke (jalan) Allah dia adalah seorang muballigh (seorang yang menyampaikan risalah Islam).( Seperti terdapat dalam Hadis: “ Sampaikan dariku, walaupun ia { sepotong} ayat”. ) Tetapi Jamaah Tableeg dari India ada beberapa khurafaat. Mereka mempunyai beberapa bida’ah dan syirik, maka tidak dibolehkan keluar bersama- sama mereka, melainkan seseorang itu mempunyai ilmu, keluar dengan mereka (bertujuan) untuk mengingkari dan mengajar mereka (yang benar). Tetapi kalau keluar untuk mengikut bersama mereka, maka itu tidak dibolehkan. Ini adalah kerana mereka memiliki kesesatan-kesesatan, kesalahan-kesalahan dan kekurangan ilmu . Jika sekira ada jamaah membuat dakwah selain dari mereka dari ahli ilmu maka boleh keluar dengan mereka untuk tujuan dakwah atau seseorang itu yang mempunyai ilmu keluar dengan mereka untuk mengajar, menunjukkan mereka kepada kebaikan dan mendidik mereka supaya meninggalkan mazhab yang baatil dan mengikut jalan ahli Sunnah wal Jemaah. (Maka itu adalah baik.)
[ Fatwa ini dikeluarkan dari rakaman pita: “Fatwa Samaahatush Syeikh ‘Abdul ‘Azeez Ibn Baaz berkenaan Jemaah Tableeg dirakam di Taif lebih kurang dua tahun sebelum Syeikh ini meninggal. Pita ini menolak, dakwaan Jamaah Tableeg yang menggunakan penyataan lama Syeikh sebelum hakikat dan manhaj mereka menjadi jelas kepada Syeikh ‘Abdul‘Aziz bin Baaz. Terjemahan : Ahmad Najib Mahfudh LC. Cetakan May 1996M(1416H) Diterbitkan oleh Hagatama Ihsani Press Jakarta.
Jamaah Tableeg dan Al-Ikhwan Termasuk Dalam Golongan 72 Kumpulan (Sesat)
Yang Mulia Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz telah ditanya:
Pertanyaan:
Semoga Allah memberimu kurniannya yang terbaik, dalam hadis Rasullullah (sallallahu ‘alayhe wa sallam), berkenaan perpecahan ummah, beliau berkata
...... dan umat saya akan berpecah kepada 72 golongan .......). Maka adakah Jamaa’ah at-Tableeg, dengan apa yang ada pada mereka dari segi syirik dan bida’ah dan juga Jamaah al- Ikhwan al-Muslimeen, dengan apa yang ada pada mereka dari segi berparti-parti dan memberontak menentang pemimpin dan ketidak kesetiaan, daripada 72 golongan itu ?
Beliau telah menjawab: Semoga Allah mengampuninya dan memberi rahmat kepadanya.
Mereka adalah dari 72 golongan itu. Barang siapa yang menentang ‘aqeedah Ahli-Sunnah termasuk kedalam 72 golongan itu. Maksud kenyataan Nabi (sal-Allahu ‘alayhe wa-sallam) berkenaan (ummah ku) ialah ummah al-ijaabah (i.e iaitu ummah yang menyahut atau menjawab) mereka yang menyahut kepada panggilan Nabi dan menunjukkan kesetiaan kepadanya. Maksud perkataan 73 golongan itu ialah golongan yang berjaya adalah yang mengikutnya dan berpegang teguh kepada agama dan daripada 72 golongan itu terdapat di antara mereka ada yang kafir, ada yang membuat dosa dan ada yang pula membuat pelbagai bida’ah.
Maka penyoal bertanya:
Adakah kedua kumpulan ini ( Jamaah at-Tableeg dan Jamaah al-Ikhwaan al-Muslimen ) daripada 72 golongan itu?
Beliau menjawab :
Ya, mereka adalah daripada 72 golongan itu, bersama dengan golongan Murji’ah dan selain daripada mereka - ada di antara para ilmuan yang menganggap golongan Khawaarij termasuk dalam golongan kuffaar, terkeluar dari golongan Islam sungguhpun termasuk dalam golongan 72 itu.
