RSS Feed for This PostCurrent Article

Nasib Seorang Pks

Apa kata ko Subscribe Feed blog ni, senang sket kerja ko! Oh, Izz dah pandai naik walker, tengok dia kat sini!

Aku nak ceritakan pasal seorang pekerja khidmat singkat (PKS) di tempat kerja aku. Pada aku, kalau kita sudah di atas, jangan menindas yang di bawah.

Pekerja PKS, dalam perjanjiannya, hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lima jam sehari. Dan satu lagi klausa perjanjian yang aku nak highlightkan, pekerja PKS tidak layak menuntut elaun lebih masa. Dengan kata lain;

  1. arahan bekerja hanyalah untuk maksimum lima jam sehari;
  2. dan sebab itu, jika bekerja lebih lima jam, tidak boleh menuntut elaun lebih masa.

Ini semua dipersetujui di dalam perjanjian. Situasinya begini: Pekerja PKS tadi diarahkan oleh Penaung Kelab Ehem-ehem untuk bekerja lebih lima jam, malah sampai lebih 3 jam sehari. Persoalan aku;

  1. adakah pekerja PKS tadi layak diberi elaun lebih masa untuk 3 jam kerja lebih masa yang diarahkan dilakukan?;
  2. siapakah yang melanggar perjanjian? Penaung Kelab Ehem-ehem atau pekerja PKS;

Pendapat aku, bukan pekerja tadi yang melanggar perjanjian, kerana arahan bekerja adalah oleh Penaung Kelab Ehem-ehem. Bagi aku, sepatutnya pekerja tadi dibayar elaun lebih masa, atau arahan supaya bekerja lebih masa tadi tidak dikeluarkan. Biarlah dia senang bekerja setakat 5 jam sehari daripada bekerja tanpa dibayar upah selama 3 jam.
Dalam semangat Islamnya pulak, Nabi (saw) sendiri menyuruh dibayar upah bagi setiap pekerjaan, malah sebelum kering peluhnya. (ini bukan setakat peluh dah kering, malah diperah-perah pulak keringatnya s ad: )

Penyelesaian cadangan:

  1. pekerja PKS tadi dibayar elaun lebih masa untuk kerja lebih masa;atau
  2. arahan untuk bekerja lebih masa tidak dikeluarkan;

Dengan cadangan penyelesaian di atas, bermaksud, kedua-dua yang menandatangani perjanjian bersetuju, jika Penaung Kelab Ehem-ehem meminta pekerja PKS bekerja lebih masa, maka wajarlah untuk dibayar elaun lebih masa. Jika Penaung Kelab Ehem-ehem tidak bersedia membayar elaun lebih masa, jadi tidak usahlah meminta pekerja PKS tadi melakukan kerja lebih masa.

Kerja = dibayar upah, kerja yang tidak dibayar upah, namanya adalah perhambaan. (sukarela/sumbangan ikhlas: bila pekerja tadi ikhlas bekerja. siapa yang ikhlas bekerja setiap hari tanpa dibayar upah?)

Konklusi: Apakah Penaung Kelab Ehem-ehem sedang cuba menghidupkan kembali sistem perhambaan?

nota: Dokumen perjanjian adalah standard di seluruh Malaysia. Kalau anda seorang ketua yang bertanggungjawab, anda tidak akan memaksa anak buah anda bekerja tanpa dibayar upah. Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang bijak, anda pasti kenal istilah “bend the rules…” Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang berani, anda pasti berani membend the rules, kerana  anda tahu tindakan anda menepati sunnah Nabi (saw) dan konsep perhubungan sesama manusia.

Siapa yang tidak bersetuju? Sila angkat tangan. Aku pun nak tahu macam mana nak settlekan masalah begini.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by fifi
2006-10-04 08:35:10

cheq rasalah.. sekiranya benar ada arahan bekerja lebih masa yang tersebut.. dan pks merasa tertekan dengan suasana bekerja tersebut makanya boleh lah dimajukan segala bahan bukti kes, dengan nama dan no kp pengadu kepada biro pengaduan awam.. ini adalah penindasan yang keterlaluan, dan akan jadik MELAMPAU sekiranya dibiarkan.. mungkin si ‘atasan’ tu x sedar ada orang lain yg lebih atas darinya dan dia sebenarnya dijadikan Khalifah untuk membimbing dan memberi contoh tauladan kepada org bawahan olehNya.

ps: langit x selalunya cerah, dlm masa sekelip mata, beberapa saat, beberapa minit, beberapa jam.. dan beberapa..beberapa nasib kita boleh berubah, Tuhan Maha Adil dan pembalasannya kalau tidak cod, mungkin ansuran tapi BENAR

 
Comment by Fuad
2006-10-04 12:35:49

Ini dah kira penindasan. Kadang2 PKS pon tak brani gak nk komplen lebih2, maklumlah kadang2 kedudukan ni mempengaruhi aduan gak.

 
Comment by akirasuri
2006-10-04 16:53:30

macam kes mengambil kesempatan aja..ish ish ish…

 
Comment by er
2007-03-28 15:36:48

memang tak patut. saye baru nk apply PKS..tgh mencari0cari la nih..apa pun, ALLAH akn bls nanti. tak pun, luahkan..berani la sket ,kalu tak sampai bebile kena tindas.

 
Trackback by leLabu.com
2007-04-02 16:33:30

Sehari Dapat Satu Ribu…

 
Comment by Pks_iab
2007-11-05 11:26:15

Aku ada satu cdgn..klu keje lbh masa better ganti dgn cuti bergaji.Baru la adil kan?? tu pun klu keje lbh dr 5jam la..

 
Comment by diana
2008-07-03 16:37:22

ala biase lah… aku keja pks skang camtu lah… walau dlm pjanjian keja 5jam jer… tapi aku tpaksa keja 8 jam gak sehari… kdg2 sampai kul 7 tau time keja byk… kena lak selalu outstation ari mgu tapi tak dapat claim pape pum…

inilah nasib pks cam kami huhu….

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.