Archive for January, 2007
ArticleKillers.Com Sedang Memberi Duit!
Posted by leLabu in Peribadi Berbadi on January 31, 2007
Di bawah ni saya petik kata-kata tuan punya articlekillers.com :-
On top of the commission, after referring 5 article marketing colleagues to the complimentary “10 Article Killers” report you’ll receive a link to a 25 minute tutorial on Conducting Keyword Research. This is drawn from a 10-part SEO series I completed last month.
We are currently paying 1.00 Dollar for every confirmed subscriber you refer to our system.
By referring 5 or more confirmed subscribers you will earn a special gift. A Keyword Research Tutorial. (This 25 minutes video was taken from a 10 part series on SEO I completed last month.)
Sincerely,
Chris Crompton
10 Article Killers
nota : Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke website tersebut melalui link ini, dan kemudiannya sign up. Download dan baca laporan yang disediakan kemudian mula sebarkan kepada kawan-kawan. Saya sudah mendapat $7 dalam satu jam dengan hanya mengklik satu butang send email. Bagaimana dengan anda?
Jangan Pandang Sebelah Mata
Posted by leLabu in Peribadi Berbadi, Relax La Brader on January 28, 2007
Akhirnya penyanyi Adibah Noor mendapat apa yang dihajati.
Menang AJL 21 begitu bermakna buat Adibah.
Ikuti laporan BH berikut.
KUALA LUMPUR: Lagu Terlalu Istimewa ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Adibah Noor menjulang trofi Anugerah Juara Lagu Ke-21 (AJL21) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Pertama kali menyertai AJL 21, nyata membawa tuah kepada Adibah, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu yang turut memenangi kategori Balada dan Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang wang tunai keseluruhan RM47,000 dan trofi.
Kejayaan laju Terlalu Istimewa itu menafikan peluang Warkah Buat Laila yang sebelum ini diramalkan banyak pihak bakal mengungguli AJL21 berdasarkan pencapaian cemerlangnya termasuk diiktiraf Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-12, April tahun lalu.
Terdahulu, mereka menerima trofi dan wang tunai RM12,000 apabila lagu itu diumumkan menjuarai kategori Balada, menewaskan tiga lagu lain yang turut bertanding.
Adibah turut memenangi vokal terbaik dengan membawa pulang RM10,000 serta trofi.
Bagaimanapun, Warkah Buat Laila, ciptaan Ayob Ibrahim dan lirik Habsah Hassan yang dinyanyikan oleh Zahid tidak pulang kosong apabila memenangi kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.
Lagu itu pernah diangkat sebagai penerima Lagu Tema Asal Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18, selain Ayob sendiri diiktiraf pemenang Skor Muzik Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) Ke-50 pada 2005.
Kemenangan itu menyaksikan Ayob, Habsah dan Zahid membawa pulang trofi dan berkongsi wang tunai RM12,000.
Bagi kategori Pop Rock diraih lagu Juwita Citra Terindah ciptaan dan lirik M Nasir yang dinyanyikan komposer terbabit dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.
Sementara itu, persembahan Terbaik pula diraih Hazami menerusi lagu Mungkir Bahagia yang meraih wang tunai RM10,000 dan trofi.
Hadiah disampaikan Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan.
nota: Post ni saja nak tunjukkan, (walaupun agak terlewat) kalau ada bakat, walaupun tak lawa, tapi kerja keras, maka akan membuahkan hasil. Alhamdulillah. Kalau kemaruk sangat nak jadikan artis sebagai idola, yang ini boleh. Yang lain harap rupa jer…
Purbawara: Kembang Sayang Arjuna
Posted by leLabu in Peribadi Berbadi on January 23, 2007
Tatkala ini, Kembang masih senyum sendirian, sambil mengusap-ngusap dan membelai-belai rambutnya yang kerinting itu. Kerinting yang tidak mungkin dapat dirungkai. Kerinting yang amat sangat gelung-gelungnya, yang apabila seekor kutu merayap ke dalamnya, nescaya sesatlah kutu itu tanpa dapat menghidu jalan pulang semula. Nescaya beratap tangislah kaum kerabat dan marga kutu yang lainnya atas kehilangan seekor kutu itu.
