Main Content RSS FeedRecent Articles

Cerita Fasal Kemalasan, Boleh? »

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, Raja membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya “Saya adalah yang paling malas!”

Raja pun bertanya “Apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, katanya, “Saya lebih malas lagi daripada dia, tuanku.”

Raja pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya, “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka Raja pun terdiam…

Tanpa disangka-sangka datang seorang lelaki kepadanya sambil
berkata, “Saya adalah yang paling malas, tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

leLabu pun menjawab, “Nak cerita pun malas…

Kesimpulannya: Aku tengah bermalas-malasan. Boleh gitu? Terima kasih kepada penghantar email cerita malas ni.

.
Psst.. Bro/Sis, kalo lu nak baca post yang ada password, lu hantar email kat gua di lelabu80(at)yahoo.com . Jangan lupa kasi tau nama lu dan sapa lu. Bagitau jugak post mana yang lu nak baca. **ganti (at) dengan @. Chow!
.

Barang Lama Banyak Bagus »

Masa aku balik kampung hari tu, aku sempat ambil gambar peti ais ni.

Cap Kelvinator. Umur peti ais ni sama macam umur aku, dah dekat 30 tahun. Tapi masih elok dan boleh digunakan. Nak buat air batu, memang air yang letak dalam tu akan keras sekeras kerasnya.

Sangat berbeza kualiti barang dulu dan kini. Sapa ada peti ais yang dah umur lebih 10 tahun. Aci kerat jari, susah nak jumpa. Oh, rumah aku adalah rumah pertama yang ada peti ais kat kampung tu.. heheh.

Ice Box

Tengok tu, kat luar dah berkarat.

Barang lama sangat bagus kot, sebab tu lah, agaknya Siti pilih Dato’ K, barang lama manyak bagus ooo.. Chua Soi Lek pun pasti setuju… hahak.

Kepustakaan Ilmu Dalam Bahasa Melayu »

Apa isunya dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? Sampai ada yang mahu mengambil tindakan undang-undang?

Aku terpaksa berfikir-fikir dengan otakku yang berkarat, kenapa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diInggeriskan dahulu.

Yang sempat aku ingat adalah supaya pelajar-pelajar tidak berasa kekok apabila sampai ke tahap pembelajaran di universiti, sama ada di dalam dan luar negara. Kerana kebanyakan subjek pengajian tinggi bagi sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Juga kerana rujukan utama bagi subjek sains dan teknologi masih lagi bersumberkan kajian luar negara.

Juga perkembangan teknologi amat pantas berlaku.Seingat aku, masa aku membaca komik GTO dalam awal tahun 2000, di Jepun sudah ada teknologi 3g. Dalam komik itu, gadis Jepun dengan uniform sekolah, berskirt pendek dan berbuah dada besar menghubungi boyfriendnya dengan telefon 3g. Tapi, bilakah masanya Malaysia mengaplikasikan 3g? Terbelakang bukan?

Teknologi yang pantas ini, ilmunya dibukukan dalam bahasa Inggeris kebanyakkannya. Ilmu kejuruteraan elektronik yang aku pelajari dari tahun 1998-2002 pastinya sudah dianggap outdated atau obselete sekarang ini. Dan semasa aku belajar dulu pun, di universiti dalam negara, banyak proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Buku-buku rujukan semuanya dalam bahasa Inggeris. Sangat sedikit buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Kalau ada pun dua tiga buku dari penerbit universiti.

Cuba Fahami Kerangka Isu Ini.

(1) Ilmu sains dan teknologi (buku-buku dan sebagainya) banyak dalam bahasa Inggeris. (2) Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bahasa Inggeris juga di universiti. (3) Kebanyakan pelajar yang memasuki universiti tidak faham istilah bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan teknologi. Jadi, (4) pelajar didedahkan dengan istilah bahasa Inggeris subjek sains dan teknologi sejak dari alam sekolah. Harapannya supaya pelajar lebih memahami di peringkat universiti.

Isu ini cuba diselesaikan dengan menyelesaikan masalah yang aku tandakan sebagai nombor (4), tidak cuba pula diusahakan masalah yang aku tandakan sebagai nombor (1).

Apakah akar umbi masalah sebenarnya? Adakah masalah nombor (4) atau masalah nombor (1)? Sama-sama perlu kita fikirkan.

Bagi aku penyelesaian yang terbaik adalah menyelesaikan perkara (1). Ini hujah aku:

Kepustakaan Ilmu.

