RSS Feed for This PostCurrent Article

Kenapa Melayu Pulau Pinang Mundur?

Wei, aku tak brape sempat nak update blog smenjak dua menjak ni. Tapi aku akan kembali aktif lepas bulan Ogos 2008. Jadi, apa kata ko Subscribe Feed blog ni, senang sket kerja ko! Oh, Izz dah pandai naik walker, tengok dia kat sini!

Sebelum disalahkan kerajaan, tidak kiralah kerajaan pusat atau negeri, perlu diteliti dulu diri sendiri. Mungkin tidak semua, tapi majoritinya begini. Melayu Pulau Pinang: Melayu, mamak atau bumiputera. Perlu diingat mamak di Pulau Pinang diiktiraf sebagai bumiputera. Dalam penulisan ini, Melayu bermaksud Melayu Pulau Pinang, mamak dan bumiputera.

Kenapa Melayu di Pulau Pinang mundur :

  • merasa diri adalah golongan minoriti dan tidak dipedulikan - oleh itu setiap langkah pembangunan kerajaan negeri dianggap anti Melayu, sedangkan Melayu itu sendiri layu dan tidak mampu bersaing
  • merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan cina - sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu
  • merasa terpinggir di negeri sendiri - kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan, majoriti tanah kepunyaan cina adalah tanah bukit yang tidak boleh dibangunkan. Maka salah siapa kalau Melayu yang punya tanah, jual kepada cina untuk buat rumah. Cina pula jual rumah kepada Melayu dengan harga yang tinggi, sampai Melayu terus layu
  • merasa diri tidak berkemampuan menyahut cabaran - kecundang sebelum bertarung. Beli rumah tidak sampai 2 tahun sudah berkira-kira nak jual, kerana nanti dapat untung berlipat kali ganda. Sampai bila 30% pemilikan perumahan oleh Melayu akan tercapai?
  • merasa diri sentiasa layak menerima bantuan kerajaan - hanya kerana dikatakan minoriti
  • kepala-kepala politik pentingkan diri sendiri dan kocek sendiri - bercakap seperti guruh kononnya membela kaum bumiputera, sedang bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya
  • kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun satu parti - kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan kepala masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja (note: government officers are scapegoats for political masters - pahit tapi benar)
  • kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun satu bangsa - “…kerana kamu cap bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih ujud di Pulau Pinang
  • kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun sama agama - apatah lagi
  • kepala-kepala politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan - kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasama
  • oleh kerana perdana menteri orang Pulau Pinang - merasakan semua perkara perdana menteri perlu utamakan Pulau Pinang

Selama 3 tahun di Pulau Pinang, inilah yang dapat aku simpulkan setelah terlibat secara langsung dalam memantau penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi dan sosial di Pulau Pinang.

Kalau terkasar bahasa, aku mohon ampun dan maaf daripada semua Melayu Pulau Pinang. Aku pun akan lama di Pulau Pinang (bini orang sini, -) ). Semua ini moga boleh jadikan renungan.

~leLabu~

beritahu kawan!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by linn_comel
2006-10-06 11:55:46

saya belum sampai penang lagi.Satu2 negeri yang saya belum pijak lagi, tapi kalau mengikut pada post diatas. Yang harus berubah adalah orang melayu sendiri, dont blame other race. Kalau diri sendiri tak nak berubah, jangan salahkan orang lain. Jangan ampai penang jadi second singapore cukup.

 
Comment by akirasuri
2006-10-06 12:21:18

melayu tak akan maju dan terus mundur kalau tak ubah sikap dan kembali kepada syariat islam yang sebenar. sikap tu yang kena ubah. tapi melayu tetap melayu.

 
Comment by Fuad
2006-10-06 18:03:58

Melayu Boleh ) Apapon Melayu Penang ni mudah mesra dan baik hati.. Itulah incet Lelabu pon terpikat ngan orang Penang gak.. Hahak.. Kita perlukan agen perubahan.. Sape nak jadi agen perubahan angkat tangan.. heh..