[ Diambil dari rakaman pita pengajaran-pengajaran Syeikh bagi buku “ Sharh al-Muntaqaa” di Taif, Saudi Arabia, lebih kurang 2 tahun sebelum wafatnya (lihat laman web http://www.fatwa-online.com. Monday 26 Mac 2001 / Muharram 1422 –Abu ‘Abdullah)]
[ Hadis tersebut diatas adalah Hadis masyhur dalam Sunnah dan masanid. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Kitab sunannya dan at-Tirmizi mengatakan bahawa Hadis ini hasan sahih daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah (sallallahu alayhe wa sallam) telah bersabda:
Bermaksud: “ Kaum Yahudi dan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh satu dan tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, semua masuk ke neraka malainkan satu. Sahabat bertanya: “Siapa dia Ya,
Rasulullah,” Baginda menjawab: “ Siapa yang mengikut seperti yang aku dan sahabat-sahabat ku( atasnya).”(Penyusun)
Saya terpanggil untuk membuat komen atas apa ynag diutarakan oleh ummu hanis.
Bila membaca apa yang disebut oleh ummu hanis, jelas sekali beliau adalah pengikut yang sangat taksub dengan salafi/wahabi, hinggakan mempersoalkan aqidah ulamak lain yang tak sealiran dengan beliau. Inikah yang dikatakan nak membawa islam. Hujahnya tidak kuat dan berat sebelah.
hadis perpecahan kepada 73 puak yang digunakan oleh beliau juga tidak mengatakan salafi/wahabi saja yang selamat. semua orang yang mengamalkan sunnah (ahli sunnah wal jamaah) maka merka akan selamat.
Mepersoalkan pegangan imam mekah dan madinah adalah satu perkara yang kurang bertamadun. Pengikut ahlu sunnah tidak pernah mempersoalkan perkara yang tidak nampak dan berbaik sangka dengan muslim lain. Maka sudah pasti sah hukum solah kita di mekah, hatta dimana sekali pun selagi jelas imam tidak melakukan perkara syirik maka sah hukumnya.
Bukan-kah bersangka-sanga itu perbuatan keji.
tentang komen bin baz tentang tablig, saya kurang setuju walaupun beliau ada menyebutnya. Bukan kerana apa, adakah beliau melihat sendiri apa yang dilakukan oleh ahli jamaah tablig ini. mengikut apa yang saya baca kemungkinan besar Bin baz hanya mendengar dari pengikutnya sahaja maklumlah beliau tidak dapat melihat.
benar kata lelabu, salafi ini tidak boleh diikuti. Mengapa mesti ikut Bin Baz, Albanni dll ini kalau kita sudah ada Imam muslim, bukhari, safie, hanafi hanbali dan maliki. mana lebih sohih dari segi keilmuannya dan amalannya. tidak salah bertakliq denga safie, maliki dllnya.
rasanya Ummu hanis sudah dengar tentang hadis mengenai nejd dan bagaimana rasulullah tidak mendoakan orang-orang nejd ini. di mana nejd dan mengapa agaknya.
Salam,
Permasalahan wahabi, syiah dan pelbagai perbezaan fikrah adalah isu lapuk berpunca dari kelalaian kita sendiri dalam mencari ilmu. Ambil iktibar dengan sabar berlapang dada dalam mencari kebenaran. Yang kerap menjadi isu besar bila sikap melampau diantara umat islam yang besar nafsunya, cinta dunia dan tiada keikhlasan dalam mencari Allah.
Perselisihan khalaf dan salaf sudah lama berlaku dan tidak menjadi permasalahan besar melainkan bagi mereka yg ekstreem (lemah daya akal, tinggi emosi, kuat nafsu dunia, cetek ilmu dan taklid membabi buta, taksub pada sesuatu /guru)
Jalan terbaik, betulkan niat, ikhlaskan diri semata mencari keredhaan Allah dan pergi berguru. Carilah guru khalaf, salaf,pro-ikhwannul muslim,tasauf dan selepas itu berfikir dan mengkaji dengan ikhlas semata mencari kebenaran..InsyaAllah Allah akan memberi hidayah bagi mereka yang ikhlas ingin kembali padaNya dan mengikuti Sunnah RasulNya..
Orang-orang yg bertakwa dan soleh tidak akan mudah menuduh saudara Islamnya begitu mudah dalam soal sesat, kafir secara sembrono.Tidak pula mereka menerima secara taksub para guru tanpa sedar tiada Guru-guru yang maksum.