Kita perlu ada himpunan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu. Usaha menterjemah karya-karya asing perlu digiatkan dan dicepatkan supaya dapat mengejar perkembangan ilmu yang pantas itu. Kerajaan Islam dulu-dulu, berkembangnya tamadun mereka kerana cendikiawan mereka sibuk menterjemah sumber dari bahasa asing. Baghdad pernah menjadi tempat perkumpulan buku-buku ilmiah - Baitul Hikmah, sebuah pusat penterjemahan. Namun semuanya hancur selepas kedatangan Mongol.

Penerbit-penerbit di universiti seharusnya menggiatkan dan menggalakkan karya terjemahan diterbitkan. Tesis-tesis dan laporan-laporan perlu semuanya dibahasa Melayukan.

Bila sumber rujukan sudah dalam bahasa Melayu, maka proses pengajaran dan pembelajaran di universiti dalam Malaysia akan berlaku dalam bahasa Melayu juga.

Pelajar universiti akan lebih faham istilah-istilah sains dan teknologi kerana ia dalam bahasa Melayu yang mereka sejak lahir atau sejak alam sekolah lagi faham.

Dan tidak perlu lagi belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kerana ilmu telah tersedia dalam bahasa Melayu.

Tamadun dan bangsa-bangsa hebat di dunia mengembangkan ilmu dalam bahasa ibunda masing-masing. Dengan cara penterjemahan, bukannya cara mempopularkan dari awal bahasa asing.

Rusia, China, Jepun, menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa masing-masing dan mereka berjaya mengejar ketamadunan ilmu yang hebat. Negara-negara ini mengambil contoh ketamadunan ilmu yang diperkenalkan oleh khilafah Islamiyah dahulu. Jadi kenapa kita tidak mengambil contoh ini?

Dua Pilihan.

Kita mempunyai dua pilihan. Untuk menyusahkan cendikiawan, pengkaji, profesor, pensyarah dan penulis supaya mereka giat menterjemah sumber-sumber ilmu dalam bahasa asing ke dalam bahasa Melayu, dan seterusnya ilmu itu tersebar dalam bahasa Melayu. Dan dengan mudah dapat dicerna oleh anak-anak atau cucu-cucu kita.

Atau kita memberikan tanggunjawab menghadam ilmu dalam bahasa Inggeris itu kepada anak-anak kecil kita. Mereka perlu belajar bahasa Inggeris, supaya mereka menguasai ilmu, seterusnya ilmu dikembangkan dalam bahasa Inggeris juga. Dan kita paksa pula cucu-cucu kecil kita untuk belajar bahasa Inggeris lagi.. begitulah seterusnya.

Hasbullah menyatakan ini sebagai sumbatsemuadisekolahisme.

Maka tiada lagi cita-cita kepustakaan Melayu.

Dengan hancurnya kepustakaan ilmu dalam bahasa Arab, umat Islam tidak lagi gah dalam bidang ilmu. Umat Melayu bagaimana? Belum pun tercipta kepustakaan ilmu mereka! Akan adakah kehebatan ketamadunan Melayu?

Fikir-fikirkan…

Ya Allah, Kau Bantulah Saudaraku Di Palestin »

Negara Arab dan Palestin

Ada yang tanya aku, kenapa negara-negara Arab tidak membantu rakyat Palestin semasa Israel menyerang mereka dengan rakus tanpa perikemanusiaan.

Jawapan senang yang terkeluar dari mulut aku ketika itu adalah sebab bangsa Arab sama jahatnya dengan Israel. Mulut tanpa insurans aku terus terbuka tanpa aku sempat merasionalkan teori aku.

Arab dan Amerika

Arab Saudi pun, tanpa segan silu membenarkan tentera Amerika menjadikan bumi mereka sebagai markas dan pusat untuk menyerang umat Islam di Iraq. Jadi, adakah negara Arab Saudi itu akan menghiraukan nasib umat Islam di Palestin.

Bangsa Yang Jahat

Dengan pantas aku berpandangan bangsa Arab adalah bangsa yang jahat. Kalau tidak kerana Islam mereka adalah bangsa yang jahat. Malah sesudah Islam pun mereka tidak mempedulikan nasib saudara Islam mereka. Betapa jahatnya mereka.

Lihat pula Mesir. Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bangsa Arab Mesir tidak mempedulikan saudara Islam di Palestin malah menjalinkan hubungan dengan Israel. Sudah Islam dan menjadi pusat penyebaran Islam pun mereka tidak mempedulikan saudara Islam mereka. Eloknya demi menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan saudara Islam mereka, hubungan diplomatik dengan Israel diputuskan.