Kembang sekarang barangkali sedang berehat-rehat di atas katil empuk di salah satu bilik hotel mewah di Sabah. Atau barangkali Kembang sedang mencuba-cuba untuk memakai pakaian mandi yang baru dibelinya. Namun sayang, isi pahanya keluar menggeleber di celah-celah getah celana kecil itu.
Atau barangkali, Kembang sekarang senang enak berjemur di putihan pasir pantai di Pulau Borneo itu, bersama dengan Arjuna yang mungkin sedang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, atau sedang membetulkan suaranya yang tidak pernah sedap didengar. Mungkin juga Arjuna sedang menyusun-nyusun kata bagaimana supaya dapat kiranya Kembang membiarkan dia baring di sebelah Kembang.
Kembang mula menguntum senyum, dan dengan rela membiarkan Arjuna baring di sebelahnya, sama-sama berjemur di terik matari itu.
bersambung…
Nota: Arjuna dan Kembang sekarang berada di Pulau Borneo. Damailah sikit keadaan ofis ni. Mungkin Kembang boleh mencari ketenangan di situ setelah berperang dengan Andika, dan terakhir, memarahi seorang kerani, yang akhirnya membuatkan Kembang malu sendiri.
Moralnya: Sebelum nak panas baran kat orang bawahan, periksa dulu sama ada orang bawahan tu salah atau tidak.
Kesnya, Kembang suruh sorang kerani berikan dia fail pasal satu perkara. Kerani tu dah letak fail atas meja dia, tapi dia tak perasan. Alih-alih dia datang ke meja kerani tu marah-marah sebab tak dapat fail. Bila kerani tu cakap dah hantar atas meja dia, dengan angkuh cakap bukan fail tu.
Kerani tu pun pergilah ke bilik Kembang dan ambil fail tu, datang balik ke meja dia (Kembang tengah tunggu) tunjuk kat Kembang. “Ha, fail inilah yang saya nak!”
Tadi cakap bukan fail tu, kan dah malu sendiri, marah-marah orang tanpa usul periksa.
Jejak Kasih : Zacko
Posted by leLabu in Peribadi Berbadi on January 19, 2007
Semalam menerima kunjungan seorang kawan lama yang sama-sama belajar di UTM dahulu. Dalam bersembang, salah satunya mengenai kawan-kawan seperjuangan, terbuka cerita fasal seorang kawan yang lebih dikenali sebagai Zacko.
Zacko sekarang sudah ada income RM50,000 sebulan!
Pergghh…memang terkejut giler bila dengar Zacko dan dapat income macam tuh. Zacko dulu adalah teman sebilik semasa saya bekerja di Pasir Gudang. Ketika itu Zacko masih bujang dan bekerja dengan Sime-Sembcorp Engineering (syarikat yang bina platform oil & gas). Zacko pada masa itu memandu Honda Prelude 1985 yang diwarisi dari ayahnya.
Kali terakhir saya berjumpa Zacko adalah semasa kenduri kahwinnya. Sudah hampir 2 tahun tak jumpa Zacko. Kali terakhir jumpa, Zacko berura-ura ingin berhenti kerja dan berniaga. Tapi masa itu, bila ditanya, Zacko masih berahsia. Sampai sekarang pun saya masih belum tahu apa perniagaan Zacko.
Semalam, kawan tersebut, Pak Jan ceritakan yang Zacko sudah ada income RM50,000 sebulan. Perniagaannya, belum tahu lagi apa. Tapi, yang tahu sedikit-sedikit, multi level marketing jugak, jual pakej aroma therapy.
Sesiapa yang ada kenal Zacko, harap boleh sampaikan salam saya kepadanya. Zacko ni boleh dikatakan bakal jutawan. Kalau Zacko terbaca blog ini, satu jer pesanan,
Woi beb, takkan tak nak ajak member join kot?!”
~leLabu~
