Sayangi Isteri Anda!


Assalamulaikum,

Saya tahu, sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog yang semakin bersawang ini.

Keghairahan saya untuk menjadi seorang bapa akhirnya terbantut jua. Saya bercuti dari tugas di pejabat pada 6 Disember 2006 dan esok barulah saya kembali ke ofis. Semuanya demi insan tersayang yang bergelar isteri.

Isteri saya terpaksa dimasukkan ke ward selama satu hari untuk aktiviti pembersihan rahim setelah mengalami missed abortion (saya tak tahu betul ke nama ni sebab dengar-dengar macam tu je apa yang doktor cakap). Dengan bahasa senangnya, janin itu tiada degup jantung dan terpaksa digugurkan, masa itu isteri saya sudah 11 minggu hamil.

Saya menjadi peneman setia untuk beberapa hari ini, dan tidak berkesempatan untuk menjengah blog dan penjualan ebook saya. Saya berharap semua yang mengirimkan email kepada saya bersabar. Saya sedang membalas email anda semua satu persatu.

Mungkin apa yang saya lakukan adalah sangat kecil berbanding isteri saya yang menemani saya selama ini. Walaupun sedikit kecewa kerana belum berpeluang menjadi seorang bapa, saya redha bahawa saya belum ada rezeki.

Pengajaran paling bermakna, sayangi isteri anda! Anda akan jadi kelam kabut walaupun cuma sehari ketiadaannya.

~leLabu~

  1. #1 by aminbakish on December 11, 2006 - 3:55 am

    takziah. redhalah atas kehilangan….

    [Reply]

  2. #2 by Maizul on December 12, 2006 - 1:27 pm

    Takziah jugak dari saya..

    [Reply]

  3. #3 by abdfatah on December 15, 2006 - 11:27 am

    takziah dari saya

    dan memang patut anda sayangi isteri anda… dan juga hargai ibu anda sebaiknya…

    sekian terima kasih…

    [Reply]

  4. #4 by surfaddict on December 16, 2006 - 1:00 am

    herm..terharu membacanya..takpe..insya-allah kalau ada rezeki tak kemana..Jaga wife baik2..

    [Reply]

  5. #5 by SiddiQ Sigaraga on December 21, 2006 - 9:54 am

    Aku tumpang bersimpati Li.. kuatkan semangat Li,ada hikmah besar tu.. Salam takziah untuk wife mu Li.. Allah nak naikkan darjat mu tu Li. Semoga Allah memberkati kesabaran mu dan ketabahan wife mu Li.. Amin..

    [Reply]

  6. #6 by leLabu on December 21, 2006 - 1:05 pm

    terima kasih dan insya-Allah, masih boleh bersabar.

    [Reply]

(will not be published)