Hampir semua negara Arab adalah negara yang kaya raya. Jika Amerika boleh membantu Israel dengan membekalkan senjata dan bantuan berbillion dollar setiap tahun. Kenapa tidak negara-negara Arab yang jauh lebih kaya daripada Amerika membantu pejuang Palestin dengan membekalkan senjata dan bantuan berbilion riyal setiap tahun. Arab Saudi pasti mampu, Qatar pasti mampu, UAE pasti mampu. Namun kenapa mereka tidak membantu? Jawapannya mudah, mereka ini bangsa yang jahat yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mempedulikan saudara Islam yang lain. Mereka hanya mempedulikan perut mereka sendiri.

Arab dan Yahudi, Yang Mana Lebih Jahat?

Kita sering diceritakan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang jahat kerana membelasah rakyat Palestin. Tapi bila kita ingat kembali sejarah, bangsa Arab adalah lebih jahat kerana merekalah yang mendiskriminasi bangsa Yahudi sejak zaman Nabi Musa lagi. Jahat sama jahat. Apabila satu bangsa kuat, maka yang jahat yang lemah itu menjadi mangsa.

Mungkin sebab itu juga Nabi Terakhir diturunkan di kalangan bangsa Arab. Supaya Nabi dapat membetulkan tingkah laku jahat bangsa yang jahat yang mementingkan diri sendiri itu. Oleh kerana bangsa Yahudi juga bangsa yang jahat, maka Nabi-nabi lain diturunkan di kalangan mereka. Menjadi tugas berat Nabi-nabi membawakan iman kepada kaum Yahudi dan menjadi tugas berat Nabi Muhammad membawakan iman kepada bangsa Arab.

Namun, tidak dikira beriman bila kamu tidak mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri sendiri. Sebab itu aku berani mengatakan bangsa Arab dan bangsa Yahudi adalah bangsa-bangsa yang jahat. Negara-negara Arab boleh membenarkan Amerika menggunakan tanah air mereka untuk menyerang negara Iraq dan saudara Islam, tetapi tidak sanggup membantu kepada negara Palestin untuk membeli senjata mempertahankan diri. Tidakkah ini cukup membuktikan bahawa bangsa itu adalah bangsa yang jahat?

Demonstrasi Yang Tidak Democrazy (Sebab ada KayJay?)

Umat-umat Islam dari Asia sahaja yang kelihatan bersungguh-sungguh menyatakan kebencian kepada Yahudi walaupun tanpa duit berbilion. Aku melihat demonstrasi anti Yahudi yang cukup besar di Indonesia. Juga demonstrasi yang kecil-kecilan di Malaysia, yang kelihatannya ingin dijuarai KayJay. Namun tidak pernah pula aku melihat demonstrasi dari mana-mana negara Arab menyatakan sokongan kepada Palestin.

Kita selalu menuding jari kepada Amerika. Sudahlah. Mereka memang jahat dan membantu yang jahat. Tapi mengapa umat Islam yang paling dekat dengan Palestin tidak mahu menolong rakyat Palestin. Itu yang membuatkan aku marah.

Santau Saja Israel

Pernah aku ditanya, kenapa mereka-mereka yang hebat dalam ilmu santau tidak membentuk satu batalion penyantau lalu menyantau sahaja askar-askar Israel. Hantar sahaja santau angin, tidak perlu susah-susah tempah tiket MAS ke Palestin, kata mereka. Biar askar-askar Israel mati berbuih mulut.

Itu yang aku cakap tadi, yang jahat hanya akan menolong yang jahat. Jin-jin penyantau itu pun jin kafir, takkanlah jin itu mahu menolong umat Islam. Pastilah jin itu akan berpihak kepada Israel.

Iman Yang Lemah

Selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati. Tapi kamu ada mulut dan tangan, setiap kali sembahyang, gunakan mulut dan tangan kamu untuk berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin diberi perlindungan.

Jangan jumudkan fikiran bahawa tangan digunakan untuk mengankat senjata atau menggunakan kekerasan. Tangan boleh diangkat untuk berdoa!

Allah hu Akbar!!

Mawi Dan Ekin: Best Main Badminton? »

Buku Mawi dan Ekin ada di pasaran. Ada orang bukak-bukak, selak-selak buku tu. Kat rumah aku sampai ada dua bijik buku tu. Bini aku kecoh-kecoh bila tengok gambar Ekin dalam tu yang tengah main badminton dengan Mawi, kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung.