Jika kita benar cintakan kebenaran, cintakan Allah dan kasihkan Rasul Allah. Maka contohilah mereka yg bersikap begitu dari para sahabat, tabieen, tabi-tabieen dan ulama yang soleh. Mereka berikhtiar mencari ilmu Allah tanpa berputus asa dan berguru sebanyak mungkin semata mencari kebenaran.
Jadi jangan sesekali kita sangka, kajian ilmiah melalui bacaaan segedung pustaka, istiqamah menghadiri majlis kuliah, Phd dalam penkajian syariat, khatam sekolah pondok dan beserta para salik tareqah lalu kita jadi UJUB, TAKBUR dan terpdaya dengan ilmu dan nafsu untuk mengata orang lain jahil, sesat dan rasa diri cukup ilmu secara sembrono.
Belajar sejarah kenapa adanya khilaf, fikrah dan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya..
Segala ilmu dan kebenaran adalah dari Allah dan milik Allah.
wallahualam
VAIRUS - VAIRUS WAHABI:
vairus wahabi akan menyerang mereka yang kurang ilmu alat dalam agama terutama pelajar -pelajar yang baru nak mendalami agama, kerana minda mereka ini masih lagi kosong ,
serangan mereka dengan peluru yang bertopingkan slogan Al-Quran dan As-Sunnah yang sohehah PADA SANGKAAN MEREKA .
benting mereka ….mereka menganggap (selain dari fahaman mereka )semuanya mengunakan akal sahaja (aqliyian )bukan dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sebenar dan ianya perlu ditolak .
kebodohan mereka …tata bahasa arab seperti pelajaran balagah dibuang tidak dibenarkan belajar kerana dianggap ilmu tidak memberi manfaat kerana banyak mengunakan akal(di university islam madinah pada tahun 1995 dibuang madah ilmu balagah dari kuliah dakwah wa usuluddin)dan ilmu mantik juga diharamkan belajar kerana ilmu yang mengunakan aqal .
baja mereka …adalah pelajar yang balik dari universiti madinah ,jordan,india ….yang berbekalan ilmu dari malaysia melalui SMU,SPM,STU,dan empat sanawi.jarang yang berpendidikan pondok dan tinggi terpengaruh bila kesana, kerana mereka dah ada asas yang boleh menilai.
penyelewengan mereka ….dalam bab aqidah yang tidak mahu menerima ahli tafsir yang muktabar dan lebih condong kepada zohir yang mereka mahu sehingga ternafi pandangan ulama’yang diiktiraf .
peluru makan diri, mereka taburkan slogan berpegan kepada al-quran dan as-sunnah ,tak perlu kepada mazhab kerana tidak ada zaman Nabidan mereka bukan maksum,yang berpegan kepada mazhab adalah bidaah ,tapi hakikatnya setiap pegangan mereka berwiridkan ibnu taimiyah sebagai pemanis mulut mereka dalam setiap hujjah,sedangkan ibnu taimiyah bermazhab hambali …. An-Nuria
nowonder…. muslim akhir zaman mcm buih2 …
Kenapa muslim berpecah… inilah puncanya…
Walluhuaklam….
Saya,,, berpegang dengan al quran dan sunnah…
dan tabiin dan at tabiin…
Yang sahihnya…. semua baik ulama atau awam tidak maksum… kesilapan menerima ilmu, tidak memahami apa yg diajarkan dan mengambil jalan mudah untuk belajar (sebahagian2) …
Belapang dada lah untuk belajar… pendapat manusia ada yg betul dan ada yg tidak betul pada keadaan dan masa….
Jangan bertelagah…. ambil quran dan hadis…
Kita boleh menolak pandangan yang dikeluarkan oleh manusia… tetapi apa yg ada dalam al quran dan hadis.. nauzubillah … tidak boleh walaupun satu ayat…
Berserah lah diri kepada allah,,,, jgn suka menghukum.. kerana kita tidak dilahirkan didunia untuk bercakaran… tetapi menyembah allah dengan cara apa yang disarankan didalam al quran dan disunnah melalui Nabi Muhammad SAW…
So,,, up to u all…. kalau all u fikir… bertelagah sesuatu perkara itu lebih menguntungkan… buat la…
Tapi yang pasti…. ahli kitab & musyrikin ..
mereka telah berjaya….. menakluk dunia….
