Untuk Melayu Pulau Pinang Lagi..
By leLabu on Dec 19, 2006 in Fikir-fikir, Siasah
#petikan Berita Harian, 19.12.2006
PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) memulakan langkah awal dalam memenuhi matlamatnya meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial di bandar dengan membeli tiga bidang tanah seluas 50 hektar di Pulau Pinang.
Ketiga-tiga bidang tanah itu akan dimajukan dengan projek perumahan mampu milik serta ruang perniagaan bagi memastikan Bumiputera tidak terpinggir dan kekal tinggal di bandar.
Pembangunannya akan dilaksana secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010.
PHBB, syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang memulakan operasinya September lalu itu, semalam memeterai dua perjanjian masing-masing dengan Island & Peninsular Development Sdn Bhd (I&P Development) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Di bawah perjanjian dengan I&P Development, ia membeli tanah pegangan bebas seluas 44.408 hektar di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada harga RM97.5 juta, sementara dengan TNB pula membabitkan tanah pegangan bebas seluas 2.4 hektar di Gelugor pada harga RM14 juta dan tanah pajakan seluas 23,140 meter persegi di Pengkalan Weld pada harga RM5 juta.
Pada majlis yang diadakan di Pulau Pinang itu, PHBB diwakili Ketua Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman; I&P Development oleh Pengarah Urusannya, Datuk Jamaludin Osman, manakala TNB oleh Naib Presidennya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.
nota: Satu lagi respon untuk isu Melayu Pulau Pinang terpinggir. Saya teringat dalam satu mesyuarat di peringkat jabatan, ada seseorang meluahkan, “Nak majukan Melayu Pulau Pinang lagi susah dari nak tolong orang asli. Orang asli, bila diberi bantuan, dibuat itu ini, tidak pandai komplen. Tapi Melayu Pulau Pinang, beratus juta pun dibantu, masih lagi komplen!”
~leLabu~
.Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.


Assalamu’alaikum.
Saya dengan penat lelah ingin membuat perincian agar netters di semua web tidak terus terkeliru dengan pendapat netters yang lain yang segelintirnya akan sengaja menjawab soalan perkauman secara proaktif semata mata untuk mengeruhkan keadaan.
===============Semua org tahu================== UMNO kata DAP ‘parti’ perkauman-satu kaum. Habis, UMNO apa pula?
Cukuplah itu wahai ahli UMNO. Komunis dah tak ada lagi, jangan terlebih lebih dalam isu kebangsaan (walaupun ada yang betul).
Sehingga ke jam 830 mlm tadi, saya berpeluh dan semakin risau.
Sudahlah negeri saya ini pun belum berMenteri Besar lagi, sekarang orang Melayu bimbang Ketuanan Melayu (kononnya akan terhakis). Saya nampak serupa sahaja. Ya lah, saya bukan anak Dato’, so effect tak ada sangat. Bukan macam tu?
Saya tidak menyangkal UMNO adalah salah sebuah pertubuhan yang sudah banyak membantu orang Melayu seawal Parti Perikatan memerintah lagi.
Cuma tahun berganti tahun, pemimpin UMNO ada yang tidak pandai MENGADAPTASI perubahan masa. Ada juga yang sudah lupa diri.
Apabila bercakap tentang UMNO, jelas sekali masyarakat Melayu mula hilang kepercayaan dengan kepimpinan mereka dan menolak UMNO melalui undi.
Ahli UMNO yang membuat demonstrasi hari ini dan juga semua pembaca perlulah berfikiran rasional dan rileks dengan berita berita hangat sebegini sehingga mampu menghangatkan diskusi HAK HAK MELAYU.
Jangan sesekali takut akan penghinaan bangsa. Lebih takut jika agama dipermainkan!!
Pada pandangan saya lagi, luahan rasa tidak perlu dibuat melalui TV. Cukup sekadar berjumpa terus dengn KM baru dan hantar memorandum.
Lihat sahaja bangsa Yahudi, dikutuk dicemuh dan dilaknat seluruh dunia tetapi ‘mereka’ tetap teguh di bawah kerusi yang sama untuk memonopoli dunia, untuk memusnahkan Ummat Islam dengan cara halus. Kini mereka seakan sudah berjaya. (tetapi ALLAH Maha Merancang)
Dalam suasana yang agak tegang ini (jika betullah dirasa tegang) sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bertenang.
Kita jangan TERHASUT dengan propaganda segelintir ahli UMNO itu. Majoriti ahli UMNO tidak bersetuju dengan tindakan drastik.
================LOGIKNYA======
===============
Di bawah telah saya senaraikan beberapa persoalan yang mungkin timbul diminda anda semua.
Saya turut menyediakan jawapan balas terhadap semua soalan tadi mengikut kefahaman saya.
==============SELAMAT MEMBACA=================
1. Apakah ahli UMNO atau yang cenderung kepada UMNO-parti bangsa tidak dapat menerima takdir ILLAHI, kekalahan adalah ketentuanNYA. Redho adalah sikap seorang MUKMIN.