Aku hairan apasal dia tak sibuk-sibuk, kecoh-kecoh, bila dalam gambar tu Mawi main badminton pakai seluar pendek. Dedah aurat jugak. Dalam buku tu ada gambar Ain yang dedah lurah longkang dada. Dia tak kecoh jugak…

Sama jugak kes bila sorang kawan aku mintak aku sembelih ayam yang dia baru curi. Dah mencuri tu haram, buat apa ayam hasil haram tu nak disembelih. Tetap hukum makan ayam itu haram.

Ada jugak masanya aku tulis apakah pekerjaan sebagai artis itu haram?

Rupanya ada dua tiga kali aku menulis pasal isu halal haram dalam blog ni.

Sebenarnya point aku adalah Mawi berkenan dengan Ekin, atau mahukan Ekin bertudung bukannya disebabkan Mawi mahu menjaga aurat isterinya. Kalau Mawi mahu menjaga aurat isterinya, pastinya lebih lagi dia mahu menjaga aurat dirinya sendiri. Bila Mawi sendiri bermain badminton berseluar pendek, apalah sangat dengan Ekin yang membuka tudung.

Tudung bagi orang Malaysia, hanyalah satu adat orang Melayu, bukannya satu adab Islam. Pasti korang boleh bezakan antara adat dan adab.

Jadi, bila korang belum sampai seru untuk bertudung (baca: bertudung untuk memenangi hati Mawi), maka usahlah korang bertudung kerana korang akan melihatkan kejahilan dan kebiadaban korang. Juga, kalau korang bertudung sebab janji korang sebelum pegi haji, sebelum kawin untuk bertudung, maka korang bertudung kerana manusia, bukan kerana manutup aurat.

Justeru, bertudungnya korang adalah kerana adat bukan kerana adab Islam.

Apa aku melalut ni? Korang kena ikhlaskan diri, ikhlaskan diri…

p/s: tulisan ini ditujukan khas untuk Mawi dan Ekin.

Entri Buang Masa : Tak Yah Baca »

Agak klise untuk mengucapkan selamat tahun baru di tahun baru. Aku lebih prefer untuk mengucapkan selamat maal hijrah. Marilah kita bersama-sama hijrah. Daripada baik kepada lebih baik, kepada better dan kepada the best. Erk! bunyi macam klise jugak! Bak kata Nasir, .. tiada kata, yang tak klise, bagai habis bahasa bermutu..

Minggu lepas aku balik ke kampung. Hari aku balik tu, hujan dari aku kat Kulim, sampailah aku ke kampung aku, masuk rumah, makan malam, tidur, duduk kat Kelantan selama 3 hari, packing barang dan balik ke Penang, still hujan. Nasib tidak bah..

Ah, entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat seorang kawan masa universiti, bila aku tengok sticker universiti yang masih utuh kat kapcai aku tu.

sticker utm tahun 2002

Perghh..  terkenang masa aku cakap menggunakan perkataan-perkataan ek, gobok, icebox. Bila bagi tahu jalan kat orang, lu tegak jer brader.. Bila lagi aku bleh kembali menjadi pemastautin di Johor. Cara jugak kalau boleh balik Johor.. huhuh.

Kawan aku tu masa kelas Masyarakat Malaysia, lecturer ni tanya apakah perkataan-perkataan penjajah yang ditinggalkan dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Dengan selamba dia jawab, perkataan dari Belanda yang ditinggalkan ialah… blender! Memang mangkuk mamat ni. Masa tu nametag dia tulis MKS Minh. Kitorang ingat diorang ni dari Vietnam, rupanya orang Melaka, lahabau punya budak. Sekarang ni dia mengajar kat mana aku tak tahu la… (ramai member grad pastu masuk KPLI).

Aku pun dah tak tahu nak merapu apa. Buang masa korang jer…

Ex- Ex- Lelabu : Satu Mimpi Sahaja »

Masa korang baru-baru akil baligh dulu, mesti korang minat dengan selebriti. Korang tampal gambar dia kat pintu bilik atau korang memang termimpi-mimpi dengan selebriti tu.