 
Comment by insan prihatin
2006-10-27 17:00:33

Itu laaa kamu semua asyik2 melayu2………kalau kita dah islam bangsa kita islam dan agama kita islam…kamu nie semua dari dulu asyik melayu….apa maksud melayu nie lagi tinggi daripada maksud islam kerr…………..pasal banyak bangsa laaa boleh menyebabkan perkauman. Kamu semua nie bukan nak naikkan martabat islam tapi nak naikkan martabat melayu. Tolonglaaaa pikir sikit…buat laa kerja kerana Allah pasti dapat untung dan diberkati.

 
Comment by abdul rahim osman
2007-06-14 23:18:20

semuanya begini.

kita org. melayu tak payahlah fikir2 tak tentu pasal,kerana zaman ini,kita tak boleh berfoya2 lagi macam tok nenek kita dulu.

kita harus ada jalan keluar untuk berjaya apa yang kita kerjakan,sama ada seorang pelajar,guru,ibubapa,atuk nenek,
pekerja,majikan,atau pun tokeh besar.

tak kiralah melayu penang ke melayu singapore,semua mesti bersatu untuk berjuang demi nama melayu.

yang sudah,lupakan saja,namun kita mesti cari kecemerlangan yang berkelas satu,insyaallah kita bakal berjaya jikalau kita bantu diri untuk ketahap itu.

sebenarnya tiada salah jika kita tetap melayu,mengguna bahasa melayu,adat melayu,istilah melayu,namun kita jangan
memisahkan keagamaan masing2 demi memperkukuhkan bangsa melayu.

silapnya kita(termasuk juga melayu singapura) dengan
melayu indonesia,adalah kita tak begitu bersatu semacam melayu indonesia, akan tetapi mereka tidak begitu bekerja keras macam kita di kl atau singapura.

kesilapan dah diberi tahu,sila kita bersama mencari yang hilang.

kehilangan zaman gemilang melayu harus menjadi tauladan kepada kita semua.Dunia melayu mahu kita bekerja sekeras mungkin dan terdaya.lihatlah sendiri betapa luasnya nusantara melayu dan insaflah betapa ruginya kita jika kita abaikan kecemerlangan yang bakal kita terima!

dah saya katakan yang sudah berlalu biarlah ia berlalu tanpa sentuhan dari kita,oleh kerana ia akan membuka parut dan sekaligus membuka peluang untuk menidakkan perjuangan untuk cemerlang.

berkat kita berdoa,usaha,ikhtiar,dan tawakal,itu suatu tanda yang sudah cukup, kita mendekati kepada Allah,dan balasannya adalah kejayaan yang sungguh berakah dimana kita bakal kecapi.

omong2 kosong,buruk sangka,dan perasaan hasrat dengki diminta jauhilah sanubari kita semua.

ayuh bekerja keras,bekerja keras,bekerja keras sampai dapat berjaya menidakkan tabie lapuk orang melayu,hapuskan
wabak tabie yang jijik itu.

lagi satu sumber yang mematikan semangat melayu adalah kita tak mahu bantu orang melayu yang jauh lebih susah dari kita.sedih melihat kita mewah tetapi kita lalai menolong mereka,kita lupa bayar balik duit untuk belajar sekaligus kita menidakkan ramai anak melayu dari meminjam
duit untuk belajar.

fikirlah habis2an dengan apa yang kita sudah lanjur.kita mampu mengubah nasib orang melayu.

mereka yang baik sangka selalunya cemerlang dalam hidup dunia dan berniat baik kerana Allah mereka cemerlang diakhirat kelak.

MELAYU BOLEH,MELAYU BOLEH,MELAYU BOLEH,INSYAALLAH.

 
Comment by merakPulau Pinang
2008-07-21 10:31:20

Melayu pulau pinang layu.. what a topic!!. Even though is painful to admit it, for majority people it is true. Penang is loosing its shine together with its Malay n Bumiputra Penangite. Mostly because melayu have mentality kami tak mampu.. cukup setakat sini. Tak dapat beli rumah kat Penang island dapat beli kat mainland pun jadilah…. tak dak dayang saing. Being a Mamak, I am proud to say i own 3 houses one is landed and i am only 30 years old. I will continue to do better for the sake of Muslim in penang. Moga melayu tidak layu lagi…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.