Maaf jika bertanya, di mana letakkan ‘Aqidah sebagai seorang Muslim’ dalam hati setiap seorang yang ‘takut’ tergugatnya kedudukan bangsa tetapi bila timbul isu IFC tidak lama dulu, ahli UMNO tiada yang masuk TV untuk menentangnya!!
1.1 Kalau betul memperjuangkan bangsa, Kenapa Bahasa Melayu pun di’mansuh’kan secara halus dalam sistem pendidikan negara.
2. Apa yang UMNO ingin sangat pada waktu rakyat tengah tidak suka pada tindakan UMNO sebelum ini? Apa salahke jika muhasabah diri dan akui kesilapan lalu?
2.1 Apakah dengan hanya seminggu pemerintah baru ingin memerintah, UMNO sudah cop mereka sebagai anti-Melayu?
2.2 UMNO sahajakah yang ‘berjuang’ mempertahankan hak Melayu di Pulau Pinang? Bukankah wakil PAS dan PKR pun Melayu?
2.3 Persoalannya, selama diberi kepercayaan untuk memerintah lebih 20 tahun, Kenapa tidak dibuat TINDAKAN AGGRESIF untuk kepentingan Melayu?
Ahli UMNO perlu diam dan bertenang (nasihat saya ialah bermuhasabah diri).
UMNO perlu realistik dalam tindakannya kerana sesiapa yang memerintah selama lebih 20 tahun lah yang PERLU dipersalahkan sepenuhnya dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Melayu yang tidak diBANTU sepenuhnya dan bukannya dengan MUDAH MUDAH menyalahkan sebuah kepimpinan campuran yang hanya berusia 1 minggu.
3. Agak agak, macam mana sebuah pemerintahan yang berusia satu minggu boleh dibuktikan sebagai baik atau buruk? Macam tak masuk AKAL pun untuk seseorang menilainya?!
3. Tanah di Pulau Pinang tetap terjual dan semakin kurang sewaktu UMNO memiliki kerusi sebagai ADUN. Bukan sewaktu DAP dan PKR yang memerintah sekarang …..isu itu mula berlaku. Berlaku dan sudah lama berlaku.
Jika dulu tanah itu dan kampung itu penuh dengan bangsa Melayu, sekarang? Boleh kira dengan jari (tak perlu calculator) berapa kerat kaum Melayu yang memiliki kemewahan di Pulau Mutiara pun boleh nampak melalui kiraan kereta mewah di jalan raya. Biarlah apa yang hendak dibawa oleh DEB diberi fokus dan berilah peluang kepada BA di lima negeri untuk menunjukkan kebolehan mereka menguruskan negara.
4. Bagi saya, Melayu jangan cepat MELATAH. Ahli UMNO jangan sering MELATAH kerana KAUM lain pun menonton berita di TV malah mereka sekarang sedang menilai sikap segelintir Melayu-UMNO yang ekstrim bercakap tentang Melayu dan kata katanya TIDAK pula BERLAPIK.
Saya takut, suasana ini terus dikeruhkan oleh pihak lain pula. Alangkah baik, UMNO baliklah kepada manifesto parti iaitu Selamat Aman dan Makmur.
Rakyat menunggu hasil perlaksanaannya. Saya sebagai ahli Umno menunggu berita gembira ini. Saya open minded.
================Yang PASTI=====================
Anda masih berkuasa di Parlimen, anda adalah kuasa majoriti. Biarkan BA cakap apa pun. Ada masih berkuasa. Pemerintahan secara kuku besi pun anda boleh laksanakan, demokrasi pun juga berada ditangan anda.
Tolonglah, demi semua kaum, demi perpaduan dan keharmonian negara…..janganlah ada sesiapa pun menyemarakkan API kebencian bangsa.
Jika ini berlaku, padahnya bukan hanya kepada ahli UMNO tersebut tetapi turut melibatkan kita semua.
Saya mengharap, kepimpinan UMNO tertinggi perlu mengambil tindakan keras terhadap ahli UMNO yang keluar di kaca TV malam tadi. Sebaiknya gugurkan mereka dapd jawatan tertinggi di negeri tersebut-jika ada. Tolonglah.
Jika perkara negatif ini berterusan dan tidak dibendung, saya YAKIN seluruh rakyat Malaysia akan berdo’a agar ALLAHU RABBI membuka hati seluruh rakyat Malaysia untuk MENOLAK UMNO sepenuhnya tanpa memberi satu undi pun pada PRU13 nanti. insya-ALLAH.
Insaflah…..
insya-ALLAH, Maha Kuasa hanya ALLAH sahaja.
-dipetik daripada laman web-
Moral of the story, semua kaum adalah rakan rakan kita. Kita perlu abaikan ketakutan yang belum tentu terjadi. Rasanya masyarakat Cina pun faham akan kedudukan kita. Kita ada PM dan TPM Melayu. Kita juga ada Pembangkang yang ramainya Melayu. Tiada isu kaum yang akan mengeruhkan suasana. Sama sama do’a kan kesejahteraan bersama. amin