Ala.. semua orang pernah remaja apa? Penah terbaca Media Hiburan dan URTV. Atau paling tidaknya korang pernah jugak terselak kain anak Mak Kiah jual karipap helaian majalan Mangga tu. Eh, ok apa baca majalah Mangga. Lepas korang tengok gambar-gambar artis Malaysia yang seksi-seksi dengan gambar lurah-lurah, parit-parit dan longkang-longkang tu, korang plak disajikan dengan hadis-hadis Nabi dan kisah-kisah pengajaran…huhu.

Kalau korang nak tahu, masa aku baru-baru akil baligh dulu aku minat sangat dan sampai terjatuh cinta ngan selebriti ni, Preity Zinta. Sebagai seorang peminat hindustan tegar, memang aku tak lepas tengok cerita hindustan setiap minggu kat tv. Manalah tau kalau Preity Zinta salah sorang heroinnya…

Preity Zinta

Kalau selebriti Hong Kong plak, aku jatuh cinta kat Cecilia Cheung. Tapi lepas gambar-gambar dia dengan lelaki itu tersebar di internet. Aku buat keputusan untuk break dengan dia. Ish, ngeri aku tengok hutan tebal dia tu. Haha.

Cecilia Cheung

Artis Malaysia pulak, aku pernah jatuh cinta ngan Sofea Jane. Tapi hubungan kami tak ke mana sebab dia memilih orang lain. Betapa sedihnya aku masa tu, lalu aku membawa diri jauh dari kampung halaman (walaupun aku bukan sekampung dengan dia).. huhu.

Sofea Jane

Sapa selebriti yang korang pernah “cintai”? Heheh..

Karyaku Perlukan Sokongan »

Antara kerja yang aku perlu lakukan untuk meneruskan hidup ini adalah menulis pelbagai laporan, kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.

Semua jenis penulisan tersebut perlu disemak terlebih dahulu oleh immediate boss atau pun boss sendiri. Dan setiap kali aku menghantar sesuatu draf untuk disemak, aku sangat-sangat berharap agar terdapat pindaan pada draf yang aku hantar.

Aku akan berasa sangat gembira apabila immediate boss atau boss sendiri membetulkan apa yang aku tulis atau setidak-tidaknya menambah barang sepatah dua perkataan dalam penulisan aku itu.

Dengan membetulkan atau menambah pada apa yang aku tulis, aku berasa kerja aku itu dihargai dan aku tahu immediate boss aku atau boss aku sendiri telah membaca satu persatu hasil kerja aku. Kadang-kadang aku sengaja menaip dengan salah sesuatu perkataan. Nanti kalau perkataan itu tidak dibetulkan, maknanya immediate boss atau boss aku sendiri tidak membaca dengan teliti.

Apabila apa yang aku tulis itu dikembalikan kepada aku tanpa sebarang pindaan, aku akan berasa sangat kecewa. Sepatutnya dilakukan penambahan jika tiada kesalahan, barulah ia membuka mata fikirku, menjadikan aku lebih faham kenapa dia menjadi immediate boss atau boss aku. Semudah kerana dia lebih hebat daripada aku. Fikiran dia lebih tajam daripada aku dan ideanya lebih bernas daripada idea yang mampu aku jana.

Lagi banyak pindaan yang dibuat lagi membuatkan aku bertambah respect kepada immediate boss atau boss aku itu. Kalau dia tolak bulat-bulat hasil penulisan yang aku draf, aku dengan penuh yakin akan cakap, “lu buatlah sendirik!”.

titik. aku bosan. titik.

Izz Di Cameron Highland »

Hari tu orang lain balik beraya kat kampung tapi Izz tak nak balik kampung. Izz nak pegi Cameron Highland. Abah Izz yang tak suka jalan-jalan ni pun terpaksa ikut Izz dan ibu Izz. Abah Izz pikir mungkin adik Izz yang dalam perut tu kot yang nak pegi sangat.

Adik

Izz sejuk. Jadi Izz beli sweater oshkosh ni. Parah jugak duit abah Izz.

Adik2

Izz bercita-cita nka jadi racer.

Adik N Abah

Izz sempat bergambar kenang-kenangan ngan abah. Gambar-gambar di Cameron Highland yang ada dalam phone ibu ngan camera pakngah belum diupload lagi. Lain kali lah…

Menjawab Bard: »

Disebelah PC

Ini adalah menjawab tag Bard. Aku dah snap gambar ni pada hari Bard mengetag aku. Cuma aku bermasalah untuk mengupload gambar tersebut.

Oleh itu, baru hari ini aku berjaya! Hooray!

Aku pula ingin mengetag kamu! Ya, kamu yang sedang membaca blog aku ini!