Aku terima satu email yang mengandungi fail PDF dan gambar ini. Sama-sama kita renungkan.

Presiden Iran, hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat tanpa menghulurkan tangan apabila pemimpin wanita ini ingin berjabat tangan dengannya. Itulah prinsip Islam yang cukup kemas dipegangnya – iaitu: lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh sewenangnya berjabat tangan.
Ahmadinejad sedikit pun tidak merasa janggal atau malu untuk berpegang pada prinsip Islam. Bahkan dia sangat berbangga dengan Islam yang dianutinya. Biarlah apa orang kata. Prinsip tetap prinsip. Mungkin perkara seperti ini dipandang remeh oleh sesetengah orang. Tapi, bayangkanlah. Kalau perkara “seremeh†ini pun beliau sangat bertegas, bagaimana pula dengan hal yang lain?
Atas ketegasan pada prinsip Islamlah, maka IRAN menjadi negara umat Islam yang paling digeruni oleh Barat. Memang itu sunnah Allah. Umat Islam akan digeruni oleh lawannya, hanya apabila mereka berpegang teguh dengan prinsip dan aqidah Islam itu sendiri.
Siapakah yang patut berbangga dengan prinsip Islam kalau bukan umat Islam sendiri? Bagaimana dengan kita?
nota: di-copy & paste dengan sedikit pindaan.
~leLabu~

#1 by linn_comel on September 28, 2006 - 9:02 am
Yup..apabila prinsip kita pegang. InsyaALLAH orang lain akan menghormati prinsip kita.Walaupun adakalanya ia memakan masa. Iran sememangnya digeruni oleh negara barat ketika ini. Hanya iran satu-satunya negara islam yang tidak tunduk pada barat.
[Reply]
#2 by Fuad on September 28, 2006 - 1:46 pm
Li..mung patut paste sumo gambar Ahmadnejad.. Sembahnyang tepi jalan pon x kesah.. mmg bagus sungguh..
[Reply]
#3 by leLabu on September 28, 2006 - 1:50 pm
fuad, itulah pemimpin islam sebenar. boleh memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain. pemimpin kita? diri sendiri pun tunggang langgang. hehe
[Reply]
#4 by akirasuri on September 30, 2006 - 4:47 pm
emmm 1st time tgk pic ni kat blog saudara faisal tehrani..benda pertama yang terpacul di mulut saya adalah CUTE…jadinya sekarang saya tetap kata pic tu CUTE…tu baru nama pemimpin berpegang kepada ISLAM sepenuhnya..wallahualam
[Reply]
#5 by hakim on May 25, 2007 - 8:09 pm
asslamualaikum
bagus kalo di perlihatkan orang banyak
[Reply]
#6 by didoy on May 27, 2007 - 4:06 am
bravo ahmadinejad !!!
[Reply]
#7 by adre on August 15, 2007 - 12:46 pm
I Love Him very much…
Saluuut..!
[Reply]