Kita orang Malaysia…. Agama dan Tanah air dah nampak dok bercelaru…..
Fikirlah….
aslmkum.
disini saya sisipkan kandungan artikel susunan saudara Hafiz Abdullah yang bertajuk ‘ANTARA FAHAMAN WAHABI DAN FENOMENA MURTAD’.
Moga2 saudara saudari pembaca mendapat sedikit sebanyak info ttg persoalan kita ini..
Antara Fahaman Wahabi dan Fenomena Murtad
Tanggal 27 November 2006 genaplah setahun laporan muka utama akhbar Mingguan Malaysia yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang tepat dalam laporan tersebut.
Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini ini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang pelbagai lapisan dan latarbelakang.
Apa Dan Kenapa Wahabi?
Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi.
Jawapan saya mudah sahaja: Ia adalah pemikiran dan amalan Islam yang berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan pemikiran dan amalan masyarakat Malaysia.
Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi secara meluas mendapat tempat di kalangan umat Islam?
Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:
Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat kedudukan mereka dari sudut ilmu, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.
Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.
Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas yang baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..
Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.
Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.
Di Mana Salahnya Dengan Fahaman Wahabi?
Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.
Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:
Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah……”
Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin daripada pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah pimpinan para agamawan yang semakin lengang sehingga akhirnya ia dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”
Fenomena Murtad: Ada Sesuatu Yang Tertinggal?
Sejak beberapa bulan yang lepas, umat Islam Malaysia dikejutkan dengan fenomen murtad. Tidak sekadar itu, ia dihangatkan dengan usaha pihak-pihak tertentu yang ingin menukar perundangan negara bagi menghalalkan fenomena murtad. Semua ini menyebabkan umat Islam tanah air daripada pelbagai lapisan bangun memberi tumpuan kepada fenomena murtad. Pelbagai seminar, media cetak dan forum di internet memberi tumpuan kepada fenomena ini secara meluas dan mendalam.
Saya sendiri, sekadar termampu, turut mengikuti perbincangan berkaitan fenomena murtad. Namun sekadar apa yang dapat diikuti, saya dapati tumpuan hanya diberikan kepada menghukum orang yang murtad dan menjaga akta hukuman tersebut agar ia tidak dimansuhkan atau diubah-suai. Saya rasa ada sesuatu lain yang ketinggalan daripada perbincangan atau tumpuan tersebut.
Sebelum saya menjelaskan apa yang “tertinggal”, izinkan saya memberi satu contoh terlebih dahulu.
Umpamakan sebuah kolej pengajian tinggi yang memiliki 1000 penuntut. Dalam peperiksaan akhir semester, 200 daripada penuntutnya gagal. Dalam menghadapi fenomena kegagalan yang agak besar jumlahnya, adakah pihak pengurusan kolej akan memberi tumpuan kepada menggugurkan para penuntut tersebut atau memberi tumpuan kepada faktor yang menyebabkan para penuntut tersebut gagal? Saya yakin para pembaca sekalian akan memilih jawapan yang kedua.
Adakah para pensyarahnya cuai?
Adakah suasana bilik kuliah tidak konduktif untuk belajar?
Adakah buku-buku kuliah tidak mencukupi? Adakah soalan peperiksaan terkeluar dari silibus?
Adakah para penuntut itu sendiri memiliki masalah peribadi yang mengganggu pembelajaran mereka?
Dan begitulah seterusnya. Ringkasnya dalam menghadapi fenomena kegagalan ini, kita sepatutnya memberi tumpuan kepada persoalan “kenapa” gagal dan bukannya bagaimana “menghukum” mereka yang gagal.
Kembali kepada fenomena murtad, saya tidak menafikan kepentingan hukum dan status akta hukuman tersebut dalam perundangan negara. Namun ada sesuatu yang saya rasa turut memiliki kepentingan yang telah tertinggal daripada perbincangan mengenai fenomena murtad. Iaitu: Kenapakah seseorang itu ingin murtad? Betulkan saya, tetapi benarkah jika saya katakan persoalan “kenapa” murtad telah tertinggal daripada tumpuan dan perbincangan tentang fenomena murtad?
