Pantang Larang Semasa Mengandung
By leLabu on Nov 3, 2006 in Peribadi
Teruja dengan berita gembira di pagi raya dan juga post semalam, juga berkaitan target minggu ini, iaitu mengetahui bagaimana menjadi bapa yang hebat, aku mencari apakah pantang larang semasa mengharungi situasi yang tercetus dari berita gembira itu.
Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
- Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
- Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
nota: hmm, nampak macam ada ciri-ciri khurafat, dan yang halal diharamkan. Biasalah orang Melayu, yang dulunya Hindu, kalau tidak banyak, sedikit itu terbawa jugak ajaran nenek moyang. Yang penting, yang baik itu dijadikan pengajaran. Dalam proses mencari juga, amalan-amalan semasa mengandung mengikut Islam, adat-adat Melayu ni bukan boleh pakai.
~leLabu~
p/s : jangan marah kalau dalam ke-excited-an aku mendapat berita gembira, blog ini dipenuhi dengan post-post berkaitan kehamilan, bayi, bapa dan yang sewaktu dengannya. Weh, Awie pun boleh nangis masa sidang akhbar, Awie pun mat bunga, inikan pulak aku…hehe.
.Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.


Semua pantang larang tersebut kalu dikira banyak yang tak masuk akal, apapun sebagai peringatan dan panduan kita sebagai orang islam, insyallah kita berusaha untuk menjadi insan yang tidak zalim pada diri dan makluk Allah yang lain dan bertawakal kepadaAllah sahaja. Insyallah akan selamat.. bukan semasa mengandung sahaja tetapi sepanjang hidup kita di dunia ini.
saya ingin tahu pantang larang untuk ibu mengandung
saya ingin tahu pantang larang orang melayu semasa dan sebelum perkahwinan.
tah la, sume yg aku bukak website, blog yg org melayu buat… sume same je. stgh jam aku dok surf. x jumpe langsung. korang tau copy je kan.
aku nak tau kalu wanita mengandung:
1. susu jenis ape yg bagus utuk diminum.
2. makanan jenis ape yg bagus
3. cara tido yg mcm mane selamat utk baby yg dlm perut tu
4. cara duduk yg mcm mane nak soh baby tu selamat dlm perut.
simple mcm tu je ko x leh nak cite!!
bini aku pregnant ni!! aku nak tau sume tu!!
please laaaa.
sory, tapi aku suke blog ko.
bro, try search dlm bahasa inggeris la bro. rasanya ada banyak…
artikel ni copy paste aja kan? hehe