Kereta Perisai ATM


Kereta Perisai (bukan adnan)Hari ini aku menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya. Pagi-pagi lagi keluar rumah, kejar flight pukul 7. Habis sahaja mesyuarat pada tengahari, terasa serba salah untuk tunggu flight pukul 6 petang, lalu ambil keputusan untuk balik ke Penang bersama staf sebuah ofis lain dengan Pajero (malas nak standby di KLIA untuk flight awal – takut tak ada kosong). Dan bermulalah perjalanan dari selatan ke utara, sambil menikmati pemandangan tepi lebuhraya yang masih hutan hijau (dalam flight tadinya menikmati pemandangan bukit-bukit di sekitar Selangor yang gondol).

Itu bukan cerita utama, cerita utamanya pendek sahaja: Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke Penang, terserempak dengan tidak kurang dari 5 buah kereta perisai ATM yang tersadai rosak di tepi lebuhraya. Terfikir pula, kalau belum perang lagi kereta perisai ATM sudah tersadai rosak, macam mana pula Malaysia nak pertahankan diri kalau diserang!

~leLabu~

notes: Baca di sini untuk maklumat perbandingan ketenteraan Malaysia & Singapura.

  1. #1 by Adly a.k.a Labanon on September 5, 2006 - 3:19 pm

    Lol…. dah rosak..zzzzzzz… mcm maner ni?? huhuhu teruk leew Malaysia kena belasah bila perang nati… mintak2 jauh dari peperangan (

    [Reply]

  2. #2 by Fuad on September 5, 2006 - 7:11 pm

    Itu tak compare dengan Israel lagi tuh… Kalo takk.. memang kalah sebelum perang lagi.. Heheh..

    [Reply]

  3. #3 by leLabu on September 5, 2006 - 8:56 pm

    itu la..apa pasal la jadi macam tuh..tapi aku tak sure yang rosak tu adnan ke apa..rasanya bukan adnan kot..kalo adnan pun dah rosak tak tahu laa…spare part pun takder kot…

    [Reply]

  4. #4 by yaya on June 17, 2009 - 1:03 pm

    yke yaya bca mcm lawk je hehehehe

    [Reply]

(will not be published)