Adakah mereka ingin murtad kerana menganggap Islam adalah agama ciptaan manusia sebagaimana agama lain? Kenapakah mereka tidak dapat melihat keindahan Islam sehingga ingin murtad?
Adakah mereka ingin murtad kerana selama ini diajar Allah adalah tuhan yang suka menghukum dan mengazab?
Adakah mereka ingin murtad kerana selama ini dibebani dengan hukum-hukam yang pada asalnya tidak wujud dalam al-Qur’an dan al-Sunnah?
Adakah mereka ingin murtad kerana mengganggap Islam tidak lagi relevan untuk menangani isu-isu mutakhir?
Adakah para muslimah ingin murtad kerana menganggap Islam menzalimi mereka sebagai seorang wanita?
Kenapakah mereka ingin memilih agama-agama masa kini, iaitu isme-isme ciptaan manusia dan meninggalkan agama yang diturunkan oleh Allah yang mencipta manusia itu sendiri?
Demikian beberapa persoalan yang patut diberi tumpuan dalam menangani fenomena murtad. Memberi tumpuan kepada “hukum” murtad tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi, kerana mereka yang ingin murtad akan terus bertambah selagi mana persoalan “kenapa” murtad tidak diberi tumpuan.
Antara Fahaman Wahabi Dan Fenomena Murtad.
Mungkinkah ada kaitan antara fahaman Wahabi dan fenomena murtad? Jika dikaji persoalan-persoalan “kenapa” ingin murtad, akan diketahui bahawa fahaman yang mampu menjawab persoalan tersebut adalah fahaman Wahabi. Ini bukanlah satu kenyataan yang berlebih-lebihan. Banyak orang yang telah meningkat penghayatannya tentang Islam kerana fahaman ini. Banyak orang yang telah meningkat kecintaannya kepada Allah dan Rasulullah kerana fahaman ini. Banyak orang yang telah sedar keunggulan Islam di atas pelbagai agama atau isme lain kerana fahaman ini. Banyak orang yang telah menemui jawapan bagi persoalan yang tersimpan dalam jiwanya sejak kecil melalui fahaman ini. Oleh itu jika kita benar-benar ingin menangani fenomena murtad, hendaklah kita memberi tumpuan kepada fahaman ini sebagai salah satu jalan penyelesaian.
Kepada mereka yang belum kenal fahaman Wahabi atau selama ini telah diperdaya dengan helah memburuk-burukkan fahaman Wahabi, maka sudah masanya anda bersikap adil kepada diri anda sendiri dan melakukan anjakan paradigma untuk mula mengkaji dan mengenalnya. Anda tidak perlu menggelar diri anda: “Saya seorang Wahabi”, tetapi bersiap-sedialah digelar “Wahabi” semata-mata kerana pemikiran dan amalan anda yang berdasarkan dalil dan hujah sudah berbeza dengan kebiasaan pemikiran dan amalan masyarakat.
Kepada mereka yang menakut-nakutkan orang ramai daripada fahaman Wahabi, ketahuilah bahawa anda sebenarnya menghalang orang ramai daripada jalan Allah dan menjadikan jalan tersebut seolah-olah bengkok lagi sesat. Orang seperti anda telah disentuh oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!
(Iaitu) orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan Allah
dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan Hari Akhirat. Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka yang lain dari Allah sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksa-Nya.
Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya. Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi pada Hari Akhirat kelak.” [Hud 11, ayat 18-22]
hmmm.. siapa ya imam as-syafie rh, imam ahmad, imam abu hanifah,imam malik, al bukhari, muslim.. siapa ya mujahid, sufyan ath-thauri, al uyainah, ibn khuzaimah, qataadah dll rahemahumullah. apa pula aqedah mrk. tentu dijawab aqeedah ahli sunnah wal jamaah,. ermm apa kata mrk2 mengenai aqeedah. apakah sama macamkita? yg a’leem sila komen. semoga allah bimbing kita kejalanNya yg lurus. sebagaimana garisan yg di buat oleh nabi SAW yg di riwayatkan oleh ibn mas’ud ra. as-syafie Rahemahullah. kita yg bersanadar pd mazhabnya.bagaimana imam as-syafie r. mengungkapkan pemasalahan tauhid.